Tuesday, September 30, 2008

Aku Mahu

Semalam, aku termasuk kat 1 blog mamat ni...aku pun tak tau siapa gerangannya.... melayan masa-masa kebosanan aku memang suka main redah je kat blogorang...seronok membaca pengalaman-pengalaman insan lain... sekurang-kurangnyaboleh dijadikan panduan dan rujukan dalam hidup sendiri...

Nak dijadikan cerita, aku terbaca posting mengenai kisah cinta dia yangbaru nak berputik...Yang menariknya, si gadis yang telah berterus terang pada mamat tu.... Alahai 'gamble nyer' makcik tu...Kalaulah aku ni seberani makcik tu, takpayah aku sakit memendam rasa...Tapi, kalau aku jadi seperti makcik tu...Buat kamikaze jer, adakah'Lelaki' itu sama macam mamat ini?Bolehke lelaki itu menerima aku, macam mana mamat ni menerima makcikitu? Aduh... pening dan sakit kepala memikirkannya...

Entahla... aku ni memang macam ni... Penakut dan suka menipu dirisendiri...Tak berani nak mengakui apa yang aku rasa....Dulu pun aku pernah rasamacam ni...Tapi bila saat si dia itu pergi dan memilih orang lain, aku redha walausakitnya terasa juga...Aku menerimanya dengan menganggap itu semua balasan atas khilafkusebelum ini...Sehingga aku bertemu lelaki itu, belum ada yang lain hadir dalamhatiku...

Saat aku bertemu lelaki itu, tanpa sedar aku kembali mencantum serpihan-serpihan hati yang pernah berkecai...
Waktu aku dekat dengan lelaki itu, aku merasakan aku bukan aku...
Bila aku berdepan dengan lelaki itu, hatiku menjerit meminta dia juga merasa apa yang ku rasa...
Dalam setiap iringan doaku pada-Nya, hati lelaki itu juga yang sering kudambakan dari DIA...

Walaupun lelaki itu pernah melari-larikan diri dari aku,
Walaupun lelaki itu pernah buat macam aku ni tak wujud,
Walaupun lelaki itu pernah buat-buat tak dengar apa yang aku cakap,
Walaupun lelaki itu pernah berpura-pura sibuk bila aku cuba memberi perhatian,
Walaupun lelaki itu pernah berlalu bila aku menyapa...
Aku tak peduli...aku tak kisah dan aku tak akan pernah putus asa...

Untuk lelaki itu, aku nak dia tau...
Tak... aku bukan orang yang baik...
aku punya begitu banyak kekurangan dan aku juga dah melakukan begitu banyak kesilapan...
Aku pernah mengecewakan insan lain atas nama hati dan perasaan...
Tapi aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat lelaki itu...
Harapan aku, semua kekurangan akan dilengkapkan oleh lelaki itu...
Semua kesilapan aku, moga-moga dia yang akan membimbing aku untuk memperbetulkan....
Mengecewakan atas nama hati dan perasaan... bukan satu niat tapi takdir...

Aku tak minta insan lain memahami atau mengerti, sebab insan lain takakan pernah tau apa kata hati ini...Cukuplah kalau lelaki itu saja yang mengerti dan memahami...

AKU MAHU
-Once

Kau boleh acuhkan diriku,
Dan anggap aku tak ada,
Tapi tak kan merubah,
Perasaanku kepadamu
Ku yakin pasti suatu saat,
Semua kan terjadi,
Kau kan mencintaiku
Dan tak kan pernah melepasku,
Aku mahu mendampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu
Selalu bersedia membahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....
Kau boleh jauhi diriku
Namun ku percaya
Kau akan mencintaiku
Dan takkan pernah melepasku
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu,
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka utk masa lalu....
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu,
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....

Saturday, September 27, 2008

Al-Fatihah........Allahyarham Anuar Bin Omar

26 September 2008 = 26 Ramadhan 1429

Pagi, kira-kira pukul 6.30 dapat berita abang nuar(2 pupu aku) dah pun
kembali ke rahmatullah
pukul 5.45 pagi tadi. "Innalillahiwainnalillahirojiun...."
daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...

Aku memang tak rapat dengan arwah abang nuar tu.... tapi ayah baik
dengannya...
walaupun pangkat pakcik dan anak buah, usia mereka taklah jauh
berbeza...
jadi kerana itu jugaklah mereka rapat....Aku pasti sedikit sebanyak,
ayah pasti merasai kehilangannya...
Kerana saban tahun, arwah la orang yang paling setia menghantar kad raya
buat ayah...
Malah, saban tahun kad darinya lah yang pertama tiba... Tahun ni,tak ada
kad yg berkunjung kerana masalah
kesihatannya...Dan tahun2 mendatang, tak akan pernah ada lagi kad raya
darinya buat ayah...

Arwah ni memang dah lama sakit sebenarnya, tapi baru tahun ni keadaannya
benar-benar tak mengizinkan...
Terbayang lagi raya lepas, aku berjumpa dengannya di rumah ibunya di
Pulau Pinang...
Walau dia memang sakit namun dia masih gagah pulang beraya ke sana...
Rupanya itu raya terakhir dia bersama ibunya...

Untuk isteri, anak2 dan keluarga terdekat arwah, aku doakan moga mereka
tabah berdepan dengan ujian ALLAH Ta'ala ini....
Semoga syawal kali ini dilalui dengan sabar walau tanpa orang
tersayang...

Al-Fatihah.....

Thursday, September 25, 2008

BaIK?!

Hidup ni macam-macam hal...
Adakalanya kita nampak macam lah kita tau benar tentang orang itu,
Kita rasa macam penilaian kita betul sangat tentang sesiapa,
Tapi kita lupa, kita ni manusia biasa...
Mereka itu pun manusia biasa....
Tak ada orang yang sempurna.....
Baik?
Apa penilaian kita untuk mengatakan orang itu baik?
Caranya, atau rupa nya?
Sempurna @ perfect?
Ada kuiz ke untuk menentukan...
Sebenarnya aku dan k.ina,
ada berbual kosong mengenai perihal baik dan sempurna ni...
Banyak yang kami kongsi waktu berbuka tadi...
Tapi memandangkan k.ina dah pesan 'off record' pasal citer kami tu....
Aku diamkanlah....Lagipun aku sendiri tak bercadang nak mencatitkannya di sini...
Terlalu banyak untuk dimuatkan...
Hem..kembali semula pasal cerita baik dan sempurna tadi....
Kenapa manusia, mesti mahu mencari yang sempurna sedangkan diri sendiri masih banyak kurangnya.... Jawapannya mudah! Sebab mahu melengkapkan mana yang kurang...Barangkali betul...Hanya kesempurnaan yang bisa menutup ruang-ruang yang ada kekurangan...
Baik.... apa perasaannya kalau diri dikatakan baik, sedangkan masih penuh dengan keburukan-keburukan yang tak nampak di mata kasar? Mahu mengakui atau menidakkan? Hipokritlah seorang manusia kalau dia mengaku dia orang yang baik....
Aku sendiri mengaku, aku bukan orang yang baik. Aku juga bukan orang yang sempurna. Jadi, aku tak pernah ingin mencari orang yang baik. Cukup kalau orng itu masih mencuba menjadi baik. Dan aku totally bukan sempurna... Aku akui itu... Dengan rendah diri aku mengaku, aku masih seseorang yang punya banyak kekurangan. Bukan orang yang sempurna. Dan aku tak pernah mengimpikan seseorang yang hebat dan sempurna. Cukup kalau sekadar, seseorang yang melengkapi kekurangan aku, agar kesempurnaan itu kami lengkapkan bersama...
Alamak, dah dekat pukul 1 pagi... better ill stop here..
And for Kak Ina...... Cerita petang semalam waktu berbuka tu biarlah rahsia yer....

Wednesday, September 24, 2008

Akhiran Sebuah Cinta?

Pagi yang nyaman....Usai bersahur dan solat subuh,mata ni tak rasa nak lelap lagi...Selalunya tidur semula tu memang satu kemestian...Maklumlah katil melambai2... :)Barangkali kerana aku terlena awal malam tadi.... Selalunya selagi jam tak menunjukkan angka 12 malam, aku pun tak tidur lagi...

Hem, cerita pasal berjaga malam ni, tiba-tiba membuatkan aku teringat kat assignment yang melambak-lambak...Satu pun aku tak settle kan lagi... Aku tidur lambat, tapi aku pun tak tau lah ape yang aku buat...Aku ni banyak berangan agaknya.... :pIsh.... dari mana agaknya aku nak mula....Aduh....fikir-fikir boleh jadi sakit kepala....

Stop dulu cerita pasal assignment ni....Kawan aku cari....Nak meluah rasa lah tu...Jap lagi aku continue.......

******************************************************

Ha..... dengar cerita kawan aku tu, rasa nak story kat sini....Tak rasa macam nak sambung cerita pasal assignment yang bikin aku sakit kepala tu...Sebelum tu baik aku brief sikit cerita pasal kawan aku ni....Kawan aku ni dulu sudah punya teman....dari sekolah mereka berkawan...Dan dia sangat sayang kan temannya itu... segala yang buruk tentang temannya itu,dia pejam mata saja.... tolak tepi, cuba abaikan...walau ramai yang berkata....Sampai satu masa, aku dan seorang teman berbicara hati ke hati dengan dia...Kami tanya pada kawan ku itu..."Kau tak pernah mahu cuba membuka hati pada orang lain?"Jawabnya " Aku dan dia dah 10 tahun..aku sayangkan dia"Maka aku dan teman yang seorang diam saja... Kami yakin memang itu jawabnya... Biarlah bagaimana sekali pun kawan ku dilayan oleh si dia ....dia akan tetap setia...Tapi, takdir Tuhan, tak siapa mampu menduga...dan tak ada siapa mampu nak elak...Kawanku itu akhirnya berjumpa dengan insan lain....Yang lebih menghargai dia sebagai seorang perempuan....Sebenarnya, si dia yang lama kawan ku itu juga amat sayang padanya... cumacaranya saja yang tak kena.... perempuan sering mengharapkan perhatian...tapi si dia itu, banyak melebihkan kawan-kawan nya... malahan, dia tak pernah cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik...sedangkan kawan ku ini, mengharap agar dirinya dimengerti...
Akhirnya...cinta dan sayangnya kawanku pada si dia telah terbahagi dua....
Dan baru-baru ini..... hubungan kawanku dan si dia yang baru sampai ke pengetahuan si dia yang lama.... Kira jadilah telenovela sepanyol kejap...(drama Korea tak boleh...tu aku punya scene....haha :)...)
Si dia yang lama mempersoalkan kesetiaan kawanku...
Terus-terusan mencari silap kawanku....Tanpa mahu melihat di mana silap dan kurangnya dia..... Saat kawan aku meminta perlepasan, si dia yang lama masih tak boleh terima.... Kesian jugak aku kat dia.... Maklumlah...sudah 10 tahun dia mencintai kawan aku tu...tak pernah ada perempuan lain dalam hidup dia (menurut kata kawan aku tu la....) tapi ini pula akhiran cerita cinta mereka..... Beratkan nak terima kalau 10 tahun orang tu ada depan mata kita, kongsi banyak perkara dengan kita, akhirnya semua tu jadi macam mimpi je pulak..... (kalau aku dapat lelaki yang boleh terima aku selama 10 tahun tanpa cari org lain, confirm! aku pun tak akan cari lain......)Kini, kawanku tersepit untuk memilih....Kedua-duanya kawanku sayang... Tapi, pada pandangan aku....kalau kawanku dengan si dia yang baru, masa depannya akan terjamin..Si dia yang baru, sabar dan bertanggungjawab orangnya...Tapi, kalau dengan si dia yang lama juga tak bermakna dia tak boleh bahagia...Mungkin aku juga berat memenangkan si dia yang baru kerana aku kenal benar dengannya berbanding dengan si dia yang lama...
Jadi kawan, pendapat aku ni janganlah kau pakai sangat...Cuma aku harap, kau buatlah apa yang selalu aku nasihatkan....Minta lah petunjuk dari Nya walau dalam apa jua pilihan yang kau nak buat....

Ok, selamat..... :)

******************************************************

Kekuatan...

Tuhan,
Aku tak tau adakah aku akan terus kuat...Melalui hari-hari yang sangat menguji dan meletihkan ini...Menyesal?Tak, aku tak pernah menyesal meneruskan impian untuk menggapai cita-cita...

Isnin - 22 September 2008,
Hari yang sangat-sangat menguji kekuatan. Menyelesaikan tugasan benar-benar menagih masa dan tenaga...Malam tadi,Aku dan K.Ina menjadi orang terakhir yang meninggalkan perkarangan UiTm...Macam tak percaya...Yang tak boleh tahan, K.ina sempat la jadi tukang bukak dan tutup pintu pagar...Hem...Zaman-zaman tak tidur malam menyiapkan assignment sudah kembali...Lingkaran hitam bawah mata makin ketara... Isk... Tua sebelum usia la gamaknya aku ni...Badan yang sedia penat semakin bertambah lesu bila aku kena drive balik rumah sorang-sorang...Betul apa yang aku cakap pada K.Ina, best kalau jadi macam K.zana...ada orang jemput dan hantar...Bertuah badan....

Hem.....lepas ni masih banyak assignment yang perlu di kejarkan....Kalau lepas ni ada yang nampak aku ni dah macam hidup dalam dunia aku sendiri...Korang faham-faham je la yer.... Ada 3 ke 4 assignment lagi yang harus di selesaikan...Harap-harap aku dapat menghabiskan semuanya on time.... Cerita pasal kelas & tugasan, K.Mus nanti kita updatekan tarikh-tarikh penting tu ya....Ok lah, sampai sini dulu....

Aku ingat nak upload gambar-gambar waktu kitorang buat research untuk tugasan.... tapi gambarnya tak masuk kat pc lagi...nanti je lah aku upload.....

Monday, September 15, 2008

Berbuka Puasa With My Ex Schoolmate

Sabtu, 14 September 2008.....
Genap 2 minggu puasa.... hari sabtu tu klas aku start dari pagi pukul 9 sampai 11.... lepas tu sambung lagi 1 kelas dari pukul 11 sampai 1.....huh...penat jangan cerita la.... habis kelas, terus ke library.....nak setelkan assignment yang nak kena submit by dat day jugak.... buat punya buat, tup!tup dah dekat pukul 4.... tak sedar pun masa berlalu....padahal assignment tu dah di setelkan by last week.... ni cuma last minute revised and sikit2 amendment jer... tu pun makan masa punya lah lama....

Pukul 4.30, aku gerak dari Uitm dengan Iena... kitorang pergi ambik Ateh dekat Giant... sebab hari ni aku dah janji dengan my beloved friends since school nak berbuka puasa sama-sama... Kitorang janji jumpa di Mid Valley around 5.30pm....sampai kat sana, kitorang 3 org jek yg ada... yang lain masih belum nampak batang hidung....So kitorang pun tunggu la.... Sampai la Farah a.k.a Adieq muncul..... isk, makin kurus budak ni...study hard la tu.... sebab tu always dapat dekan (aku mmg salute dgn ko la deq.....) Tak lama lepas tu.... sampai pulak kumbang di antara bunga-bunga yang ada... Kerol (mamat yang mengaku dia lah jejaka paling ensem kat malaya....) uweks!! tak kuasa! Then, we all tunggu kedatangan organizer majlis berbuka puasa yang main redah je ni.... Adieb.....lambat pula si minah organizer ni... tengah aku, Iena n Kerol baik punya sembang, alih2 je adieb muncul... tak perasan pulak.... so, dah ada, 6 orang... sekarang tengah tunggu Yan(yang konon2 nya nk datang dgn boipren die....yang akhirnya sampai ke sudah tak muncul2....) n Sha.... tapi memandangkan kitorang tak booking table lagi, so kitorang cadang nak gerak dulu, cari tempat... tapi, kalau dah namanya Mid Valley tu mana lah nak dapat tempat kalau lagi sejam nak berbuka....

Lepas penat-penat pusing, tapi tak dapat tempat (ops, waktu ni Sha dah sampai...dah join kitorang carik tempat nak berbuka...) kitorang pun decide, makan je Dunkin Donut dulu.... lepas orang dah reda nnt, baru kitorang cari makan yang lain.....
And, finally kitorang pun berbuka lah Dunkin Donut jer... Aku tak kisah... As long dapat berbuka dengan diorang... Lepas dah makan donut, kitorang pusing cari tempat lain nak makan...Tapi kebanyakannya semua still penuh, akhirnya dapat tempat kat Secret Recipe.... makanya makan kat situlah next destination...huhu...Alhamdulillah kenyang bangat..... And yang paling best, dapat spent time dengan member2 zaman study yang memang best n happening.... Guys korang memang best n happening sangat... sayang korang!! Ever n ever......


::Adieb, Sha, Ateh, Adieq, Kerol n Aku::
Iena mana nih?!




::sha, ateh, adieq n kerol::


:: Aku, Iena and Adieb (the organizer) ::



:: Huhu....ni ateh yang edit gambar ni....gambar aku buruk giler....!!! ::

Friday, September 12, 2008

Tak Termiliki....

Terkedip mata ini,

Mengalir lesu lagi air jernih itu,

Walau puas sudah di seka setiap titisan,

Masih lagi ia mengalir....

Inilah,

Sakit memendam,

Hanya dapat terzahir,

Oleh mutiara-mutiara jernih itu...

Sakit dan pedih,

Baru kini ku tahu,

Ini nilai sebuah cinta,

Bila hati mula meletak harapan,

Untuk memintal benang-benang kebahagiaan,

Dengan insan yang sentiasa depan mata,

Tapi tak termiliki....

Tuhan,

Bagaimana nak ku khabarkan,

Pada dia agar mengerti,

Rasa yang terlukis,

Nun jauh di lubuk hati...


"The worst feeling you'll ever feel is sitting next to the person who
means the world to you knowing that you mean nothing to them..."

*sakitttt dan pedih sangat2, bila dia dengan aku, tapi masih memikirkan orang lain.....

Thursday, September 11, 2008

Puisi dari filem Love






Dalam gelap aku terbang

Dalam gelap aku terang

Dan jadikanlah engkau senja

Kerana gelap kau ada

Kerana gelap aku indah

Aku hanyalah kunang-kunang
Dan kau hanyalah senja


Dalam gelap kita berbahagi

Dalam gelap kita abadi....


sumber: http://cintadearhaniey.wordpress.com

Wednesday, September 10, 2008

Cinta?


Hee...lama tak cerita pasal Cinta... Tapi baru-baru ni
aku ada berbual dengan teman-teman tentang usia dan cinta.
Pada pandangan kalian, jarak usia berapa yang sesuai untuk pasangan
bercinta? Setahun, 2 tahun, 5 tahun atau sebaya? Pada aku, jarak usia
tak penting sangat...tapi pada usia berapa itu yang penting...
Kalau sudah sampai tahap kematangan, jarak 10 atau 20 tahun pun tak jadi
masalah....
Pada aku, kalau usia baru menginjak ke angka 20 tahun,
oh...itu masih lagi usia yang terlalu muda nak bercinta..
Masih banyak hal dan perkara yang perlu difahami dulu..
Lagipun, pandangan pada usia 20 masih terhad lagi. Ramaikan kawan dulu,
dan kemudian barulah cari cinta...
Aku bercakap berdasarkan pengalaman....dulu, waktu usia baru 20 tahun,
waktu kawan-kawan bercinta, aku pun nak bercinta...
Tapi, disebabkan rasa tu timbul atas sikap nak cuba-cuba...
Tak ke mana pun akhirnya... Aku mengaku aku tak bersedia untuk semua tu..
Masih terlalu awal.... Tak ada kematangan dalam hubungan tu... Lagi pun aku fikir
untuk apa aku risau-risau... Aku masih muda dan ramai lagi orang yang aku akan jumpa...
Walau si dia itu baik, aku terpaksa undur diri... Dia kecewa, tapi aku tak mampu nak elak..
Walau aku yang minta untuk pergi... tapi rasa sakitnya tetap ada...
Huh! Banyak kenangan kan.... Dan selepas itu, secara rasminya aku hidup single...
Tapi aku tak nafikan...ada masa dan ketika rasa bersalah menghantui...
Lagi-lagi bila si dia sampai saat ini masih tak putus asa menghubungiku...
Biarlah dia menagih kasihku, tapi aku tak mampu nak kembali pada dia..
Banyak perkara yang membuatkan kami tak serasi bersama...walau dia baik sekalipun....
Sekarang, saat usia sudah 23 tahun... aku yakin aku sudah mampu menimbang dan menilai,
aku sudah bersedia membuka hatiku untuk Cinta...benar-benar sedia...
Insyaallah... tak akan ada lagi rasa suka-suka yang jadi mainan perasaan..
Tak akan ada lagi rasa kecewa sedangkan aku tak sepatutnya merasa begitu...
Cuma yang aku harapkan sekarang, dia manusia biasa yang mempu membuatkan aku serba tak kena
di depannya itu, akan sedar kewujudanku...Akan sedar yang aku lah orangnya yang akan memberikan
sepenuh kasih sayangku buat dia....Tapi, kalau dia bukan jodohku...Aku redha Ya Allah...
Siapa saja yang kau tentukan untukku, dialah orangnya yang paling layak untukku...
Dan untuk dia manusia biasa yang selalu bikin hatiku jadi gundah....

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya...
Walaupun awak tak perasan kehadiran awak tu memberi pengertian besar dalam hidup saya...
Awak hadir tepat waktunya ketika saya bersedia membuka hati saya...
Tapi saya tak tau sama ada awak sudi nak buka hati awak untuk saya atau tidak..."

Kenapa Singgah Kalau tak Masuk
~Kump. Flava~
Jarang sekali ku terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku
Kalau adapun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar
Tapi sejak dua menjak ini
Ku merasakan bagi ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
pada waktu sepi menemaniku
Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk ke dalam hatiku...
Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih
Jarang sekali aku begini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biarkan fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku....

Hem...lirik ni sesuai sangat nak sampaikan isi hati aku kat die tu.....
Tapi tak ada kekuatan nak bagi.... =)

Tuesday, September 9, 2008

Selamat Hari Lahir


Wah...tensionnya...aku dah draft alih2 semua hilang....skrg ni aku nk kena type balik....adess, tak larat nyer....


Aku...


23 tahun, 11 bulan dan 31 hari....


bersamaan dengan 8401 hari...


Alhamdulillah...hidupku sudah selama ini...


Namun aku sendiri tak pasti...


Adakahb target hidup sudah jadi satu realiti


atau masih terus-terusan menjadi


impian dan harapan....



Dalam hidup ini,


Yang aku harapkan adalah kesederhanaan,


Kalau ada kesempurnaan,


itu lebih dari harapan....


Dan dalam hidup ini,


Yang kuharapkan adalah dia,


Dia yang bisa membuat hatiku gundah,


Dia yang mampu membuat hatiku bergetar,


Tapi sampai saat dan tika ini,


Aku masih tak mampu menyatakan pada dia,


bahawa dia orangnya yang aku harapkan.....



Huhu.....ayat2 berkarat aku.....sempena usia genap 23 tahun....


Untuk semua yang wish happy birthday (even thru sms,emel, call or face 2 face...) aku ucapkan terima kasih banyak2.....Semoga doa kalian untuk aku panjang umur, murah rezeki, lulus periksa dan cepat bertemu jodoh akan dimakbulkan oleh Nya....Insyaallah....



Last but not least, terima kasih sekali lagi atas ingatan dan kasih sayang kalian buat aku.... :)
















Hadiah dari mama & ayah....Thank you so much!! Luv both of u.....with all my heart......

Towel Esprit dari kawan2 kat office.....Warna pink yg 'sweet'....





Kad buatan tangan Opah......Kreatif dan berseni?!


Sunday, September 7, 2008

Ahad Yang Memenatkan.......

Hem..... hari Ahad yang sepatutnya jadi hari merehatkan mental dan fizikal dah pun jadi 1 hari yang benar-benar memenatkan...so tired.... dari pukul 8 pagi tadi aku keluar... pukul 9.00 malam baru aku sampai rumah.... huh...lembik rasanya.... nak buat camne, kelas hari biasa dah di bawa ke hari sabtu dan ahad sempena Ramadhan ni.... Tak kisahlah... mungkin ni pengorbanan nya untuk segulung ijazah...Insyaallah...

Walaupun hari ni memenatkan, aku enjoy jugak sebab hari ni dapat berbuka bersama teman-teman sekuliah... walau kami kenal tak lama, seronok dan tak kekok bersama diorang semua.... Kami berbuka puasa di Tesco, Shah Alam.... Ingatkan nak makan nasi beriani... tapi restoran tu dah fully booked la pulak... So, kami pun tukar la makan nasi ayam kat Chicken Rice Shop.... kenyangnyer.... Alhamdulillah..... Terima kasih jugak kat orang yang sudi belanja kitorang, walaupun kena gak topup sendiri.... :) saya doakan murah rezeki awak.....




Balik rumah, badan rasa letih yang amat-amat... Ingatkan nak terus tidur, tapi bila tengok drama kat Tv Prima - Salam Sakaratulmaut (kalau tak silap la tajuk ni) rasa macam nak layan jugak.... Dan akhirnya, bila drama tu habis kat sini lah aku... mata memang ngantuk nak tidur...tp rasa cam tak lengkap pulak kalau tak update blog ni...So, aku gagahkan diri... posting jugak untuk malam ni.... Gambar kat bawah ni... waktu kitorang menghabiskan masa tunggu waktu berbuka... Walaupun ramai orang pandang2 bila kitorang bergambar... Kitorang redah jugak... Biar lah ape orang nak kata, bukan pakai hak diorang pun.... So, sampai sini dulu posting untuk hari ni...sebenarnya banyak lagi nak citer... tapi, mata ni dah berat sangat ni... Sekian dulu... titipan hati, buat yang mengerti....






4 Dara Pingitan?!





There are some people in life

That make you laugh a little louder

Smile a little bigger

And just live a little better

Saturday, September 6, 2008

Early In The Morning

Salam.... Di atas sebab2 yang tak dapat nak di elakkan... semua draft posting aku yang dengan penuh perasaan aku karang, tak dapat nak di posting kat sini....
hukhuk...sedihnyer... semua draft2 tu dah burn.... tapi, kalau ada rezeki, aku dapat balik aku post la... tp cam biasa...kira Backdated la.... tak hangat dari biasa lagi dah...

Hem.... lepas sahur tadi, mata dah tak ngantuk la pulak... padahal aku memang ingin sangat nak tidur balik, cos pkul 9 pagi aku ada class...... takut gak mata ni layu dalam class nanti....tapi harap-harapnya tak lah kan....

Eh, ok lah...tak boleh nak membebel banyak2, panjang lebar, merepek2.... aku tak sembahyang lagi ni.... Karang terlepas pulak Subuh... biasa lah... kalau dah depan pc ni.... cam lupa diri sket...huhu...
Cukup dulu yek... kalau balik class nanti aku ada story terbaek punya...aku post lagi eh...

"Would you stop thinking about what everyone wants?
Stop thinking about what I want,
what he wants,
what your parents want.


What do YOU want?

What do you WANT?"


- noah, the notebook

Ramadhan

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

pic01Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini:

1. Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;

Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith:

Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim).

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH.

2. Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini.

3. Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.

4. Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Lailatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya lailatul Qadr. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah lebih daripada seribu bulan ataupun 83 tahun.

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW:

Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah” (riwayat Ibn Hibban- Sahih)


Thursday, September 4, 2008

Melastik Bintang

Pagi tadi sambil aku buat kerja, aku dengar radio...
Macam biasa la....
Sampailah dj tu sebut tentang nama 1 kumpulan baru - Melastik Bintang.
Unik nama kumpulan tu....
Kalaulah betul bintang boleh dilastik, hem.... bagusnya....
Tak payah la merenung bintang dari kejauhan...
Tak payah la terdongak2 untuk mengira bintang...
Semuanya akan gugur ke bumi bila dilastik....
Hem.... tapi itu perumpamaan je...Hakikatnya, mana lah mampu manusia kerdil
melastik antara kejadian terhebatNya... Bintang itu duduk nya nun dia atas langit sana...
Tak mungkin mampu digapai....

Malam tadi, aku berkenalan dengan seorang teman baru di dalam jaringan...
Baik... Jiha namanya... Dia muda dariku... tapi dia matang orangnya...
Adakalanya...lebih mudah berkongsi dan bercerita rahsia hati...
dengan orang yang kita tak kenal... Kerana pendapat dan pandangan mereka lebih tulus kerana
mereka tak kenal kita... Malam tadi, kami berbual2...
berkongsi rahsia hati... Dia dengan masalahnya... dan aku dengan masalah aku....
Walaupun masalah itu tak selesai... sekurang-kurangnya tak lah terbeban sangat memikirkan bila
dapat dikongsi dengan sesorang yang boleh memahami....
Gadis itu, walaupun masih muda banyak juga pengalaman hidupnya....

"Jiha, saya doakan awak akan dapat jalan penyelesaiannya...terima saja yang baru dengan hati yang ikhlas...
dia yang lama, yang telah melukakan...awak lupakan saja..ingat...kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari,
hadirkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi yang indah..."


"Walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light. "

*huhu...lmbt sket posting sebab internet connection kat umah ni buat hal la pulak...

Tuesday, September 2, 2008

Kertas Vs Hati

Today, everything goes biasa2 je.....
setakat waktu aku mula menaip ni em...kira2 kul 2.30,
tak ada apa yg menarik pun berlaku dalam hidup ni....
Hem..tahun ni kitorang balik pukul 5.15 during fasting month...
xmacam last year.... kitorang balik pukul 4.45...sejam awal....
semua kat office ni tarik nafas panjang ala2 mengeluh....
pukul 5.15 tu kira lambat la...lagi2 yang duduk jauh...
for sure kena berbuka kat dalam keta la tu.. sian kat diorang...
tp aku pelik jugak dgn company ni.... ade certain things diorang dah centralized....
tapi part gaji tu nape plak tak ikut sama eh?! hem musykil ni...
pulak tu, tetap kan waktu utk sembahyang zohor, 30 minit je during waktu rehat yg diorang provide...
isk...dulu pon x camtu... walaupun xder time break, tapi waktu zohor tak lah ditetapkan waktunya...
makin lama makin teruk plak.... sampai waktu sembahyang pun dah di aturkan...
entah apa nak jadi zaman sekarang ni.... rasa macam hak2 sebagai seorang muslim tu makin lama semakin kurang...
sebab semuanya di hadkan...bukanlah nak kata waktu 30 minit tu tak mencukupi...
tapi untuk orang perempuan, agak tergesa2 sikit la... sebab kitorang kan nk kena touch up makeup lagi...
pakai tudung lagi... nak lipat telekung lagi...tak sama cam org lelaki...
mungkin orang yang keluarkan rules camtu tak faham masalah kaum wanita ni...
err.... ape lagi nk tulis ni...rasa cam dah kering idea ni....huhu...sebelum aku merepek merantau entah ke mana...
adalah lebih afdal kalau aku berhenti sampai di sini saja untuk hari ni...
Kalau tiada aral melintang, kita ketemu lagi esok hari....Insyaallah....
Kertas Vs Hati
Hati ni macam kertas...
Macam mana hati akan jadi,
bergantung pada tulisan dan lukisan atas kertas....
Malah hati juga begitu sensitif seperti kertas...
Terkuat sikit tekanan mata pena pada kertas,
akan tembus lah dakwatnya....
Malah, terkasar sikit menulis di atas kertas....
Akan koyak dan cariklah ia....
hati juga begitu....
Tersentuh hati kena pada tempatnya,
Akan mengalir kasih sayang yang tak tenilai harganya....
Tapi tersilap sedikit hati disentuh,
Maka akan luka dan berdarahlah ia.....

Beautiful....Meaningless

  • I know I don't have the prettiest face for you to look at and I don't have the skinniest waist for you to hold, but I promise you, I have the biggest heart to love you with.

  • The more you get to know a person, the more attractive they become to you. Because everything beautiful you see on the inside of them, suddenly you're able to see on the outside of them too.

  • There's nothing more beautiful than a smile that struggles through tears.

  • For every beauty there is an eye somewhere to see it. For every truth there is an ear somewhere to hear it. For every love there is a heart somewhere to receive it.

  • Don't worry if you're good looking or not, don't complain if you're fat or skinny, don't just focus on your physical appearance, because anyway, if someone is going to love you, he must do it no matter how you look, because when you are 80, your physical appearance will change, but the personality won't, and that is what real beauty is

  • We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.


Did you ever fall for someone you know you shouldn't?
Try hard to fight your feelings, but you just couldn't?
You fall deeper with each passing day,
But try to hide it in every possible way.
He's only a friend, and nothing else--
That's the lie you keeping telling yourself.
You keep on saying he's just a bud,
But deep inside, you're falling in love.
You get so giddy when you meet his eyes,
But keep reminding yourself it isn't right.
A simple glance turns into a stare,
But you pretned that you don't care.
It's "not right" for you two to be.
Is that why you hide it so no one can see?
But how long will you pretend?
Keep lying that he's just a friend?
Perhaps your feelings you can never show.
Perhaps it's "wrong" for him to know.
Your friendship can't be risked over this,
So being his girl is an impossible wish...

  • If I could be any part of you, I’d be your tears. To be conceived in your heart, born in your eyes, live on your cheeks, and die on your lips.

  • Should I smile because we are friends? Or cry because we'll never be anything more?

  • Today I caught myself smiling for no reason... then I realized I was thinking about you

  • "A true friend is someone who sees the pain in your eyes while everyone else believes the smile on your face"

  • "If you're alone, I'll be your shadow. If you want to cry, I'll be your shoulder. If you want a hug, I'll be your pillow. If you need to be happy, I'll be your smile... But anytime you need a friend, I'll just be me."

  • "When it hurts to look back, and you're afraid to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there."

Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan....

Alhamdulillah.... aku dah selamat kembali ke KL.... Hari pertama Ramadhan tahun ini juga dah selamat ku jalani... Doaku, puasaku diterimaNya...InsyaAllah....

Hem.... minggu lepas hari Jumaat, pulang dari klas terus berkemas2 nak pulang ke kampung...
kerana itulah terpaksa posting backdated.... tapi tak kisah la kan...kira layan....sebab aku memang dah draft...cuma tak sempat nak publish jek.... sebenarnya Jumaat lepas, ada juga cerita sedih dan pedih... tapi aku tak rasa nak imbas balik... takut terasa sakitnya semula...sebab draft yg aku posting tu aku buat sampai waktu lunch...tak sangka pulak petangnyer aku leh jadi se'sakit' itu...tapi ape pun...aku tetap gi klas macam biasa... biar aku je yang sakit...biar orang lain tak nampak dan rasa.... hem...walaupun ape yang aku dapat hari Jumaat lepas bukan 100%... tapi aku yakin, ada jugak ilmu yang masuk....

On the way balik, dalam kereta aku rasa macam nak menangis...Dan aku rasa, mungkin aku dah pun menangis....aku tak pernah sangka, aku boleh rasa sebegitu sekali....Macam tak percaya... Tapi aku tolak tepi semua rasa yang mengacau minda... aku tolak tepi semua...aku terus drive sebab nak sampai rumah cepat... aku boleh balik kampung cepat dan aku boleh tinggalkan semua hal kat KL ni sementara....walau sementara...

Dan semuanya menjadi....Kat Penang, aku lupa semua masalah aku kat KL ni.... Tapi, balik melihat makndak...airmata ku gugur lagi...Puas ku tahan air mata saat aku berdepan dengan makndak di katil hospital... Ya Allah Ya Tuhanku, makndak dah tak macam makndak yang aku kenal...Macam orang lain depan mata ni.... Puas aku melawan perasaan tak mahu menangis depan dia.... Aku tak nak makndak patah semangat walau pun doktor diagnose mengatakan yang kemunkinan besar semuanya adalah kerana Kanser.... Ya Allah....jauhkan penyakit itu dari makndak... Moga-moga doktor itu tersilap...

Semalam aku dapat sms balasan dari makndak bila aku menghantarkan ucapan selamat menyambut ramadhan padanya.....balasan yang ringkas tapi cukup mengusik hati..."ramadhan paling pilu, tak dapat puasa dan terawaih lagi seperti dulu" aku mengerti perasaan makndak....
dan aku bilang pada nya....ini dugaan sempena ramadhan yang mulia ini...makndak kena kuat dan kami juga kena kuat untuk memberi semangat padanya.....

Sampai sini dulu, untuk hari ini.... kalau sempat esok aku kembali lagi... ada gambar di sana yang ingin ku kongsi...(semua orang kompelin kata x best kalau aku tak letak gambar kat blog ni....)...
kalau ada masa aku posting gambar kat sana....sekian dulu....titipan hati buat yang mengerti...

Backdated Posting for Friday 29/8

Alhamdulillah..... sekali lagi bertemu dengan hari Jumaat...
Penghulu segala hari....Moga-moga hari ini akan memberikan seribu keberkatan dalam hidupku...
Insyaallah.....
Hari ni mood aku rasa macam best sangat.... Pertama, sebab manusia biasa yang ku kata sudah ketemu, tapi masih tak pasti itu
sudi membalas message yang ku hantar padanya....pagi-pagi dia dah bikin mood aku jadi baik sangat.....:)
Walaupun dia tak tahu yang balasan ringkas dari dia itu sudah mampu bikin hati aku gumbira sepanjang hari....
Satu lagi sebab aku seronok sangat hari ni sebab malam nanti aku nak balik kampung...
Balik Penang..... lamanya tak balik....
Last time aku balik, masa mengundi tak silap aku..
Walaupun aku sebenarnya bukan balik mengundi....huhu.....
Bukan tak patriotik, cuma ada sebab2 yang memang tak dapat nak elak....
Walau hati gembira nak balik kampung, jauh di sudut hati aku gusar dan sedih....
Kami balik kampung sebenarnya nak melihat mak cik ku yang keadaan kesihatannya semakin tak memuaskan....
Pagi ini, di saat aku di depan skrin mengadap layar sepi ini, mak cik ku yang aku panggil makndak akan menjalankan pemeriksaan kesihatan...
Ya Allah, Kau jauh kan lah makndak dari sebarang sakit-sakit bahaya....
Ah, macam menipu diri pulak rasanya...kalau kalian lihat makndak, kalian sendiri pasti jatuh kasihan....
Makndak itu memang kurus orangnya.... kini semakin kurus....
sudah seperti mangsa kebuluran Uthopia bila melihatkan gambar yang di mms oleh sepupuku...Menitis air mataku bila melihatkan makndak seperti itu....
makndak adalah adik ayah yang menjaga aku ketika kecil.... untuk makluman ayah punya 7 adik beradik, ayah seorang saja anak lelaki...
Yang lain-lain semuanya perempuan... dari 7 beradik itu, yang mendirikan rumah tangga hanya ayah dan 2 lagi adik perempuannya....
yang lain memilih jalan untuk sendiri...ah, aku tak pasti...
mereka memilih jalan itu, atau memang jodoh itu tak menghampiri....
Kami (aku, adik dan sepupu2ku) selalu dipesan....
Tanggungjawab kami bukan hanya pada ayah dan mama saja...
tapi juga ke atas makcik2 ku yang hidup sendiri...Mereka tak punya siapa2 bila melewati hari tua nanti...
Aku selalu pesan pada adik dan adik2 saudaraku(kerna aku cucu atuk ku yang sulung)....
Jangan pernah lupa pada makcik2 ku ini...
Kerana kasih sayang mereka tumpah sepenuhnya pada kami....
Jadi, bila tiba masanya kami kena 'care' pasal mereka...kami harus jalankan tanggungjawab kami....
Harap-harap bila aku bertemu seseorang yang bersedia menerima aku apa adanya nanti, dia juga dapat menerima
bahawa aku punya ramai ibu selain mama yang harus aku jaga....
Ah, cukuplah cerita sedih ini..... kata nak balik kampung, kena la gembira kn.....
****************************************************************
Walaupun nak balik kampung, petang ni kuliah ku macam biasa...Aku akan tetap attend class Pn. Che Zainab....
Kami akan bertolak pulang lepas aku pulang dari kelas nanti.....Huh...mesti penat gila....
Dahlah minggu sudah tak ada di rumah, hujung minggu ini juga pun tak dapat duduk kat rumah....
Oh, ya.... minggu lepas pun aku balik kampung.... Balik Muar, Johor.... Saja mama nak jumpa adik beradik nya.....
Hampir semua pakcik dan makcikku pulang.... yang tak ada cuma adik mama yang bongsu...
nak buat macam mana, suaminya tak dapat cuti....Seronok sangat...lama tak bertemu macam ni....Nak berkumpul semua memang payah...
Sejak arwah abah tok dan mak tok ku tiada lagi, mmg susah nak berkumpul begini... Kalau dapat balik ke Kota Tinggi lagi seronok...
Rumah pusaka yang banyak menggamit kenangan.... Rumah tu dah kosong kini...Tak siapa tunggu.... Entah macam mana keadaannya sekarang...
Cuma sekali-sekali abang mama yang sulung dan adik lelaki mama akan pergi menjenguk dan mengemas apa-apa yang patut....
Hem...teringat kan rumah itu....rasa macam nak terbang balik sekarang ni jugak....
Tapi tak mampu.... Nk drive sampai sana pun, aku bukan nya arif sangat jalan nak ke sana.....Lagipun...mana lah pernah aku drive jauh2 smpai johor.
Ayah dengan mama pun guarantee tak akan lepas kan aku kalau nak balik sorang2. Dah lah rumah tu tak ada sesapa.....
Hmm.... bila lah agaknya nak balik lagi ke rumah itu....
********************************************************************************************
Hari ini kat office, kami buat pot luck....
makan2 sebelum puasa.... Alhamdulillah...kenyangnya....
selain tu jugak kami nak meraikan seorang teman yang akan transfer ke cawangan kami di Pulau Pinang..... kurang lagi geng2 kat sini.... Aku pun tak tau sampai bila aku di sini....Sebenarnya, baru2 ni aku ade pergi menduduki peperiksaan untuk temuduga jawatan kosong..... Tapi, aku xsure lah boleh dapat ke tak.... sebab soalan nya soalan IQ....huhu...susah gak....mau gugur rambut di buatnya.... Yang paling aku tak tahan, aku boleh pulak jadi blurr waktu exam tu.... WAN stand for what pun aku tak boleh nak ingat-Wide Area Network.....ape punya sengal tah..... Da masuk je pintu rumah, baru aku teringat...... Asthagfirullahalazim..... tah di mana silapnya sampai aku terlupa...huhu...tapi benda dah lepas....fikir2 pun sendiri yang pening. Kalau ada rezeki aku, dapatlah.....Kalau tak dapat tu, anggap saja ia bukan rezeki ku kali ini.......
Untuk kak emi yang nak pindah ke Penang, "jangan lupa kan kami k...... terima kasih juga atas pemberian tudung hijau yang sweet tu.....patutlah pagi tadi plan nak pakai hijau...tau2 baju tu pulak kena minyak ape ntah....Terus tukar baju lain....Tapi ape pun....orang suka gak kaler hijau...thanks again kak emi...Ada umur kita jumpa lagi. InsyaAllah....."