Thursday, March 26, 2009

MENGANTUK


Aku pandang ke luar tingkap...
Langit masih lagi gelap dan hujan masih lagi lebat...
Sejuk kerana cuaca ditambah sejuknya penghawa dingin
seakan mencucuk hingga ke tulang.....
Kalaulah boleh berada di rumah sekarang....
Dalam bilik, Kat atas katil aku, bersama dengan bantal dan comforter....
huh..selesanya... :)
Tapi...itu hanya KALAULAH....
hakikatnya aku masih kat office, dekat kerusi aku,
sedang menghadap komputer, cuba menyiapkan kerja2 yang semakin hari ku
rasakan makin bertambah banyaknya.......
Cuaca begini, dengan suasana saat ini betul2 membuatkan mata begitu berat.
aku dah beberapa kali menguap.....kelopak mata ni rasa berat je dan hampir
beberapa kali mahu terkatup....sungguh.....aku memang MENGANTUK!!!
Bunyi hingar bingar suara orang lain bercakap, bunyi nyaring deringan
telefon yang minta di angkat, bunyi printer yg sibuk berkerja nyata tak mampu
langsung memisahkan rasa kantuk ini....
Jadi sebab itu, aku ambil keputusan untuk mula mendraft entri ini....
lagi pun dah macam lama sangat aku tak menghasilkan entri2 yang panjang
dan membosankan ni....huhu....aku mengaku...aku bukan pandai sangat menulis...
sikit2 untuk kepuasan sendiri tu boleh la...
Alamak...jam ni macam lambat je aku rasa... dah berapa kali aku tengok, masih lagi
belum mencecah pukul 5. Sekarang baru 4.45....bermakna masih ada sejam lagi sebelum waktu untuk balik...AGhhhhhh.....bosan betul....
Ok lah, sampai sini dulu buat kali ni.....
If ade apa2 nanti, aku update lagi...
kesejukan ni dah membuatkan otak aku turut sama membeku....
so, there is nothing much to say....
and last but not least.....terima kasih kerana sudi singgah di laman redup kasih yang
terhasil dari secebis kasih yang ikhlas dan dari secarik jiwa yang luka...
sekian dulu titipan hati buat kali ini...terima kasih kepada insan2 yang penuh pengertian...
semoga berjumpa lagi InsyaAllah.....

Monday, March 23, 2009

M.O.O.D

>>>>>>LAPTOP aku ni dah ok........
Tapi really X MOOD NAK UPDATED.....<<<<<<<

Monday, March 16, 2009

Note Book Ku Dah Kena Virus...........

Hari sabtu lepas, aku baru berura nak updated blog....
tapi sayangnya....bila aku on je laptop aku tu, Oh God!
It's over....habis.... aku dah tak boleh nak buat apa-apa lagi.....

Lantas ku capai hp aku... mendail nombor K.zana.... nak mintak bantuan abang Faiz(husband Kak zana) and aku lega sangat bila abang Faiz kata dia boleh tolong betulkan....
Bukan ape, laptop ni lah nyawa aku selain hp & kereta....Kalau tak ada laptop ni...jawabnya tak berupdate la blog aku ni....

But now, aku kat dalam lab...dalam klas programming... cari2 time nak jugak update blog...hee...
jap lagi habis klas, baru nak passed laptop kat K.zana....So, hopefully sangat everything will be okay... and my NB will back to normal....

Oh ya...semalam aku, adik, angah dan atih(adik2 en. itew) pergi lowyat.... sebab si atih nak beli laptop.... so kitorang round 1 lowyat...dr pukul 11.30 smpai la ke pukul 5....memang penat....
tapi disebabkan aku update dr lab tak leh nak cite panjang....
nanti bile dah dapat belik nb aku tu, aku citer lagi eh.....

sampai sini dulu k....salam.....

Thursday, March 12, 2009

Sahabat Yang Penuh Pengertian

Alhamdulillah....
Pertama sekali, sebelum aku memulakan entri ini...
Ingin sekali aku ucapkan ribuan terima kasih buat
seorang sahabat, teman sekelas dan juga rakan blogger
cik puteri a.k.a aini.....
Terima kasih atas pengertian, keprihatinan, masa juga
persahabatan ini.....
Aini,
Kita tidak terluka kerana CINTA....
Yang kita terluka kerana sikap manusia...
Percayalah....yang kita masih kuat nak lalui semua
suka duka kehidupan ini.....
Masih punya semangat untuk mencari kebahagiaan sendiri...
Apapun yang jadi hidup akan tetap diteruskan....
Dan sekali lagi, ribuan terima kasih atas nasihat dan pendapat aini....
Cuma yang kita harapkan, doa dari teman-teman....
Terima kasih sekali lagi Aini dan juga pada mereka-mereka yang memberi
perhatian terhadap cerita hidup aku ini dengan penuh pengertian....
Salam penuh kasih sayang dari aku buat kalian......

Tuesday, March 10, 2009

==== ARTI SEBUAH CINTA ======


pernahkah kamu merasakan
bahwa kamu mencintai seseorang
meski kamu tau ia tidak sendiri lagi
dan meski kamu tau cintamu mungkin tak terbalas
tapi kamu tetap mencintainya..

pernahkah kamu merasakan
bahwa kamu sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai
meski kamu tau ia tak akan peduli
atau pun ia peduli dan mengerti
tapi ia tetap pergi..

pernahkah kamu merasakan
hebatnya cinta tersenyum kala terluka
menangis kala bahagia
bersedih kala bersama
tertawa kala berpisah..

aku pernah,aku pernah tersenyum
meski terluka karena aku yakin TUHAN
tak menjadikannya untukku..

aku pernah menangis kala bahagia
karena aku takut kebahagiaan cinta ini
akan sirna begitu saja..

aku pernah bersedih kala bersamanya
karena aku takut akan kehilangan dia
suatu saat nanti, dan..

aku juga pernah tertawa saat berpisah
dengannya, dan TUHAN pasti telah
menyapkan yang lain untukku..

aku tetap bisa mencintainya
meski ia tak dapat ku rengkuh dalam pelukanku
karena memang cinta ada dalam jiwa
dan bukan ada dalam raga..!

Semoga suatu saat kita mampu menemukan cinta itu….!
wassalam…!

Friday, March 6, 2009

Takdir.....

Bismillahirahmanirrahim......

Ya Allah, andai ini jalan takdir yang KAU tetapkan untukku,
maka aku redha...aku sedar, setiap yang jadi pasti ada satu
perkara baik yang akan KAU lorongkan buat hambamu yang sangat lemah.

Aku tak tau kenapa....aku memang tak rasa apa2 pada Mr. Tiang...
dan tak mengharapkan apa2 langsung darinya... Tapi yang buat aku rasa sakit
sebab aku merasakan yang aku ni bodoh sangat...
Aku tau hati aku sukakan orang lain, tapi aku masih
nak menidakkan hati dan memberi peluang pada orang lain....

Ya Allah....ada sesuatukah ingin KAU tunjukkan buat hambamu yang
naif ini.....

Saat aku cuba berusaha nak membuka peluang buat Mr. Tiang,
nah En. Itew hadir... walau dengan hanya hal yang sangat kecil...
tapi sangat memberi kesan buat aku....
Aku jadi takut dengan apa yang jadi....
Dan pengakhirannya, ALLAH s.w.t tunjukkan buatku sesuatu yang memang perlu
aku tahu......Mr.Tiang itu PENIPU!!
His such a LIAR!!! aku lega tahu semuanya sekarang....
satu kelegaan yang susah sangat nak aku ungkapkan....

Tapi, bila waktu pejabat habis semalam....
aku kembali terfikir2 kan betapa bodohnya aku...
BODOH! sangat bodoh.....
Dan akhirnya, aku menangis kerana kebodohan sendiri...
Tak ada tempat nak berkongsi....
Orang yang selalu sudi mendengar kini tak lagi mahu mendengar....
Aku mahu seseorang mendengar masalah aku ini.....
Aku mahu seseorang tenangkan aku...
I need someone to stand by my side.....

Aku pegang handphone....
Yang masuk,sms encik itew...
Aku nekad.... barangkali dia sudi mendengar ceritaku...
Aku dail nombornya....
Panggilan bersambut.....
Lega amat mendengar suara dia...
Tapi dia sedang discussion bersama orang atasnya....
maka aku, mengundur diri...memohon maaf kerana menganggu...
Tak lama, aku bersiap-siap mahu pulang...
Barangkali di rumah, semua rasa kebodohan ini akan hilang....

Tapi, aku silap. On the way balik, aku menangis lagi dalam kereta...
Aku sedih kenapa hidup aku macam ni....
Sebab semua yang aku pernah buat pada seseorangkah aku mendapat balasan ini?
Aku tak salahkan takdir....
Dan aku bukan kesal tentang Mr. Tiang, sebab cerita dia sikitpun tak memberi
kesan pada hatiku....
Hairan kan....walau mulutnya manis berkata-kata,
walau dia sangat pandai memujuk dan merayu aku tetap tak menerimanya sebagai
teman yang istimewa....

Dan akhirnya aku singgah di kawasan letak kereta berhampiran rumahku...
Aku menangis dan menelefon seorang teman...
Mungkin dia boleh mengerti dan sudi mendengar...
Babe, dear...thank u sooooooo much....
really appreciated ur time....
Walaupun panggilan terputus kerana bateri temanku itu weak....

Dan kemudian, aku melihat ada 1 'missed called' di skrin telefonku...
En. Itew, dia yang buat panggilan itu...
Aku kembali menelefon dia...

"Kenapa n***a?" dia bertanya...
Dan aku tak mampu nak menjawab...
Tangisan yang puas aku tahan, kembali menjadi....
Tapi dia masih tenang....

"Awak?" dia panggil lagi...

"Awak?" dia ulang lagi bila aku tak menyahut panggilannya....

"Saya ni Bodoh awak..." jawab aku....

"Hah?" dia hairan aku berkata begitu.

"Saya tak tau nak cerita macam mana. Saya ni banyak sangat masalah"aku membuka kata.

"La....jangan la fikir sangat. Yang mana boleh lupa, lupakan. Yang mana boleh buat tak tahu, buat tak tahu je la" balas dia.

"Tak...saya tak boleh. Selalunya saya cerita pada f***n. Tapi dia pun dah tak nak dengar cerita saya. dia kata saya tak hargai apa dia buat. dia kata saya tak pernah ucap terima kasih. "

"pasal hari tu la ni..."kata en. itew lagi..

"erm....saya kecik hati... saya anggap dia sama je dengan adik saya...tapi macam tu dia kata...sedih awak...tapi ni semua bukan sebab itu"

"habis tu?"

maka semuanya aku ceritakan pada dia. aku cerita aku berkawan dengan seseorang.

"kawan lelaki?" soalnya...

"a'ah lelaki...." jawabku....dan aku teruskan cerita...dan bila dia tahu ape yg mr tiang buat dia sangat terkejut...

"isk budak-budak lagi" tambahnya....

aku cakap yang aku takut. aku cakap yang aku tak tau semua tu. aku tak nak kawan dengan orang macam tu.

"satu office ke?" dia tanya lagi...

"tak..."jawabku.

"okay, kalau dia call tak payah angkat. ataupun kalau dia nak cakap ape2 lepas ni, awak cakap je stop it.. i dont want to hear anything anymore" tegas suaranya...

"entahlah..." jawab aku.

"saya tak suka dia,.... sbb tu bila dia nak lebih dr kawan saya tak nak. saya suka kat orang lain."tambahku lagi...

"erm...okay....saya rasa awak ni banyak sangat simpan. cuba jangan simpan2 dalam awak ni terlalu fikirkan pasal orang sangat.cubalah awak fikirkan pasal diri sendiri dulu..." kata dia lagi.
suaranya sudah kembali seperti biasa.

"macam mana lah saya tak fikir pasal perasan orang...."balasku

"awak, bateri saya low la....
takut nanti incoming call kawan saya tak masuk pulak nanti...."katanya...

"oh...tak apa.."jawabku

"bukan saya tak nak ckap dengan awak ya. takut kwn yang janji dengan saya tu call tak dapat nanti kalau bateri abes.."dia menambah

"takpe....."kataku...aku faham... dia ade appointment lepas tu...

"okay skrg, awak balik mandi, sembahyang dan jangan fikir-fikir lagi"pesannya

"erm...okay. thanks..."

"tak apa nanti saya call balik....
kita discuss nak buat mcm mana....cuma sekarang saya sibuk sikit"

"tak apa...." kataku.....

"nanti saya fikir macam mana nak buat k." tambahnya lagi....

"okay, thanks ye awak..."

"ok, assalammualaikum"

"waalaikumsalam" panggilan tamat....aku lega...
semua dah aku lepaskan.
terima kasih pada dia....
kerana sudi mendengarkan masalah aku....

Kalian, posting ini memang amat panjang.... dialog-dialog dia atas juga sudah ku ringkaskan...
Banyak lagi perkara yang tak masuk di situ....Mungkin juga aturannya sudah berterabur...
maklumlah...aku sendiri kusut....
semua yang kami cakap aku ingat...tapi tak tau yang mana hujung yang mana pangkal....
Maaf.....

and for MR. TIANG kalaulah dia berjaya jumpa blog aku ini....
I hate u!!!! Kau lah lelaki yang menghancurkan hati perempuan2....

Dan encik itew, thanks for everything.....thanks cos always be by my side when
i need sum1 to talked to....I will wait 4 you eventhough at the end i only get the pain...
Really....i am really love you.....

Untuk kalian yang membaca....terima kasih kerana membaca entri yang panjang berjela ini...
Sebuah titipan yang ikhlas dari hati yang paling dalam buat mereka-mereka yang penuh pengertian....

The Siblings - Really Love You

You are my first thought in the morning
And the last of every night
Your the one that's make everything looks like a miracle
The brightness in my live
Your kisses are delight
U really had made me want u more
More than before
Sometimes it hurt
When u wanna leaved tonight
Sometimes it feel, like there's no way I could hide
My feeling for u
And I thought that u should stay
Now wondering why
That I wanted u to stay
Another day, so I can show u
My heart is gray, and crying for u
To cherish me, to comfort me
And I swear to god
That I really, really love you

Tuesday, March 3, 2009

Apa Ada Pada Nama?

NURUL NADIA
NNaif
UUntung
RRamah
UUlung
LLemah-lembut
NNaif
AAmanah
DDinamik
IIkhlas
AAlim
Apa ada pada nama?

It's Complicated!!!!

Semalam, or atau lebih tepat lagi awal pagi tadi,
semuanya dah menjadi lebih complicated dalam hidup aku ni....
Tiba-tiba seorang lelaki menghantar pesanan yang lebih kurang
seperti ini bunyinya buatku.....
"kalau awak nak tau...itulah yang saya paling takut...
tapi saya teruskn jugak kerana percaya pada keikhlasan...
lagipun awak dah beritahu yang awak masih dalam pilihan...
so, kesempatan yang ada ni la saya gunakan...
tapi... saya bukan nak jadi dinding bagi awak...
kalau itu bukan pilihan awak,
saya ingin cuba jadi tiang untuk awak...."
Hem...jadi aku gelarkan lelaki yang menghantar pesanan ini
sebagai Mr. Tiang saja yek....Sebenarnya aku juga keliru,
keliru dengan bait-bait ayat tersebut...
Aku takut juga sebenarnya.... adakah lelaki bergelar Mr. Tiang ini akan
mampu merubah rasa hatiku pada Encik Itew?!
Aku juga tak punya jawapan itu....
Till then, just wait and see....
Will updated anything later.....

Sunday, March 1, 2009

Manusia Memang Selalu Lupa!!!!

First of all, aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga kat orang yang suka buat janji.....lepas tu cancel kan.... orang yang tak tau apa masalah orang lain, dan hanya nak kita faham situasi dia je....Nah!!! Lepas tu kata pulak yang kita ni tak menepati janji.....Please!!!!! Tolong check balik, sape yang sebenarnya dah cancel kan plan asal tu....
Sape yang guna alasan jalan jamed and cannot make it!!!
Dis is what had happened yesterday.....Tapi, aku betul2 tak ada mood nak updated blog semalam...
Ingatkan bila updt arini rasa sakitnya tak lagi macam semalam....Tapi aku silap......everything just the same!!!!! Sakit sangat..........
Huh.....dis is what i get 4 what i had done before this.......
Aku tak pernah rasa sakit macam ni kalau kawan-kawan yang buat aku macam ni.......
Tapi bila ADIK SENDIRI buat macam tu......pedihnya hanya Tuhan yang tahu......
Terima kasih.......
Aku tak pernah ungkit cerita2 sebelum ini......dan aku pun tak rasa nak mengingatnya kembali...
But, please....... cuba lah fikir balik bape banyak kali Kau buat macam ni..... Jadi ingatlah.....kadang-kadang kita kena cermin diri kita, apa yang kita buat tu tak semestinya betul.....Dan nilailah balik, kalau-kalau kata2 kita buat orang sakit hati.....
And for the last time........Thank You!!!