Monday, March 29, 2010

Tanpamu....

Sabtu, 27 Mac 2010
Akhirnya..... kitorang dah pergi makan dekat Makan-makan Restoran,
Coronade Hotel tu... erm, makanan nyer ok... sedap dan mengenyangkan...
Ape yang menjadi lebih indah untuk disimpan sebagai kenangan ialah,
tak ada org lain kat restoran tu selain dari aku dan dia....
Dan dia buat lawak yang konon nya, memang dia dah booked the whole restaurant just for two of us...
Hem. sweet kan, walaupun die bohong jek sebenarnya...aku ketawa....sambil menambah... kenapa dia tak booking for musician sekali...
(Kan selalu kalau dalam tv, dalam drama atau filem, mesti ade musician waktu hero dengan heroin makan...)
romantik lah konon....
dia ketawa ''Card credit dah sampai limit''.....
erm....indah dan manis kenangan itu....
tapi barangkali jugak itu bakal jadi kenangan terakhir antara aku dan dia....
dia akhirnya cakap dekat aku,
yang dia akan pergi.... dia akan terima tawaran dari sebuah syarikat lain....
sebenarnya, dia dah beritau aku sebelum ni tentang tawaran tu...
tapi waktu itu dia masih memikirkannya.....
tapi, hari sabtu tu.... waktu dalam kereta sebaik dia menjemput aku di rumah,
dia sudah beritahu keputusannya untuk pergi...
aku diam....memang aku terkejut...
kerana sebelum-sebelum ni dari caranya tak ada tanda-tanda yang dia akan menerima tawaran itu.
Aku diam....untuk mencari kekuatan berkata-kata..... dengan akal waras...
aku akhirnya kata pada dia 'Pergilah....'
Selepas makan, kami terus ke program yang di anjurkan syarikat... Kali ini aku nekad, biarlah orang lain nampak aku bersama dia... biar orang lain fikir bukan2...
sebab lepas ini dia tak lagi di sini.....
selesai program, kami ke One Utama......cadangnya, nak tengok wayang How To Train Your Dragon 3D....tapi mungkin bukan rezeki kami....
sejam aku dan dia beratur...sampai lenguh2 kaki.... akhirnya diberitahu yang sistem kat GSC to down.... hampa memanglah hampa.... tapi tak apalah...lain kali mungkin....
Saat beratur bersama dia, kami berbual lagi banyak cerita.... Entahlah, aku tak tahu kenapa, tapi bila dengan dia, cerita tak pernah habis..... Saat itu aku dan dia begitu dekat.... Dia sentiasa memastikan aku ada dekat di sisi dia.....Mungkin sebab lepas ni tak ada lagi peluang kami untuk keluar begini....
Selepas kecewa tak dapat tiket, dia ingat nak tengok di Cineleisure...show pukul 11.....tapi bila dia tanya aku, aku tak mahu kerana lewat sangat waktunya....dan dia menghormati keputusan aku....walaupun aku tau, die nak sangat tengok cerita tu....
Dalam kereta, dia cerita lagi tentang dia yang akan meninggalkan syarikat...
dia kata dia sedih berulang kali, aku tahu dia sayangkan tempat sekarang...
dia sayang dengan kawan2 sekarang....
'Habis, u nak i cakap ape? Jangan lah pergi.....mcm tu?' soal aku sinis....
padahal jauh di dasar hati mmg itu yang ingin aku perkatakan.
Dia diam....dan akhirnya berkata 'Tak. This time I akan pergi jugak tak kira apa...'
'pergilah' sekali lagi aku mengulang ayat tu.....
Aku redha.... itu masa depan dia, dan aku tak punya hak untuk membantah keputusan itu....
Lagipun kali ini, dia bukan lagi mintak pendapat aku....dia cuma bagitahu je...untuk makluman aku...
barangkali untuk aku bersedia menghadapi pemergiannya....
aduss...sedih kan bunyinya....
macam dia nak pergi jauh sangat dan aku tak dapat jumpa dia lagi....
tapi entahlah.....
tak mampu pulak aku nak tipu diri nak kata yang aku tak kisah dan tak terasa bila dia tak lagi di sini...
di depan mata dan di sisi ku lagi....
macam ni lah, cuba kalian semua bayangkan.....
-> Kalau hari-hari kalian, sentiasa menghadap dia...tiba2 dia dah tak ada lagi
-> Kalau tiap2 pagi kalian di sapa mesra dan lepas ni tak ada lagi....
-> Kalau sebelum ni kalian dah biasa ditenung dan mendapat hadiah senyuman, sekarang tak akan ada lagi
-> Kalau kalian tak puas hati dengan apa2 dia selalu ade sebagai tempat mengadu dan sentiasa memahami, tapi nanti dia tak ada untuk mendengarnya lagi...
-> Kalau sebelum ini ade pengkritik fesyen, dan nanti tak ada lagi yang peduli apa yang kalian pakai...
-> Kalau biasanya ada yang menganggu untuk mendapatkan perhatian kalian, tapi nanti tak ada lagi yang cuba meraih perhatian...
-> kalau selalunya bila kalian teringin sesuatu ade yang sudi melayan kerenah kalian, tapi nanti sudah tiada lagi...
->kalau biasanya kalian merasa direnung bila sedang leka membuat kerha, tapi nanti tak ada lagi mata yang mahu memandang pun...
and the worse things is.....bila nanti kalian pandang ke sisi, bayangnya sudah tiada lagi....
saat itu akan makin terasa betapa peritnya kehilangan...
aku tak tau sama ada aku kuat atau tidak...
alangkan sekarang ini hanya baru tau planning dia saja sudah membuat aku berasa begitu sakit, entah macam mana aku nak menghadapi keadaan yang betul2 nanti...
Keadaan bila dia betul-betul tak lagi di sisi....
Dan saat aku menaip bait2 ayat untuk entri kali ini, aku sangat addicted dengan lagu CT & KD....
bait2 indah dalam lirik lagu ini, benar2 menyentap tangkai hati....
TANPAMU....
Biasanya aku lelap tidur
Terbangun untuk fikirkan dirimu
Mengenangmu yang kini tlah jauh
Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau tlah jauh
Ku cuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
Dahulu seia sekata
Namun kini semua tlah berlalu
Sayang ku ingatkan dirimu
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu
Sayang ku ingatkan dirimu
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu
Aku cuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku
Dahulu seia sekata
Namun kini semua tlah berlalu
Oh...
Sayang ku ingatkan dirimu
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu
melodi lagu ini juga meruntun jiwa....entah...tak pasti pada pendengaran dan penilaian orang lain, tapi itu yang aku rasa... barangkali lebih terkesan buat aku kerana situasi aku saat ini..... Ya Allah.... hendak menoleh pun terasa begitu payah....tak terbayang kalau tempat itu kosong tak berpenghuni....atau nanti penghuninya berganti orang.....
ayat-ayat aku dalam entri kali ini rasanya taklah terlalu mengikut rasa hati....
aku lebih santai dalam menulis....tapi aku tak mengerti sebenarnya bila air mata masih bertamu di tubir mata....aku ingin menangis, tapi aku tak mahu.... aku tak mahu dia susah hati dan tahu sebab aku menangis.... aku mahu die pergi dengan senang...
supaya tak ada penyesalan dalam keputusannya itu....
buat teman2 yang memahami dan memberi semangat, terima kasih aku ucapkan....
doakan yang baik2 saja buat aku dan dia ya..... mudah-mudahan walau kami jauh nanti...kami masih lagi seperti kami yg sekarang...


Sunday, March 21, 2010

Adakah si Dia meminatimu…


Kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki. Kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku sesorang lelaki kepada dirinya. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahuinya, bacalah entri kali ini.

Langkah si dia cuba mendekatimu…

  • si dia membelanja anda makan @ minum…
  • si dia ingin meminjam sesuatu dr anda atau meminta bantuan anda..langkah ini membuatkn si dia berasa dekat dgn anda.
  • si dia mengajak anda menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkn anda menerima si dia..
  • si dia mula bertanya kn tentang keluarga anda & dlm masa yg sama si dia akan bercerita tntang keluarga nya. Topik ini secara tidak lgsg akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
  • si dia akn sentiasa bertanya khabar tentang anda..dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi..
  • si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dr seorang rakan.
  • si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang & cinta..

Teruskan hubungan dengan si dia jika…

  • si dia x tergopoh gapah utk menjalinkn hubungan dgn anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar & x tergopoh gapah.
  • si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan,makan,minum & setiap apa yg anda lakukan.
  • si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yg anda perlukan.
  • si dia x berkira walaupun anda & dia bru berkenalan, si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda.
  • si dia sentiasa ingin menggembirakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. Si dia ingin sentiasa bersama anda dengan memberikan kenangan yang indah.
  • si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya,tempat tinggal & nombor telefon agar hubungan anda & si dia tidak berakhir di situ shaja.
  • si dia berterus terang tentang status nya sama asa si dia pernah ada teman istimewa @ si dia sememangnya single.Si dia juga tidak kisah anda membaca sms @ membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
  • apabila ada masa terluang,dia pasti akan menghubungi anda & memberitahu anda tentang aktiviti nya.

Hati2 dengan si dia jika…

  • si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
  • mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
  • ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
  • agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
  • si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
  • si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
  • si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
  • si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.
*Color: Done by him......