Saturday, May 22, 2010

He And She

Erm, first of all....aku nak tanya pendapat kalian...
Agak-agak kalian la, boleh tak lelaki dan perempuan menjadi
sahabat atau teman baik?
Boleh tak kalau lelaki dan perempuan berkongsi cerita, bercerita masalah
dan memahami perasaan antara satu sama lain?
Atau kalian semua tak percaya yang perkara2 seperti itu boleh dilakukan di antara
2 manusia berlawan jantina.
Adakah pendirian kalian sama seperti beberapa temanku yang berpendapat
tiada hubungan atas nama persahabatan antara lelaki dan perempuan?
Okey, kalau itu juga pendirian kalian semua....
Boleh tak tolong berikan sebab2 dan alasan2 yang bernas? Okey...jawapan dan alasan yang bernas..
Bukan beras BERNAS....
Sebab aku berpendapat, tak salah dan mungkin saja perkara seperti itu berlaku...
Boleh saja lelaki dan perempuan bersahabat...Tak salah dan tak pernah akan salah....
Cuma, aku sendiri belum mampu nak membuktikan yang idea dan pendapat aku itu
benar dan tepat.... Sebab, aku juga belum punya seorang sahabat baik lelaki dari dulu sampai sekarang...
Aku punya kawan baik lelaki.....tapi hubungan baik itu tak serapat mana lagi sekarang, kerana
masa dan keaadaan membataskan persahabatan....Lagipun kami sudah jarang bersua muka...
sms dan panggilan telefon juga skali skala....apatah lagi mahu berkongsi semua perkara yang aku
perkatakan mulanya tadi.
Jadi, kalau ada antara kalian pembaca2 setia atau yang tak sengaja singgah di sini,
punya sahabat baik berlainan jantina,
yang benar-benar berada dalam kategori sahabat...
dengan segala hormatnya untuk memberi hujah untuk menyokong pendapat
aku.....
Sekian dulu buat kali ini...terima kasih kepada yang sudi membaca titipan hati buat mereka2 yang emngerti

Wednesday, May 19, 2010

BiBik?!

Erm...lama benar aku x mencoret apa-apa di ruang ini....
Rumah baru ini juga sudah mula mahu bersawang.... mujur aku cepat sedar.
Hari ini, aku kuatkan semangat, aku cekalkan hati...
aku kembali menulis lagi.....
Tak ada apa yang menarik, tiada juga hal yang indah.....hari yang dilalui semuanya biasa-biasa saja
perasaan malas makin menebal menguasai hati sampai minat aku yang satu ini hampir-hampir berkubur...
Namun mujur, kekuatan cinta aku pada bidang penulisan membuatkan aku kembali
bertapak di ruang ini.....
Fuh....pukul 5.10 petang ( waktu jam di pc) masa aku sedang mendraft entri ini. Tapi
entah kenapa aku asyik menguap saja.....mengantuknya jangan cakap...
nak kata tidur lambat, tak pulak....tapi still, mata ni macam tersangat la beratnya....
bila jadi hal-hal sebegini, mula la aku terfikir pada ibu-ibu yang beranak kecil....
malamnya berjaga demi anak tersayang dan siangnya bersengkang mata di tempat kerja bagi
memenuhi tuntutan kerja dalam usaha meringankan beban suami.
Tapi, sedarkah lelaki2 yang bernama suami itu betapa besarnya nilai pengorbanan ini.
Hurm.....aku sendiri tak tau.... kalau nanti sudah sampai jodoh ku, akan sekuat itu kah aku....
mampukah aku menjadi isteri, ibu dan wanita berkarier dalam satu masa?! mampukah aku menjadi sekuat dan sehebat mama dalam menangani urusan rumah tangga.....
jadi sekarang aku tahu apa sebabnya, bila mama bising-bising menyuruh aku mengemas. mama mahu aku belajar dan mama mahu aku biasakan diri.....
"ma, jangan risau..... nanti umah akak ada bibik" =p hee....gurau jek. InyaAllah, didikan mama akan aku aplikasi dalam kehidupanku.....

Monday, May 3, 2010

Men.....

Hem..... hari ni bos dah balik, kiranya hari-hari kebahagiaan aku dah pun berlalu...
Okay, tiba2 rasa macam nak cakap satu topik yang agak general tapi agak sensitif jugak....
Ops, dont worry..... bukan nak cakap pasal politik...
bukan tak minat politik,tapi tak macam ada hati nak cakap pasal politik....

Okeh2...back to the track. Sedang aku melayan perasaan mmenaip ayat-ayat pembuka blog aku ni,
tiba-tiba ada adengan seorang mamat yang kurus tapi boleh tahan rupa parasnya, menegur seorang mamat yg agak chubby tapi memang comel....
em....mesti kalian ni mula fikir kan.... ape yang tak kena bila mamat kurus tegur mamat comel?!
Okey, memang la tak ada dalam mana-mana buku peraturan dan undang2 negara yang mengatakan salah untuk mamat yang kurus menegur mamat yang comel....
i admit tu....
tapi yang buat tak kena di mata aku ni, cara mamat kurus tu tegur mamat comel itu...
walaupun telinga bersumbat dengan earphone sambil mendengar suara dj kat radio hangat,
tapi masih lagi telinga ini menangkap suara sumbang mamat kurus itu menegur.

Cuba kalian semua bayangkan....okay bayangkan eh....
mamat kurus itu menghampiri mamat comel sambil berkata "Hi! Lama tak nampak. Bz ker?" sambil menghampiri dari belakang dan menyentuh bahu mamat comel yang sedang duduk.
Mintak perhatian! Dalam bayangan kalian tu sila make sure sentuhan itu bukan tepukan kuat macam lelaki hensem lagi gagah perkasa yang lain....

Ughhh aku pulak geli melihatnya.... si mamat comel pulak yang selalunya aku tahu akan ramah melayan siapa-siapa saja sebab dia memang peramah,
tiba-tiba buat 'dek'....okay yang ini aku pun hairan....
mungkin mamat comel tak selesa dengan cara mamat kurus tu kot.....
sedangkan aku yang perempuan ni rasa tak selesa, apetah lagi mamat comel tu....

Erm, okay aku tak nak ulas lebih2 isu ini...sensitif pada sesetengah orang.... dan aku faham, setiap yang Allah Ta'ala jadikan itu pasti ada sebabnya yang tersendiri....
tapi, kalau akidah kita kuat, agama kita baik asasnya, InsyaAllah.... pasti perkara2 sebegini tak akan berlaku...perkara apa?! aku yakin, kalian pembaca2 sekalian
sudah cukup bijak untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan...
sekian dulu kali ini....semoga usia dipanjangkan agar kita sama-sama dapat bersua lagi di ruang ini....InsyaAllah.....