Tuesday, April 15, 2008

Cinta Dalam Hati......... 3 April 2008

Aduh, pagi-pagi lagi perutku dah rasa memulas-mulas hari ini.
Entahkan silap makan atau sebab lain, aku tak pasti. Kepala pula
terasa berat, badan rasa seram sejuk. Ini mungkin kesan bermandi
hujan semalam.
Hem, petang semalam aku balik kerja dalam hujan yang amat lebat.
Habis basah kuyup aku di buatnya. Namun langsung tidak terdetik di
hati untuk menyalahkan kejadian yg Esa itu. Bak kata seorang teman
yang baru ku kenali, hujan itu kan satu rahmat.Benar katanya, sedikit
pun aku tidak menyangkal. Sejak akhir-akhir ni kerap sangat hujan.
Kilat dan petir serasa seperti terlalu dekat.Duduk di bangunan tinggi
membuatkan aku kadang-kadang rasa begitu sayup hati.

Ya Allah, takdirmu menemukan lagi aku dengannya. Dia yang pernah
menjadi seseorang yang ku mahu kan dalam mendampingi hidupku. Tapi
takdir kali ini juga menemukan dia yang telahpun menjadi milik insan
lain yang lebih istimewa di hatinya. Insan yang pernah menjadi
sainganku dalam pertandingan memenangi hatinya. Jelaslah, yang aku
adalah insan yang tewas dalam pertandingan itu. Aku lah orangnya yang
mengharap pada yang tak sudi. Akulah perempuan yang telah silap
memberi hati dan meletak harapan. Aku lah yang silap kerana pernah
berharap yang hubungan itu tak kan berakhir, aku berharap untuk
memilikimu selamanya….haha…aku ini bodoh benar kerana meletak harapan
terlalu tinggi…. Sedangkan aku ini hanya seorang insan biasa….

Tapi hari ini aku mengerti…kita harus belajar untuk menerima takdir
dan ketentuan Nya. Aku redha dengan pilihan dan keputusannya. Aku
akur untuk menjadi perempuan yang kalah itu. Dan untuk dia dan
pilihannya, ku doakan kebahagiaan mereka selalu. Tiada dendam dan
sakit hati…. Hanya ada rasa kecewa yang akan perlahan-lahan aku
pelajari cara-cara mengubatinya.

Cinta Dalam Hati
Ungu

Mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Wednesday, April 2, 2008

Appy Buzday...... 020408

"Selamat Hari Lahir buat satu-satunya adikku di dunia ini.....
Adik yang amat ku sayangi,
Hari ini genap sudah usiamu ke angka 16....
Semakin dewasa dalam melalui semua ranjau di dunia ini....
Akak harap adik akan mendapat semua kebahagiaan di dunia dan di akhirat....
Semoga segala-galanya berjalan lancar dalam hidupmu dik.....
Semoga kau tidak kan tersalah menongkah arus....
Semoga kau tidak kan sesat mencari hala tujumu......
Restu dan doa akak sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu...
Kerna hanya kau Adikku....."



ah...sejak akhir-akhir ini, mudah benar aku tersentuh...
menaip bait-bait perkataan itu pun aku sudah terasa sayu...
entahlah di mana silapnya.....
aku terlalu emosi atau memang ayat-ayat itu mampu menyentuh hati?!
kalian yang punya adik juga pasti mengerti perasaan seorang kakak kan....
semarah mana sekalipun seorang kakak, rasa sayangnya buat si adik tak akan pernah terhakis....
walau jauh di sudut hati merasakan yang si adik sentiasa dilebihkan, tapi jauh sekali untuk berdendam....
lebih-lebih lagi aku.... aku hanya punya seorang adik...
ya..aku miskin adik beradik.... barangkali kalian di kelilingi kakak, abang dan adik-adik...
tapi aku.... hanya dia seorang adikku.....
adik yang lahir ketika usia ku menjangkau usia 7 tahun.....
hilang segala rasa sunyi dan sepi di hati....
biarlah buku sekolah ku dulu pernah dikoyak dan diconteng, namun tak pernah terbetik rasa marah...entahlah...untuk adikku yang seorang ini....marahku tak akan pernah jauh....sehingga waktu dan saat ini, semuanya masih begitu....
semuanya akan ku berikan kalau itu yang adikku perlukan....
kalau bergaduhpun tak pernah sengketa itu berpanjangan.....
kalau dah nampak muka tapi tak bertegur manalah kami mampu melakukannya...
tak sanggup rasanya....
lagipun ayah dan mama pernah berpesan kami berdua beradik saja...
kalau apa-apa terjadi....kami harus saling melindungi....
jadi untuk apa bersengketa....kami kan sedarah sedaging....lahir dari rahim yang sama....
dan untuk kalian, kalau punya adik beradik lain elakkan salah faham dan sengketa...
jadilah seperti tiang seri tegak berlima, barulah kukuh rumah yang terbina....
dan buat adik,
I love u so much....

Mencari @ Menjadi?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Tuesday, April 1, 2008

Kisah Kami..... - Selasa 25 Mac 2008

Mungkin kalian hairan bila membaca tajuk di atas bukan? Siapa kami?
Kami itu adalah aku dan teman-teman baikku. Aku, Ada dan Opah…
Rasanya hari ini aku mahu memulakan dengan cerita opah.

OPAH dan kereta baru…..Hem, hari ini opah dapat perkhabaran gembira.
Loan keretanya dah diluluskan. Jadi hari sabtu ini, keretanya sudah
boleh dikeluarkan. Sebaik saja tahu yang kereta opah dah boleh keluar,
kami dah pun mula memikirkan destinasi utama yang akan kami tuju.
Ha, Opah! Lepas ni kau pula kena jadi ‘driver’ aku….hehe….. jangan
marah ek! Oh ya, lupa pula nak maklumkan, opah beli kereta kelisa
(2nd hand jer…) tp sekurang-kurangnya kereta comel itu boleh memberi
kemudahan padanya….. Ada rezeki, kau beli la pulak kereta besar pah!

Opah....Hem….. lepas ini kau boleh mula memikirkan tentang perkara lain opah.
Misalannya teman hidup. Aku fikir sudah tiba masanya untuk kau
memikirkannya secara serius. Cubalah kau menilai mereka yang hadir
dalam hidupmu. Semoga ada di antaranya memang tercipta untuk kau…….
Mesti kau kata aku ini pandai-pandai nak nasihatkan orang, sedangkan
diri sendiri tak lepas. Haha….peduli apa aku! :)

ADA, dia macam biasa lah…sekejap pasang sekejap surut…. Ha, Opah dah
beli kereta. Kau bila lagi nak ambil lesen? Dari dulu aku asyik
dengar kau sebut nak ambil lesen. Kata tunggu duit kutu, dah dapat
duit kutu tak ambil jugak. Kata nak tunggu bonus, dah berapa kali
bonus pun aku tengok kau still tak ambil lesen. Tadi, kau kata bulan
depan pula kau nak ambil lesen. Baik, aku tunggu…… Moga-moga kali
ini kata-katamu jadi realiti.

ADA, Aku tahu kau sebenarnya tak memerlukan sangat lesen kereta. Kan
kau sudah punya ‘pacar’ merangkap ‘supir’. (Hehe…gurau je. Jangan
bengang pulak!) Tapi kan lebih mudah untuk kau bila si dia mu tiada
sebagai pemandu, kau masih boleh kemana-mana tanpanya.Kalau kalian
selisih faham( minta2 tiada lagi selepas ini), tak perlulah kau
pening-pening memikirkan hendak tumpang kereta siapa.Em…. Bercakap
tentang selisih faham, aku harap semuanya sudah 0-0 antara kau dan
dia. Bukan apa, aku ni sudah terlalu penat mendengar kesedihan kau
yang tak berapa nak sedih tu. Jadi dari sekarang, lebih baik kau
menerima saja buruk baiknya kalau memang dia yang kau mahu jadikan
raja di hatimu. Ingat pesanku…..


AKU, aku masih lagi seperti aku yang semalam. Tiada yang bertambah
dan tiada yang berkurang dalam catitan pengalaman hidupku. Semuanya
masih sepi dan sunyi terus. Tak, ini bukan bermakna aku tak bahagia.
Jangan kalian yang membaca salah faham. Aku gembira dengan apa yang
aku ada sampai saat ini. Cuma aku masih mengharapkan hari depan akan
lebih membahagiakan…..

Rasanya hanya itu yang ingin kucatitkan tentang aku hari ini. Kerana
tiada apa yang menarik untuk ku kongsi. Mungkin kalau aku teruskan
juga kalian akan mula merasa betapa bosannya cerita ku. Mungkin juga
kalian akan memahami betapa kosongnya kanvas hidupku……Jadi setakat
ini saja untuk hari ini….

Teman-teman, kalau ada yang ingin kalian tambahkan, aku sedia membuka
ruang….sambung saja di bawah, akan ku sertakan di dalam diari blog ku
untuk hari ini……..