Sunday, November 30, 2008

Sesuatu...



Mata ini terpukau dengan keindahan dirimu

Fikiran ini melayang memikirkan kata yang terucap

Degup jantung ini bagaikan menikmati rasa cinta kita

Biarkan tiada ikatan antara kita…

cukup untuk mengerakkan nadi kehidupan padaku

Hati ini bagaikan ingin melaungkan rasa cinta

namun jeritan tersekat dibatas oleh sesuatu

hanya mampu berinteraksi sebanyak mungkin

tanpa terputus ikatan persahabatan…

Cukup untuk aku merasakan kehangatan cinta itu

Setiap kerdipan mata ini adalah untukmu

Setiap kata-kata ini dipersembahkan untukmu

Setiap nafas ini adalah kerana mu…

Walau pada zahirnya kita tidak pernah bersama…

Wednesday, November 26, 2008

Jika Ia Sebuah Cinta....

Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta… ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

If I was a flower growing wild and free
all I want is you to be my sweet honey bee
and if I was a tree growing tall and green
all I want is you to shade me and be my leaves





Sunday, November 23, 2008

Selamat Pengantin Baru...

Buat Ateh dan Eddy....
Semoga kalian kekal abadi......



Hari ini, seorang lagi teman sudah selamat meninggalkan zaman solo.... Haha...berdua kan lebih baik... Tadi, aku ke Klang meraikan raja sehari.... teman baik yang kukenali semenjak zaman kenakalan waktu sekolah.... teman yang sama2 kongsi suka duka hidup tinggal di asrama....teman yang sama2 buat gila waktu di Sekolah Menengah Teknik Juasseh....Dan teman aku meluahkan rasa saat2 merasakan banyak keputusasaan(pepandai jek buat perkataan sendiri...ade ker perkataan nih?!) dalam hidup... dan teman yang banyak berjasa mendengar luahan jiwa kacau aku... Ateh....walaupun aku gembira sangat yang kau dah menjadi suri hidup seorang lelaki bernama eddy.... tapi aku sedih gak... sebab pasni tah siapa yang sudi melayan perasaan aku ni lagi...
Tapi apepon ateh.... all da best untuk ko ngan eddy dalam menjalani hidup baru ni....
Moga cepat2 boleh bagi aku anak buah eh....hehe....


Wajah2 yang memeriahkan majlis...


pose tetap pose......



role...camera...action!!

Tuesday, November 18, 2008

Hurt....

Some time we didnt realize that we hurt someone...

Itu hakikat hidup ni.... dalam seribu kebaikan yang kita buat,
barangkali kita tetap akan dilukakan...
Dalam usaha menjadi yang terbaik untuk orang lain, pastinya kita akan
juga terluka...
Biar pusing ke kiri atau ke kanan atau ke belakang sekalipun, Akhirnya
kelukaan juga yang kita terima....

Aku, tak pernah mengharap layanan terbaik untuk segala kebaikan yang
pernah aku lakukan...
Aku tak pernah mengimpikan balasan atas segala perhatian yang aku
berikan...
Yang aku minta hanya sedikit kesetiaan...

Kenapa? Kita selalu tak sedar bila kita menyakiti seseorang....
Kenapa, ada saja perkara2 remeh yg akan mencarik hati menjadi
kelukaan...
Dan kenapa sebuah kelukaan itu terlalu pedih untuk dilalui,
Dan kenapa hati yang terluka itu amat susah dimengerti....

Oh, alamak..... Sekian lama tak melayan lara hati....
Aku dah kembali jadi begini...
Mungkin keadaan dan persekitaran yang menjadikan aku begini....
Kembali menulis dengan bait-bait yang mengelirukan....

Bukan kalian saja yang tak faham,
Aku sendiri masih lagi dalam usaha untuk mengerti....
Sebenarnya, kerana apa aku melahirkan posting sebegini....

Tuhan....
Hanya KAU yang mengerti,
Hanya KAU yang tahu apa ada dalam hati ini,
Hanya KAU yang faham siapa mereka-mereka yang menjadikan aku begini.....

Dan Mereka.....
Thanks for making me like this........


republik8

Thursday, November 6, 2008

Exam........

Exam Week....... Waa.....kenapa la kalo study misti ade periksa? Tak boleh ke bagi lulus je......

Hem....minggu yang sibuk dan agak menekan perasaan buat aku dan budak2 U lain amnya dan budak2 UiTM khususnya, kerana minggu peperiksaan......dah pon menjenguk kan dirinya.... Hari ni, aku tak ada paper... so, mencari ruang mencatat sesuatu di sini la....Erm, semalam aku dah selamat menjalani satu paper masih ada lagi 3 paper yang perlu dihadap.... Harap2 semuanya ok.....
Erm....alahai dah takder idea nak type ape lg ni..... takat ni dulu untuk hari ni.... Kalau ade sumthing menarik yang best untuk diposting, aku tulis lagi.... Sampai sini dulu buat kali ini.....Sekian.....