Monday, March 24, 2008

Hari Ini......

Semalam dan kelmarin aku missed lagi nak mencatitkan hari-hari ku
lalui di ruangan ini….. Biasalah hari cuti, rasa malas benar nak buat
apa-apa kerja sekalipun.Lagipun, tiada apa yang menarik yang berlaku.
Semuanya biasa-biasa saja. Bangun tidur pun matahari dah naik atas
kepala…..mana lah nak ada peristiwa menarik kan……Jadi lebih baik aku
meneruskan dengan hari ini….

Hari ini, hari Isnin….setelah 2 hari bercuti aku kembali bekerja hari
ini….. Sungguh terasa berat mahu membuka mata pagi tadi….. Badan juga
terasa lemah seluruh anggota…. Biasa lah, Monday Blues! Tapi
memikirkan tangungjawab dan amanah aku bangun juga. Lagipun selepas 2
hari bercuti pasti banyak cerita-cerita menarik dari teman-teman
baikku…..

Benar seperti di sangka. Pagi-pagi lagi aku dah disogok dengan
pelbagai cerita da isu. Haha…kadang-kadang aku rasa aku ni macam
menteri pembangunan wanita dan keluarga pulak. Semua masalah-masalah
cinta dan lain-lain selalu dirujuk padaku. Rasa-rasa macam nak tukar
profesyen jadi kaunselor pulak. Tapi layak ke aku ni?! Rasanya
masalah diri sendiri pun masih banyak yang tak dapat diselesaikan.

Banyak perkara yang harus aku fikirkan.....Semuanya memerlukan
perhatian.Kadangkala aku rasa terlalu malas mahu memikirkannya. Tapi
sampai bila?! Suatu hari nanti, mahu atau tidak aku akan berdepan
juga dengan semua nya….

Bulan 5 ini, seorang teman akan menamatkan zaman solo. Aku masih
memikirkan hadiah terbaik buatnya. Syukur….
Akhirnya dia bertemu jodoh dengan seseorang yang benar-benar boleh
menjaganya. Temanku itu sebenarnya sudah banyak menderita dengan
lelaki sebelum ini. Sayangnya pada lelaki itu hanya menzahirkan
penderitaan dan hinaan. Jadi, bila mendapat berita dia akan bertemu
jodoh dengan seseorang yang benar-benar serius akan dirinya, aku juga
tumpang gembira. Kegembiraan ku juga untukmu teman….

Bulan Julai, sepupuku juga akan mengakhiri zaman gadisnya. Dia akan
menjadi isteri orang nanti. Hai…rasa seperti baru semalam kami
bermain pondok-pondok, memanjat pokok, bermain konda kondi dan
bercerita tentang masa depan….. Tapi sekarang, dia hanya menghitung
hari untuk menjadi seorang isteri. Aku gembira kerana dia akan
mencapai satu tahap yang lebih baik lagi dalam hidupnya. Aku tak
sabar-sabar mahu melihat dia menjadi raja sehari bersama insan yang
dicintainya. Namun dalam keterujaan, aku sebenarnya terlalu risau
mahu pulang di hari bahagianya. Aku takut memikirkan soalan-soalan
yang bakal di aju. Aku cuak memikirkan ayat-ayat yang akan keluar
dari mulut makcik-makcikku. Mereka pasti akan bertanaya bila pula
giliranku? Mereka pasti akan menyoal siapa teman lelakiku? Ya Allah,
KAU kuatkan hati ku untuk berdepan dengan situasi itu nanti…..

Hem…. kalaulah aku mampu mengelaknya itu adalah sesuatu yang lebih
baik. Tapi mampukah aku?! Kalau pun aku mampu mengelaknya buat masa
ini, mampukah aku mengelaknya pada masa depan? Ah, Kacau dan kalut
bila difikirkan…….Tuhan, bilakah aku akan bertemu dia, seorang
manusia biasa itu?!

Pesanan buat ADA & OPAH………
Hem….semoga kalian bahagia di pengakhiran cerita yang kalian
ceritakan hari ini…..Aku sebagai teman sentiasa mendoakan…..
Semoga segalanya akan berjalan lancar buat kalian untuk hari ini dan
seterusnya…..


Sekarang kalian lihat sedikit perbualan antara aku & opah tetntang tulisan ku di atas.....
Heh.....kian serabut bila memikirkannya

--------------------------------------------------------------------------------
From: opah

seorg PEREMPUAN akan lebih sempurna bila bergelar isteri dan ibu...
--------------------------------------------------------------------------------
From: aku

dalam maksudnya tuh......
tp siapa yang xnk bergelar PEREMPUAN sempurna kn....
--------------------------------------------------------------------------------
From: opah

manusia disuruh mencari pasangannya...untuk kesinambungan menjadi PEREMPUAN sempurna...
_________________________________________
From: aku


mmg lah....aku tau....
kan perempuan itu sendiri dijadikan dari tulang rusuk lelaki.....
dah tentulah dia memerlukan lelaki untuk melengkapi hidupnya....
cuma, kalau da abis usaha mencari mcm mana......

________________________________________________
From: opah

org yg cpt putus asa je ckp cmtu...
ape yg dtg terima je...dlm ms yg sm kite ade hak memilih yg terbaik...
tp jgn mminta kterlaluan sgt sbb kite pn dijadikan tidak la sempura...
jadi la tulang rusuk yg baik pd yg empunya tulang rusuk...eheks!
tulang rusuk kiri lelaki...kehkeh


- emel antara aku dan opah pada 24 March 2008.....

Friday, March 21, 2008

Catitan Hari Ini.....

Pukul 9.27 pagi tadi, aku sudah mulai merasa 1 perasaan bosan….
Semangat untuk meneruskan kerja terasa melayang entah ke mana….
Jemu memikirkan rutin harian yang sentiasa berulang……
Tiada yang baru dalam hidup….. semua sejuk dan beku….
Kerja tidak kan pernah habis, ah….penat benar rasanya menghadapi
perkara yg sama setiap hari…..bilakah agaknya akan ada perubahan
yang besar dalam hidupku ini….bilakah semuanya akan berubah
menjadi lebih baik…..
Kata orang hanya dengan usaha impian bakal terlaksana,
kata orang hanya dengan kehendak diri saja semuanya akan berubah.
Impian aku? Impian aku seperti juga orang lain. Tipulah kalau
aku katakan yang aku tidak pernah mengimpikan rumah besar, kereta
besar dan punya wang dan harta yang banyak. Tapi impian itu
serasanya terlalu jauh untuk ku gapai. Impian yang ku harapkan
menjadi kenyataan suatu hari nanti, simple saja….. Tak perlu
rumah atau kereta besar. Tapi, aku sekadar mengimpikan untuk
memiliki semua itu dengan hasil titik peluhku sendiri.
Biar rumah dan kereta yang kecil, itu sudah memadai….. Cukuplah
rumah yang dapat ku jadikan tempat berteduh dan kereta yang
memudahkan perjalanan ku……… Haha, pasti kalian mengatakan yang
aku ini hanya mengimpikan semua yang material kan?! Sebenarnya
aku juga punya impian untuk mempunyai sebuah keluarga yang
bahagia suatu hari nanti. Aku inginkan seorang lelaki yang boleh
menemaniku menjalani hari-hari tua. Seorang lelaki yang boleh
membimbing aku dalam hidup, seorang lelaki yang akan
bersama-samaku dalam mencari keredhaan Nya dan seorang lelaki
yang mampu menjadi seorang bapa pada anak-anakku………. Seorang
lelaki yang bergelar suami……. Huh….. aku menarik nafas panjang
bila memikirkan tentang impian yang satu ini…. Takut dan kalut
memikirkan…… Umurku bakal menginjak ke angka 23 tahun ini….
Semakin ramai teman-teman yang telah menamatkan zaman bujang
malah sudah ramai juga yang menambah title dari seorang isteri
kepada seorang ibu. Aku? Aku masih sendiri….. rasa sunyi dan
keseorangan bukannya tak pernah hinggap di dalam hati malah
sudah acapkali…. Kadangkala terfikir juga mahu menamatkan zaman
solo….. Tapi…… dengan siapa? Kalaulah ‘manusia biasa’ itu muncul
di depan mata, pasti aku tidak kan menolaknya……
“Kau ni memilih sangat!” sebaris ayat yang keluar dari mulut ADA
membuatkan aku selalu berfikir. Benarkah aku ini terlalu memilih?
Tapi bukankah ini tentang masa depanku dan aku memang harus
memilih…. Aku bukan memilih yang kacak yang kaya atau yang
popular. Aku hanya mahu memilih lelaki yang benar-benar boleh
menerima ku dan aku boleh menerimanya tanpa sebab. Itu saja…ah
persoalan ini kalau difikirkan akan lebih banyak pilihan jawapan
yang akan tersenarai…. Jadi lebih baik aku melupakannya saja buat
masa ini….. Biarkan dulu semua persoalan itu…. Sehingga suatu
masa nanti ku ketemu jawapan itu sendiri……

Kerana Dia Manusia Biasa

1 from a hundred or maybe a thousand mail that I received. Emel
yang benar-benar terkesan di hatiku. Kalau emel ini sekadar
rekaan semata-mata sekalipun aku tidak kisah. Yang nyata ia telah
membuka 1 persepsi baru dalam prinsipku. Cinta itu sebenarnya tak
memerlukan sebab. Pap! Kita boleh jatuh cinta begitu saja…..
Tanpa sebab yang pasti. Dulu, aku yakin hanya dengan ada sebab
saja baru kita akan jatuh cinta. Kita kana jatuh cinta sebab orang
itu begitu dan begini. Atau kita jatuh cinta sebab semua ciri2
yang dimahukan ada pada orang itu. Orang itu kacak, kaya &
mencintai kita. Salah pendirianku selama ini. Bagaimana kalau
sebab itu sudah tiada? Kalau orang itu tua dan tak kacak lagi
atau orang itu jatuh papa atau mungkin juga cintanya tak dapat
dibuktikan adakah cinta kita juga akan berakhir di situ?
Tidak…. Aku mahu cintakan dia selamanya…..
Tanpa sebab yang hanya akan menjadi satu pengakhiran cinta suci.
Doaku, biarlah satu hari nanti aku juga jatuh cinta pada seorang
manusia biasa…. Biar tiada janji manis, biar tiada jaminan
kesenangan darinya yang penting aku tahu aku cintakannya. Semoga
aku akan bertemu ‘manusia biasa’ untukku itu. Insyaallah……..

Rasa Yang 1.......

Aku kembali lagi ke ruangan ini utk melahirkan ilham rasa ke sebuah dunia maya…. Berkongsi dengan mereka yang sudi mengerti dan memahami…. Terima kasih pada kalian yang meluangkan sedikit masa utk singgah ke ruangan aku meluahkan rasa. Menyambung kembali cerita semalam, yang terpaksa ku hentikan kerana masa yang tidak mengizinkan…… em, sebenarnya dalam aku cuba tak mengendahkan kata teman-teman jauh di sudut hatiku terdetik juga rasa bimbang dan tidak selesa. Aku bimbang kerana kata-kata itu adalah 1 doa…..Aku bimbang usikan-usikan nakal itu akan membawa kepada 1 rasa dalam hatiku. Aku tak selesa dengan usikan mereka kerna bimbang akan ada orang yang tersalah tafsir. Maklumlah kalau dia itu tahu agenda teman2 baikku…risaunya aku kalau dia pula fikirkan aku sukakan nya. Lagi pula aku risau kalau-kalau dia sudah ada yang memiliki… kalaulah dia masih single sekalipun aku pasti dia juga sama seperti aku. Kami sama-sama tak mempunyai rasa yg 1 itu…..

Thursday, March 20, 2008

Ruang Waktu

Ruang waktu seolah terlalu kedekut buat aku...
walaupun aku sedar setiap insan punya waktu yang sama..... 24 jam sehari.....
Tapi entahlah, aku ini seolah insan yang terlalu sibuk walau hakikatnya bukanlah begitu....
Serasa begitu lama aku tidak menitip rasa di blog ini membuatkan aku memaksa diri untuk berada di sini.....

Hidup aku masih seperti biasa.... tiada yang menarik berlaku...segalanya masih sama....
Aku, masih begini dan masih di sini...Masih sendiri dan masih cuba mengenal diri......
Usia yang kian menginjak dewasa membuatkan aku lebih banyak berfikir.... mencari apa yang aku mahu kan dalam hidup ini.....tapi apa yang aku pasti, sehingga hari ini aku masih lagi ragu-ragu tentang apa yang aku mahukan dalam hidup..... Masih teraba-raba mencari hala tuju.... masih takut-takut dalam menghadapi hari mendatang.......

Cinta? Takut juga aku bila memikirkannya..... Bukan aku tak pernah fikir...... aku kan perempuan...perempuan yang normal. Sudah tentu aku jua memikirkannya.....seperti gadis-gadis lain yang seusia, pintu hatiku juga mahu merasa diketuk si jejaka.... cuma, mungkin belum tertulis dalam jalan takdirku untuk bertemu dia...Lelaki itu.....

Sebenarnya, semenjak dua menjak ini..... memang teman-temanku ada berura mahu memadankan aku dengan seseorang...... dia itu teman sepejabat.... tapi, aku tidak punya apa-apa rasa buat dia....Kan cinta itu tak boleh dipaksa? Tapi menurut ADA temanku aku dan dia itu sepadan benar... Ah!!! entahlah...malas mahu memikirkan.....Namun aku jadi kalut bila OPah pun setuju dengan ADA... Isk.... Confuse aku dengan teman-teman baikku ini...... Sudah tidak ada perkara lain kah mahu difikirkan dari memikirkan jodohku....

Em...... kusut juga bila memikirkan...... Alahai..... baru aku bersemangat meluah rasa dan berkongi cerita, jam sudah menunjukkan pukul 10.46pm.....
jadi rasanya, baiklah aku berhenti di sini dulu.....Esok aku akan kembali.....
masih banyak cerita ingin ku kongsi bersama........

Selamat malam semua!!!!