Tuesday, July 28, 2009

Kayu?!

Hem....tak tau macam mana nak mula entri ni....
Sebab aku dah berjanji pada diri yang aku tak nak lagi
menulis tentang encik itew. aku tak mahu lagi dia yang menjadi
subjek utama aku menulis.
Tapi, seperti yang selalunya.....setiap kali aku berbuat janji pada diri,
encik itew pon akan sibuk menghadirkan dirinya dalam hari-hari yang aku lalui....
Isk....memang masalah besar! Bukan untuk korang yang membaca,
tapi aku yang melaluinya.....Tak sangka hidup ni macam-macam yang kita lalui....
Yang susah dan jugak yang senang.....
Ada yang kita seronok dengan hal itu, tapi ada juga yang menyakitkan dengan cerita-cerita
korup manusia...
Ops, pelik....macam mana bole tukar ke topik lain pulak ni....?!
Hem berbalik pada cerita encik itew...haha...aku tau kalian semua mesti bosan dengan citer
aku pasal die kan....tapi nak buat macam mana, memang die yang paling memberi pengaruh dalam
hidup aku sekarang....(uks, sungguh geli membaca ayat itu kan)....
Sedar tak sedar, minggu lepas lebih banyak ruang masa yang dihabiskan oleh kami berbual-bual...
Haha.....tapi kali ini, lebih banyak dia yang memulakan......Kalau tak,
selalunya mesti aku dulu nak kena mula.....Memang, dia yang aku kenal agak kayu sikit...
Kalau dulu impian dan harapan aku, nak cari teman yang romantik...maaf, jangan salah sangka...
bukan bermaksud yang bukakan pintu kereta dan bawa aku ke candle light dinner itu romantik...
maksud aku romantik dalam caranya sendiri....dari ayat2 yang keluar dari hatinya.....cewah....sudah2
terpesong lagi cerita ini nanti...Ok,walaupun harapan dan impian dulu nak orang macam itu,
tapi dah lama terkubur bila aku sedar yang kita seharusnya jatuh cinta tanpa sebab...jadi barulah aku
akan bertemu dengan seorang manusia biasa yang benar-benar boleh terima aku ape ada nya...
haha...jadi persoalannya sekarang......adakah encik itew adalah manusia biasa itu.....
adussss......entah bila jawapan akan menjadi satu kepastian...
Ops, pause kejap..... ada iklan nak selitkan,aku baru jek tanya satu soalan kat kawan aku...
cik ronza_jet, ape perkataan sesuai nak menggambarkan orang yang buta hati,
tak faham perasaan orang lain,
dan kawan aku ni dengan selamba memberi jawapan "blind heart"...ayokkk makcik...setakat tolong translatekan ni....
aku pon boleh weh.....
Ok, sambung balik...erm.....macam tiba-tiba dah tak ada idea nak tulis ape la....
sebab kalau nak tulis semua, takut kalian semua muak nak baca....
tak habis2 dengan kisah cinta yang tak kesampaian....eh....belum kesampaian la sedap sikit bunyinya.... :P
er....pada kalian kan, cinta yang kesampaian tu macam mana?
bila sama-sama mengakui cinta itu wujud antara 2 manusia ke?
Pada aku, cinta yang kesampaian itu, bila sebuah masjid selamat didirikan lalu terus menghalalkan yang haram...
Ok...tolong yek....aku bukan bercakap pasal diri aku dan encik itew sekarang ni....
aku bercakap secara general saja....apa yang aku fahami di sebalik cinta yang kesampaian....
Er....okay, sebelum entri ni pergi jauh dan lebih merapu lagi....
rasanya cukup dulu sampai sini kali ini...Moga-moga kita semua akan bertemu dengan seorang manusia biasa yang akan
membuatkan kita jatuh cinta tanpa sebab...dan akhirnya menyedari yang cinta tanpa sebab itulah cinta setulus hati...
kerana, kalau kita jatuh cinta kerana kecantikan, kecantikan itu akan pudar.....
Andai kata kita jatuh hati kerana kekayaan, kekayaan akan terhakis bila tiba masanya.....
Jadi, terimalah dia apa adanya....InsyaAllah kebahagiaan itu akan menjadi milik kita....
Sekian dulu titipan hati buat yang mengerti....Selamat... :)

Saturday, July 18, 2009

Happy Buzday Cha!!


Happy Birthday My Dear Sister......

Welcome to the 20's club....
May all ur dreamz will come true,
Hope u will meet u prince charming n live happily ever after... :)
thanks 4 being such a wonderful sister to me.....
and the most important things is, May Allah bless u always......

Love u so much....Muah!

Saat Aku Menangis....

Saat aku menangis.....
Tersedu-sedu sendiri...
Hadir seorang hamba Allah.....
Menghampiri aku yang masih tersedu dalam doa....
"Dik, kalau susah hati baca lah surah Mariam....amalkan....InsyaAllah...tenang lah nanti....menangis sikit2 je...jangan sampai memudaratkan"

Tuhan....
Terima kasih kerana manghadirkan insan itu,
walau dia bukan siapa2 buat aku....
keprihatinannya sungguh menyenangkan...
kesudiannya mengambil tahu....
amat melegakan.......
"Alhamdulillah...."

Mungkin aku silap, mungkin aku salah.....
tapi pernahkah aku di beri ruang untuk membuat penjelasan,
sebelum sebarang hukum dijatuhkan?

Patut kah aku memberi ruang untuk satu musyawarrah setelah hati diguris luka?
aku tidak semulia untuk menidakkan perasaan dan menolak tepi kesakitan,
hanya untuk sebuah persahabatan yang kosong dan akhirnya dikotorkan...

Aku rela dikata apa saja,
oleh mereka yang tak tau punca,
aku yakin suatu ketika,
semuanya akan jelas nyata...
walau saat dan detik itu aku mungkin tak lagi di sana....

Maaf buat semua,
kalau aku tak mampu jadi seseorang yang kalian mahukan...
maaf kerana aku tetap menjadi aku....
maaf kalau keburukan yang kalian nampak ini,
amat besar sampai tak ada sekelumit kebaikan dari aku.....

Saturday, July 11, 2009

Tag Dah Terjawab.....

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

dak adeq a.k.a azfaliana

http://azfaliana.blogspot.com/

walaupun ko tag aku da lama dek.....sori ar aku baru sempat nk menghabeskan masa aku wat tag ko nih.....

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
  • henpon, tenet n tv penting utk aku.......
  • sgt addicted dgn henpon....asal ade hp baru rasa cam nk tkr...(walaupun x mampu....huk)
  • bill tepon aku penah cecah angka RM900...peh, sakit makcik nk bayar!
  • aku da keje tapi masih gak blaja
  • single....tapi hati aku dah dicurik...cane tu eh?!
  • aku da busaaann yg amat dgn keje aku skrg...
  • paling xleh tahan....aku suka fikirkan pasal orang lain dulu sebelum pk pasal diri sendiri...walaupun encik itew dah pesan suh aku pk psl diri sendiri sebelum pk perasaan org lain
  • i love my family sooooo muchhhhh...muah!
  • aku rinduuuu amattt kat kengkawan teknik...lagi2 dak aspuri.....windu weh nk study kat prep (walaupun bkn study sgt)
  • aku mmg malas buat tag!!!
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
The Blogger Award Friendship goes to...
  • Cha the yunyun
  • Opah yg muda belia
  • Aini a.k.a cik puteri
  • dan sesapa yg rasa cam byk masa nk buat...
  • aku nk tag org lain, rasanya diorg pon da kena tag dgn dak adeq
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan"anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". terima kasih.
of cos aku x lupa.....

peh......ade 1 lg tag ayu aku kena setelkan.....tunggu........................................... :)

Saturday, July 4, 2009

Gastrik @ Ulser ?!

Ulser peptik risiko pendarahan dalaman

ULSER peptik luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus, merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh kebanyakan orang.

“Tidak lama dahulu, tanggapan popular mengaitkan ulser peptik dengan cara seseorang itu menjalani kehidupannya. Terlalu banyak tekanan dan terlalu banyak makanan pedas-pedas mungkin menyebabkan seseorang mendapat ulser.

“Tetapi kini, penemuan baru membuktikan bahawa punca kebanyakan ulser di perut dan bahagian atas usus kecil (duodenum) adalah jangkitan kuman atau ubat-ubatan dan bukannya stres atau diet,’’ kata Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, ulser esofageal juga boleh terjadi dan lazimnya dikaitkan dengan refluks asid perut.

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. Jika terjadi di dalam perut, ia dikenali sebagai ulser gastrik manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum.

Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD).

Simptom-simptom

Rasa sakit seakan terbakar merupakan simptom biasa bagi ulser peptik. Rasa sakit ini disebabkan oleh ulser dan ia bertambah sakit apabila asid perut terkena kawasan ulser. Rasa sakit ini mungkin:

* Dirasai di mana-mana kawasan dari pusat ke tulang dada

* Mengambil masa daripada beberapa minit ke beberapa jam

* Menjadi lebih teruk apabila perut kosong

* Bertambah pada waktu malam

* Boleh dikurangkan sementara dengan memakan pelbagai makanan yang akan menampan asid perut atau dengan mengambil ubat yang mengurangkan asid

* Datang dan pergi untuk beberapa hari atau minggu

Adakalanya, ulser akan menunjukkan tanda-tanda seperti muntah darah (seakan kemerahan atau kehitaman), darah pekat di dalam najis atau najis yang kehitaman atau seakan tar, rasa mual atau muntah-muntah, hilang berat badan yang tidak diketahui puncanya dan, sakit dada.

Punca-punca

Dr. Abd. Hamid berkata, kebanyakan ulser berpunca daripada bakteria yang berbentuk ‘cockscrew’ Helicobacter pylori (H.pylori).

“H.pylori tinggal dan bercambah di dalam lapisan mukus yang menyelaputi dan melindungi tisu-tisu di dalam perut dan usus kecil. Ia jarang mendatangkan sebarang masalah.

“Tetapi, adakalanya H.pylori akan mengganggu lapisan mukus, menyebabkan radang serta menghakis tisu-tisu pencernaan yang akan menghasilkan ulser,’’ katanya.

Satu sebab hal ini terjadi adalah kerana mereka yang mempunyai ulser peptik telahpun merosakkan lapisan di dalam perut atau usus kecil, menyebabkan bakteria mudah menceroboh dan menyerang tisu-tisu tersebut.

“H.pylori merupakan satu jangkitan gastrousus yang biasa. Di Amerika Syarikat, satu dalam lima orang di bawah 40 tahun dan separuh daripada mereka yang berumur lebih 60 tahun dijangkiti bakteria ini,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Walaupun caranya merebak tidak begitu dikenalpasti, ia mungkin disebarkan melalui sentuhan intim seperti ciuman, makanan dan minuman.

Walaupun jangkitan H.pylori merupakan punca yang paling biasa bagi ulser peptik, namun ia bukanlah satu-satunya punca ulser. Lain-lain faktor yang memburukkan keadaan:

* Ubat-ubatan mengurangkan sakit. Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) boleh menyebabkan rengsa pada lapisan di dalam perut dan usus kecil.

* Merokok. Nikotin yang terkandung di dalam tembakau meningkatkan tahap kepekatan asid di dalam perut dan meningkatkan risiko menghidap ulser. Merokok juga boleh memperlahankan pemulihan sewaktu rawatan ulser.

* Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merengsa dan menghakis lapisan mukus di dalam perut serta meningkatkan jumlah asid perut yang dihasilkan.

* Stres. Walaupun stres sahaja bukanlah satu-satunya punca ulser peptik tetapi ia merupakan faktor yang menyumbang kepada penyakit ulser. Ia memburukkan lagi simptom-simptom ulser peptik dan dalam beberapa kes, mampu melengahkan proses perawatan.

Diagnosis

Pada mulanya, doktor mungkin melakukan sinar X di bahagian atas gastrousus yang menunjukkan esofagus, perut dan duodenum.

“Sewaktu sinar X dilakukan, anda akan menelan cecair metalik berwarna putih (barium) yang akan melapisi trek pencernaan anda dan menunjukkan lokasi ulser yang dialami dengan lebih jelas.

“Sinar X di bahagian atas gastrousus ini mampu mengesan beberapa ulser sahaja, bukannya semua,’’ ujar Dr. Abd. Hamid.

Menurutnya, endoskopi mungkin perlu dilakukan jika keputusan sinar X itu menunjukkan kemungkinan terdapatnya ulser itu, atau jika doktor telah pun melakukan endoskopi terlebih dahulu.

Dalam prosedur yang lebih sensitif ini, satu tiub panjang dan berongga dengan kamera di hujungnya dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam tekak dan esofagus, terus ke dalam perut dan duodenum anda.

Dengan instrumen ini, ujar beliau, doktor boleh melihat bahagian atas trek pencernaan dan mengenal pasti ulser. Jika ada, doktor anda akan mengambil sampel tisu kecil (biopsi) berhampiran lokasi ulser.

Sampel-sampel ini kemudiannya akan diperiksa di bawah mikroskop untuk memastikan ia bukan kanser. Biopsi juga boleh mengesan H.pylori dalam lapisan perut anda.

Selain biopsi, tiga ujian lain yang boleh memastikan ulser yang dialami berpunca daripada jangkitan H.pylori adalah ujian darah, ujian pernafasan dan ujian antigen najis.’

Komplikasi

Jika tidak dirawat, kata Dr. Abd. Hamid, ulser peptik mungkin menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman dan boleh mengakibatkan lubang di dinding perut atau usus kecil.

Ini meletakkan anda dalam risiko jangkitan serius di kaviti abdomen (peritonitis).

Ulser peptik juga akan menghasilkan tisu parut yang boleh menyekat laluan makanan melalui trek pencernaan; anda mudah terasa kenyang atau mengalami muntah-muntah dan hilang berat badan.

Rawatan

Ulser bukanlah suatu penyakit yang boleh dirawat sendirian tanpa pertolongan doktor. Antasid atau ubat penghalang asid hanya memberikan kelegaan sementara.

Jika anda mempunyai simptom-simptom ulser, berjumpalah doktor. Dengan bantuan pakar, anda boleh mendapatkan kelegaan daripada sakit ulser dengan serta-merta dan pulih sepenuhnya.

Disebabkan kebanyakan ulser berpunca daripada bakteria H.pylori, doktor menggunakan kaedah membunuh bakteria dan mengurangkan tahap keasidan dalam sistem pencernaan untuk melegakan rasa sakit dan mempercepatkan penyembuhan.

Untuk melakukan kedua-dua langkah tersebut, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua atau kadangkala tiga hingga empat daripada ubat-ubatan berikut iaitu antiobiotik, penghalang asid, antasid, pam perencat proton atau agen cytoprotective.

“Jika H.pylori tidak dikesan di dalam sistem anda, kebarangkalian ulser anda berpunca daripada NSAIDs yang mana anda patut berhenti mengambilnya jika boleh; atau asid refluks (ulser esofageal).

“Dalam kedua-dua kes, doktor anda akan mengurangkan tahap keasidan dengan menggunakan penghalang, antasid atau pam perencat proton. Kemungkinan besar anda juga dikehendaki mengambil ubat cycloprotection,’’ kata Dr. Abd. Hamid.

Ulser yang gagal disembuhkan

Peptik ulser yang tidak dapat disembuhkan setelah dirawat dikenali sebagai ulser refraktori.

Ini mungkin berpunca daripada pesakit ulser tidak mengambil ubat mengikut arahan doktor atau terdapat beberapa jenis H.pylori yang kebal kepada antibiotik.

Faktor-faktor lain yang boleh mengganggu proses pemulihan termasuklah penggunaan tembakau, alkohol atau NSAIDs.

Ada ketikanya punca masalah ini adalah secara tidak disedari di mana ramai yang tidak menyedari ubat yang mereka ambil mengandungi NSAIDs.

Dalam beberapa kes, ulser refraktori mungkin terjadi akibat penghasilan asid perut secara berlebihan seperti yang terjadi di dalam sindrom Zollinger- Ellison, jangkitan lain selain daripada H.pylori dan, penyakit pencernaan yang lain termasuk Crohn's atau kanser.

Rawatan untuk ulser refraktori termasuklah menyingkirkan faktor yang akan mengganggu proses penyembuhan, bersama sukatan ubat ulser yang lebih kuat. Kadangkala, ubat tambahan diperlukan.

Surgeri untuk membantu menyembuhkan ulser hanya diperlukan apabila ulser tidak menunjukkan sebarang tindakbalas terhadap rawatan dadah yang agresif.

Tip penjagaan diri

Sementara ulser sedang dalam proses penyembuhan, anda dinasihatkan mengambil berat tentang pemakanan dan mengawal stres.

Stres mungkin menambahkan asid dan melambatkan pencernaan. Ini menyebabkan makanan dan asid pencernaan kekal di dalam perut dan usus bagi jangkamasa yang lebih lama. Jika stres agak serius, ia akan melambatkan penyembuhan ulser.

Selain itu, pesakit disarankan agar berhenti merokok, tidak mengambil alkohol, elakkan ubat NSAIDs dan mengawal refluks asid dengan cara mengelakkan makanan pedas dan berlemak, elakkan berbaring selepas makan untuk sekurang-kurangnya tiga jam, meninggikan bahagian kepala katil dan mengurangkan berat badan.


-sumber: Utusan Malaysia Online

Friday, July 3, 2009

Thank you so much!!!

Apa perasaan nya bila korang disahkan menghidap penyakit,
walaupun masih ada ubatnya,
tapi orang-orang yang selama ni dianggap penting dalam
hidup buat tak peduli..?!

Sakit yang tak seberapa tu akan padam....tapi hati yang akan berdarah...sedih,
kalaupun selama ni tak punya rasa sayang buat aku,
macam mana aku sayangkan diorang apalah salahnya kalau berpura-pura bertanya khabar
seperti mengambil berat...
pura-pura sajalah walau tak ikhlas....
buat-buatlah seperti turut sama berkongsi rasa sakit aku,
macam mana selama ni aku berkongsi rasa sakit mereka....

Terima kasih Tuhan kerana nak tunjukkan aku siapa sebenarnya
yang betul2 ikhlas dalam hidup aku.....
Terima kasih....
aku sedar sekarang siapa yang layak terima kasih sayang aku....
yang layak aku berikan perhatian aku....

Dan untuk mereka-mereka yang seronok bersama ketika senang, terima kasih...
untuk mereka-mereka yang sibuk mencari aku waktu sedih. terima kasih juga...
Kesudian kalian berkongsi duka dan gembira kalian dengan aku,
amatlah aku hargai....

Tak apa, sedih dan sakit aku biar aku sendiri yang tanggung....
perit dan pedih aku, biar mereka yang betul-betul sudi berkongsi saja yang rasa..

Dan untuk diela, faezah dan opah, terima kasih kerana masih sudi mengambil tahu...
kerana masih sudi bertanya dan masih mahu mendengar aku bercerita...

Untuk k.rose jugak terima kasih sebab mendengar cerita2 orang... u are like a sister that
i never had...

For k.hani, kak yana, k.ct, shai and aznor....tenkiu for the advise...

And specially for my one and only sister, Fatin a.k.a cha.... Thank you so much....
i dont need anyone else as long as i have u! Love u so much.....muah!!