Wednesday, September 24, 2008

Akhiran Sebuah Cinta?

Pagi yang nyaman....Usai bersahur dan solat subuh,mata ni tak rasa nak lelap lagi...Selalunya tidur semula tu memang satu kemestian...Maklumlah katil melambai2... :)Barangkali kerana aku terlena awal malam tadi.... Selalunya selagi jam tak menunjukkan angka 12 malam, aku pun tak tidur lagi...

Hem, cerita pasal berjaga malam ni, tiba-tiba membuatkan aku teringat kat assignment yang melambak-lambak...Satu pun aku tak settle kan lagi... Aku tidur lambat, tapi aku pun tak tau lah ape yang aku buat...Aku ni banyak berangan agaknya.... :pIsh.... dari mana agaknya aku nak mula....Aduh....fikir-fikir boleh jadi sakit kepala....

Stop dulu cerita pasal assignment ni....Kawan aku cari....Nak meluah rasa lah tu...Jap lagi aku continue.......

******************************************************

Ha..... dengar cerita kawan aku tu, rasa nak story kat sini....Tak rasa macam nak sambung cerita pasal assignment yang bikin aku sakit kepala tu...Sebelum tu baik aku brief sikit cerita pasal kawan aku ni....Kawan aku ni dulu sudah punya teman....dari sekolah mereka berkawan...Dan dia sangat sayang kan temannya itu... segala yang buruk tentang temannya itu,dia pejam mata saja.... tolak tepi, cuba abaikan...walau ramai yang berkata....Sampai satu masa, aku dan seorang teman berbicara hati ke hati dengan dia...Kami tanya pada kawan ku itu..."Kau tak pernah mahu cuba membuka hati pada orang lain?"Jawabnya " Aku dan dia dah 10 tahun..aku sayangkan dia"Maka aku dan teman yang seorang diam saja... Kami yakin memang itu jawabnya... Biarlah bagaimana sekali pun kawan ku dilayan oleh si dia ....dia akan tetap setia...Tapi, takdir Tuhan, tak siapa mampu menduga...dan tak ada siapa mampu nak elak...Kawanku itu akhirnya berjumpa dengan insan lain....Yang lebih menghargai dia sebagai seorang perempuan....Sebenarnya, si dia yang lama kawan ku itu juga amat sayang padanya... cumacaranya saja yang tak kena.... perempuan sering mengharapkan perhatian...tapi si dia itu, banyak melebihkan kawan-kawan nya... malahan, dia tak pernah cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik...sedangkan kawan ku ini, mengharap agar dirinya dimengerti...
Akhirnya...cinta dan sayangnya kawanku pada si dia telah terbahagi dua....
Dan baru-baru ini..... hubungan kawanku dan si dia yang baru sampai ke pengetahuan si dia yang lama.... Kira jadilah telenovela sepanyol kejap...(drama Korea tak boleh...tu aku punya scene....haha :)...)
Si dia yang lama mempersoalkan kesetiaan kawanku...
Terus-terusan mencari silap kawanku....Tanpa mahu melihat di mana silap dan kurangnya dia..... Saat kawan aku meminta perlepasan, si dia yang lama masih tak boleh terima.... Kesian jugak aku kat dia.... Maklumlah...sudah 10 tahun dia mencintai kawan aku tu...tak pernah ada perempuan lain dalam hidup dia (menurut kata kawan aku tu la....) tapi ini pula akhiran cerita cinta mereka..... Beratkan nak terima kalau 10 tahun orang tu ada depan mata kita, kongsi banyak perkara dengan kita, akhirnya semua tu jadi macam mimpi je pulak..... (kalau aku dapat lelaki yang boleh terima aku selama 10 tahun tanpa cari org lain, confirm! aku pun tak akan cari lain......)Kini, kawanku tersepit untuk memilih....Kedua-duanya kawanku sayang... Tapi, pada pandangan aku....kalau kawanku dengan si dia yang baru, masa depannya akan terjamin..Si dia yang baru, sabar dan bertanggungjawab orangnya...Tapi, kalau dengan si dia yang lama juga tak bermakna dia tak boleh bahagia...Mungkin aku juga berat memenangkan si dia yang baru kerana aku kenal benar dengannya berbanding dengan si dia yang lama...
Jadi kawan, pendapat aku ni janganlah kau pakai sangat...Cuma aku harap, kau buatlah apa yang selalu aku nasihatkan....Minta lah petunjuk dari Nya walau dalam apa jua pilihan yang kau nak buat....

Ok, selamat..... :)

******************************************************

No comments: