Friday, February 27, 2009

I Am Crush With You.....

Crush

David Archuleta

I hung up the phone tonight
Something happened for the first time
Deep inside it was a rush, what a rush

Cause the possibility
That you would ever feel the same way
About me, just too much, just too much

Why do I keep running from the truth?
All I ever think about is you
You got me hypnotized, so mesmerized
And I just got to know

Do you ever think when you're all alone
All that we can be, where this thing can go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away-ay-ay
Going away-ay-ay

Has it ever crossed your mind
When we're hanging, spending time girl?
Are we just friends? Is there more? Is there more?

See it's a chance we've gotta take
Cause I believe that we can make this into
Something that will last, last forever, forever!

Do you ever think when you're all alone
All that we could be, where this thing could go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away-ay-ay
Going away-ay-ay

Why do I keep running from the truth?
All I ever think about is you
You got me hypnotized, so mesmerized
And I just got to know

Do you ever think when you're all alone
All that we could be, where this thing could go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away-ay-ay
This crush ain't going away-ay-ay

Going away
Going away-ay-ay
Going away-ay-ay

Kisah Bas Sekolah

Aku ada satu cerita nak kongsi di sini...pasal bas sekolah, tapi bukan Geng Bas Sekolah...
Peristiwa ini berlaku hari Rabu lepas...
Kalau tak silap, jam waktu itu lebih kurang pukul 11 pagi...
Waktu tu aku on the way balik ke rumah selepas di berikan cuti sakit oleh
doktor kerana sakit mata.... Dalam perjalanan pulang tu, aku memandu perlahan
maklumlah mata sebelah tak berapa nak clear... Jadi, sampai di kawasan perumahan aku,
semakin perlahan aku memandu kerana banyak bumper di kawasan itu....
Sampailah dekat dengan sebuah sekolah tadika, tiba-tiba ada seorang budak lelaki berusia
lebih kurang 5 @ 6
tahun berlari laju dari hadapan menuju ke arah kereta aku. Tengokkan budak itu
langsung tak mengelak dan tak berhenti berlari, aku yang akhirnya memberhentikan kereta.
Hairan....budak itu masih berlari sambil menangis... Bila ku pandang pada cermin pandang belakang,
rupa-rupanya budak kecil itu sedang berlari mengejar bas sekolahnya.
Aku lantas menurunkan tingkap dan bertanya pada seorang kakak yang ada di situ yang barangkali menjemput anaknya pulang sekolah...
"Dapat tak dia kejar bas tu?"tanyaku...
"Entahlah.... dapat rasanya..." balas kakak tu...
Lalu aku kembali meneruskan perjalanan. Namun hati rasa tak sedap. mata masih memandang cermin sisi...
cuba memastikan budak itu sudah selamat menaiki bas...tapi, keadaan jalan membataskan
aku untuk melihat dan memastikan....akhirnya, aku nekad. Tak jauh di depan, aku berpatah balik.
Aku mahu pastikan budak itu bagaimana keadaannya. Lalu...perlahan aku memandu...Menyusur lorong-lorong taman...
Dan bila aku lihat budak itu sudah tiada, dan bas itu sudah jauh di depan... Aku yakin budak itu dah pun
selamat menaiki bas...Barulah lega rasa hati...Baru senang fikiran mahu pulang ke rumah....
Kesian betul budak itu...Masih Terbayang-bayang lagi di mata aku dia menangis mengejar bas...
Jadi aku harap sangat kat sini, cikgu sekolah lebih-lebih lagi guru tadika tolonglah prihatin dan berikanlah
lebih perhatian buat anak-anak murid...Aku ingat lagi, waktu aku bersekolah tadika...(untuk makluman, aku Tadika Methodist Cina)
menjelang waktu balik, cikgu(aku panggil teacher) akan suruh kami beratur... dan bila bas datang, teacher akan pastikan seorang
demi seorang naik bas...Jadi seingat aku, tak pernah aku ketinggalan bas....(waktu sekolah tadika la...waktu sekolah menengah
di Puterijaya, memang selalu sangat kena tinggal bas...huhu...salah sendiri..sape suruh lambat)
Erm...rasanya, sampai sini dulu....kalau ada apa2 yang interesting, aku akan update lagi....
Sekian dulu titipan hati buat mereka yang mengerti....

Thursday, February 26, 2009

Aku Kena Tag!!!

Untuk pertama kalinya ade jugak orang yang mengada dah tag aku.....walhal bukannya die tak tau....nak siapkan tag ni punya la makan masa....uih.....letih!! Apepun, aku dah berjaya menyiapkannya dengan jawapan yang paling 'TELUS' skali....... Selamat membaca.....


Rules : Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a
picture in the first page of the results, and post it as you
r answer.

1) I am:


















Aku cam si Betty ni la.... korang kena kenal dulu, baru korang tau cane aku ni sbnrnya.....







2)i really want to go to:













Aku ingin sangat nak pergi semua tempat yang ada kat dalam cerita Winter Sonata ni....











3)my favourite pla
ce:













Sebab kat sini aku boleh baca buku free.....









4)my favourite things:


















Dis is not only my favourite things....but also my 'nyawa'









5)my favourite drink:









Iced Carramel Macchiato from Starbucks.......tah nape mmg aku rasa sedap jek air nih......




7)my favourite colour:













Idup kena la colourful.....baru la life meaningfull....









8)i was born in:














Hospital Besar Kuala Lumpur.....aku bangga eh lahir kat sini.....






9)i
live i
n:

















Nak tunjuk gambar umah, takut orang kata aku riak....so aku letak gambar bilik aku yang bersepah ni cukup ler..... ;)











10)my
school:
















dahsyat kn aku....bukan calang-calang orang bole study kat sini.... Expecto
Patronoum!!!! :)






11)my favourite story:


















Citer ni aku tengok 10x pon aku akan nanges...tengok video clip pun aku akan nanges...I wish i could have sum1 like Ian Wyndham
dalam citer ni....he will do anything for his love one - Samantha Andrews






12)my
hobby:













Of course TIDO!!!! Haha...... :D







13)i wish i am:













Kalau aku mampu, ingin sekali aku menjadi Aisha yang punya segalanya yang di impikan seorang wanita.... punya agama,harta, rupa, dan juga seorang suami yang sangat mencintai dia....



Memandangkan aku dah kena tag, so aku pun teringin jugak nak tag orang.....Jadi....
~ Cik Opah@onenoxee
~Cik Puteri
~dan sape2 jugak yang rasa terlebih masa nak buat tag nih.....silakan2......

Takziah buat Kak Ina

Al-Fatihah..... buat bonda kak ina yang pergi menyahut panggilan ilahi
pada hari Sabtu = 21 Februari 2009. Sebenarnya, waktu kak ina dapat panggilan
yang emaknya sakit dan dihantar ke hospital, aku sedang bersama dia saat itu.
Aku lihat kak ina tenang saja menerima berita itu. Dalam hati, aku berkata sendiri.
Kuatnya kak ina. Tapi pagi jumaat itu, bila aku menghantar sms, kak ina sudah di kampung.
Dia pulang untuk menjaga ibunya.Malam itu, habis kelas aku sms lagi kak ina....Bertanyakan
keadaan emaknya. Balasan kak ina, ibunya masih kurang stabil.
Aku hanya mampu menyuruh dia bersabar. Ku katakan juga yang semuanya ni dugaan Nya. InsyaAllah, segala-galanya akan ok. Tapi hari Sabtu lepas maghrib, aku dapat lagi sms dari kak ina. Memaklumkan bonda kesayangan sudah pergi menghadap penciptanya. Aku lantas menelefon teman-teman memberitahu berita duka yang menimpa kak ina. Dan akhirnya kami sepakat untuk menziarah dia hari Ahad. Hari Ahad itu, kami bertolak kira-kira pukul 11 pagi. Dan sampai ke rumah kak ina lebih kurang pukul 1. Di sana kak ina bercerita. Saat-saat dia menjaga arwah ibunya dan detik-detik dia menghadapi pemergian
ibunya. Saat kak ina menangis, aku dan teman-teman juga sebak dan menitiskan air mata. Kami dapat merasai kesedihan kak ina. Dan sesungguhnya memang pemergian kami ke sana adalah untuk sama-sama berkongsi kesedihan kak ina dan jugak menenangkan pemikirannya.
Untuk kak ina dan keluarga semoga tabah menghadapi semua dugaan dariNya ini...
Peganglah kata-kata bahawa Tuhan mengambil orang yang kita sayang adalah kerana DIA lebih menyayangi mereka....

Sunday, February 22, 2009

Selamat Ulang Tahun

Selamat Ulang Tahun Sayang
Written/Composed by Imran Ajmain/Ahmad Fedtri Yahya
Arranged by Eddie Marzuki
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Prechorus:
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Chorus
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
(Strings Bridge)
Prechorus
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Alhamdulillah......
Hari ini, sudah genap setahun usia blog ini.....
ruang yang mengizinkan aku untuk membuat titipan yang ikhlas daripada hati,
buat mereka-mereka yang mengerti dan memahami....
Maka sudah genap setahun juga aku bergelar pem'blogger'...
Tak sangka, begitu cepat masa berlalu....
sudah setahun rupanya.....lagu kat atas ni liriknya
memanglah tidak tepat penggunaanya untuk situasi ini..
Namun yang pasti tajuknya memang sesuai...kerana itu aku
menampalnya di sini...
Selama setahun ini, sudah begitu banyak luahan rasa dan cerita
bahagia dan juga kisah luka yang tercatat di sini... ada yang membaca
turut berkongsi bahagia dan derita ku itu...malah ada juga yg mengutuk dan
merasa jelik...agh...belum kena batang hidung sendiri memang begitu mudah
untuk mengutuk keburukan dan kekurangan orang lain.... apapun, terima kasih pada mereka-mereka yang selalu memberi 'support' dan untuk yang mengutuk dan mengeji juga terima kasih ku ucapkan. Tapi, ketahuilah yang aku akan tetap terus menulis mengikut naluri hatiku...
Memandangkan hari ini ulang tahun blog ni, aku rasa mcm nak posting banyak sikit kali ni... Jadi di kesempatan ini jugak aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yang membaca blog aku ni, tak kira lah rakan2 blogger macam cik chenta, cik puteri, onenoxee a.k.a opah, akira a.k.a kak zima, penoreh getah(yang secara tak langsung dah terjumpa blog aku ni) dan jugak beberapa teman yang membaca walau mereka bukan golongan pemblogger - liza(thanks a lot 4 da advise),
diela(my best friend dr kecik2), faezah(opis mate), kak ina & kak zana (my best classmate) and also all the silent reader. Dan tak lupa juga buat encik itew
yang pernah menjadi subjek utama aku dalam menulis....hehe. Dan untuk mereka yang barangkali aku terlupa menulis namanya di sini, maaf...aku tak punya memori yang cukup bagus untuk mengingat semua perkara... Namun yang pasti, terima kasih aku ucapkan....
Jadi ini saja untuk hari ini....entri untuk peristiwa yang berlaku semalam waktu pergi buat research, akan aku ceritakan kemudian... selepas aku peroleh gambar2 dari camera classmate aku...
InsyaAllah....
Sekian, titpan hati buat yang mengerti.......
p/s- congratulations to kak zana sbb dah ade baby kat dalam perut....jaga diri baik2 k.... :)

Monday, February 9, 2009

Persahabatan - Khalil Gibran


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

Saturday, February 7, 2009

Biar Betul?!


Erm....aku pun terkejut sebenarnya.... tak sangka pulak dapat panggilan dari encik itew petang selasa haritu.... iyela...since peristiwa berdarah hujung tahun lepas, memang aku pun tak ada dengar ape-ape dari dia.... dan aku sendiri x expect apa-apa pun lagi....Kalau dia nak menjauh, aku relakan aje lah...Walaupun payah sebenarnya....

Ye... sabtu lepas aku ade mengirimkan sms memaklumkan pemergian arwah toklang kami...dan dia tak memberikan balasan...dan aku, faham kalaupun dia tidak membalas....aku langsung tak kisah pun...tapi selasa itu dia call dan say sorry becos didnt reply my sms....uh.....

Aku sampai hari ini masih terkejut lagi dengan panggilan itu sebenarnya..... Aku masih tak sangka dia buat panggilan tu...macam mimpi pulak rasanya bercakap dengan die...Iyelah memikirkan ape yang jadi sebelum ini...

Walaupun dia lebih banyak berdiam lepas bertanya soalan yang ingin dia tanyakan...
Tapi aku buat biasa...Aku masih cuba berbual apa saja yang terlintas di fikiran...walau hakikatnya terasa begitu kekok...

Tapi tak apalah...semua yang terjadi dah pon terjadi....Sekarang ni aku nak teruskan idup cam biasa jek...Pasal encik itew....Malas dah nak fikir...Kalau perlu cerita, aku cerita tapi tak mustahil juga kalau ini menjadi posting terakhir aku tentang dia....

Sekian dulu titipan hati buat yang mengerti untuk kali ini.... Moga kita bertemu lagi....InsyaAllah........

Monday, February 2, 2009

Most Valuable 4 Me......



Kereta yang banyak berjasa kat aku.....Kereta ni la yang bawak aku berulang ke pejabat dan ke kelas.......


Laptop ni pun banyak jasanya......untuk buat assignment dan jugak untuk aku update blog.....


Jam yang banyak mengingatkan aku pasal masa..... Aku ni jenis orang yang tak boleh kalau tak pakai jam...Rasa tak lengkap......

2 ekor kura-kura ni adek aku yang beli.....Tapi dia tu malas nak jaga....Dulu kecik je kura-kura ni.... Nak pegang pon takut mati...Tapi sekarang lagi besar dari tapak tangan dah......Kadang-kadang aku rasa, kura-kura ni faham bila aku bercakap ngan diorang(betul ke kata ganti nama untuk kura-kura diorang?! erm.....)