Monday, December 29, 2008

Dia Tak Faham

Em.... macam mana nak mula...
aku tak nak rasa hati aku ni jadi satu salah faham yang akhirnya menjarakkan hubungan yang setakat ini sudah cukup baik.....

First of all, aku nak beritau kat sini yang encik itew dah baca blog aku ni.... aku bkn tau dari orang lain, tapi dari dia sendiri...dia ade kata dia baca, tapi dia tak faham...
Hem...tak tau macam mana nak tafsir perasaan aku sekarang ni... Especially bila dapat sms die waktu tu.... Hem.... susah rupanya untuk dia faham...atau dia sebenarnya faham tapi buat2 tak faham... Ya Allah... kenapa bila aku punya kekuatan untuk meluahkan semuanya di ruang ini, bila aku punya keberanian untuk berkongsi rahsia hati dengan orang lain....tapi orang yang sepatutnya itu sendiri tak faham?

Sakit amat sebenarnya bila dia kata dia tak faham...apa dia mau aku menulis terang nama die, baru dia akan faham...macam itu? Stop..jangan menangis...aku tak boleh menangis... Putus asa? Mungkin...
Hati...aku bilang jangan menangis... tapi kenapa titis jernih itu mengalir jua? kenapa perlu aku menitiskan air mata kerana dia....Tuhan...apa makna semua ini..... kenapa air jernih ini tak henti2 mengalir...Silapkah aku dalam percaturan hidup ini... Kenapa die yang aku suka...Kenapa dia yang prihatin itu terlalu susah untuk faham semua ni...

Ya Allah...aku mohon dariMU, matikan rasa ini kalau memang dia bukan untuk aku....sebelum rasa ini pergi menjauh, sebelum semuanya menjadi terlalu kuat untuk diuraikan....

Dan untuk encik itew, "Kalaupun awak tak boleh terima semua ini, pinta saya 1 saja...jangan sesekali menjauhkan diri dari saya....InsyaAllah....saya akan anggap awak macam apa yang selayaknya... Tak akan lebih dari itu..."

Nasib Orang Bujang

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

**secebis KASIH membuat kita SAYANG ….seucap JANJI membuat kita PERCAYA…..sekecil LUKA membuat kita KECEWA…..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA…


sumber: tentang cinta

Monday, December 22, 2008

Warkah

Assalammualaikum...


Awak,
Ini saya tulis waktu sedang mengadap komputer di pejabat.
Kerja yang tak banyak, membuatkan fikiran saya jauh melayang pada awak.
Jangan tanya kenapa, sebab saya sendiri tak punya jawapan pada soalan itu.

Awak,
Saya tak tau macam mana nak beritahu pada awak apa yang ada dalam hati saya.
Sebab saya sendiri tak sedar semenjak bila hati ini berub
ah rasa. Susah nak
faham sebenarnya. Walaupun puas saya fikir-fikirkan.
Jawapannya tetap saya tak jumpa. Yang saya tahu, yang saya sedar saya sukakan
awak sebab, saya boleh harapkan awak. Perempuan, awak. Yang dicari adalah lelaki yang boleh disandarkan harapan. Lelaki yang boleh membantu dan melindungi waktu susah. Dan semua itu saya jumpa pada awak. Terima kasih atas semua pertolongan dan bantuan awak pada saya.

Awak,
Saya ingat lagi setiap perkara yang saya harapkan bantuan dari awak. Saya ingat lagi macam mana tenangnya awak saat saya menggelabah dan hampir menangis. Awak, saya ingat waktu saya beritau ayah sakit dan masuk hospital. Saat itu air mata saya dah nak mengalir dari kolam air mata ni. Tapi waktu awak call saya cakap dengan tenang, tiba-tiba ketenangan itu jua singgah pada saya. Betul kata orang, sikap positif akan menjadikan orang-orang sekeliling kita juga positif.
Tak lama lepas tu, awak tidur kat rumah saya. Erm... mula-mula saya terkejut awak nak tidur rumah saya. Kan waktu awak call saya awak kata, awak balik tidur kat rumah. Tapi, saya tak kisah. Saya ambilk
an bantal lagi. Pagi itu, saya lupa awak ada kat rumah saya. Saya selamba je pakai baju tidur depan awak. Awak, dengan awak saya selesa je. Saya tak rasa saya perlu jadi orang lain depan awak.
Saya boleh jadi siapa diri saya yang sebenarnya.

Awak,
lepas tu kes kereta saya. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menolong. Kalau tak saya tak tahu macam mana nak selesaikan masalah saya tu.
Maaf sebab menyusahkan awak. Dari petang ha
ri Rabu itu saya dah susahkan awak. Saya tak akan lupa sampai bila-bila pasal petang itu awak. Itulah masa paling dekat awak berdiri di sisi saya. Kalaulah awak tau apa yang saya rasa...saya dah tak mampu berdiri lagi saat itu. Itulah hari yang saya paling suka tengok awak. Kemas. Tapi, saya tetap tak mampu nak pandang mata awak. Awak pun sama. Bila saya pandang awak, awak larikan mata awak.
Entahlah.Lepas tu, awak payungkan saya sampai ke kereta. Awak, saya tak mintakpun. Saya tak kisah kalau berhujan sikit. Alah, dah nak balik rumah pun time tu. Tapi awak kejar saya dari belakang untuk payungkan saya. Sampai kawan saya kata, kesian awak basah sebab nak payungkan saya. Rasa bersalah pulak saya. Tapi dalam masa yang
sama, saya terharu awak treat saya macam tu.
Terima kasih sekali lagi.

Awak,

hari sabtu tu awak janji temankan saya pergi betulkan kereta. Lepas hantar kereta ke bengkel, awak bawa saya pergi makan kat Kg.Baru. Yang saya tak boleh lupa, awak tanya saya… "Kenapa? Macam takut je" awak, saya tak takut kalau dengan awak. Cuma, saya tak biasa. Seumur hidup saya,
itulah kali kedua saya pergi makan kat Kg Baru.Lepas tu saya ikut je.
Sampailah awak nak pergi untuk appointment awak pukul 2 tu. Mula2 awak tanya saya macam mana. Tapi saya pun dah tak boleh nak fikir time tu. Ker
eta lambat lagi nak siap. Sampai awak kata nak bawak saya sekali untuk appointment awak tu. Aduh, rasa bersalah sangat saya menyusahkan awak. Akhirnya awak tanya kalau-kalau saya nak pergi rumah kawan. Awak hantarkan.
Nanti balik appointment, awak ambil saya. Awak, takutnya saya time tu. Rasa bersalah sangat. Sebab susahkan awak. Sebab tu saya tak henti-henti berterima
kasih. Tapi awak kata hal kecik je tu. Terima kasih banyak-banyak. Saya ni dah banyak sangat terhutang budi. Tak tau macam mana nak balas.

Awak, Kadang-kadang saya rasa saya ni dah tak betul agaknya. Asyik awak je yang saya fikirkan. Asyik nama awak je yang saya sebut. Entah kenapa agaknya. Kawan saya kata, saya dah jatuh cinta. Saya dah angau katanya lagi. Mula-mula saya tak percaya. Sebab saya tak pernah jatuh cinta. Kalau suka-suka itu memang banyak barangkali. Atau, saya sebenarnya cuba nak menidakkan perasaan hati?! Entahla awak... apa yang saya tau sekarang ni, harapan saya biarlah awak juga merasakan apa yang saya rasa. Dan kalau kita punya rasa yang sama,tolonglah katakan pada saya awak. Sebab saya dah tak larat tertanya-tanya sendiri…….


Dunia Aku

Alhamdulillah... dapat lagi aku kembali di sini. Rasa macam dah lama sangat aku
tak buat apa-apa entri di ruang ini.

Study? Erm, Keputusan exam dah pun keluar...
tapi result aku x berapa memberangsangkan...
nampaknya untuk semester 2 mungkin aku kena kurangkan subjek yg diambil...
jadi aku punya masa yang lebih untuk tumpukan pada setiap satu matapelajaran.
Makanya, perancangan hidup perlu dirombak semula.
Setiap perkara harus diatur kembali. Agar rancangan dan impian kembali ke landasan asal.
InsyaAllah.... aku boleh.

Family? 24hb ni, ayah masuk hospital kembali. Operation kali kedua. Erm, nampaknya sekali lagi aku perlu bertunggu tangga di hospital. Susah juga. cuti tahunan dah pun habis. Tak akan nak biarkan mama dan adik je yang menanti waktu ayah masuk OT (operation theatre).Sedangkan, aku sendiri tau bagaimana rasanya menunggu orang keluar dari OT. Macam waktu pembedahan
ayah yang lepas. Rasa lama benar menunggu di luar.Kan penantian itu suatu penyeksaan...

Kerja? Macam biasa. Pergi kerja, balik kerja. Tak ada apa-apa yang menarik.
Tak sangka dunia pekerjaan ni membosankan kecuali waktu gaji...haha....
itu semua orang mesti setuju dengan aku...Tapi bila time gaji, sibuk fikirkan nak menyelesaikan hutang pulak...Erm....memang dari 1 hal ke 1 hal kan...

Hidup? Sama. Tak ada yang berbeza. Kalau dulu seorang, sekarang juga masih begitu. Tak ada yang berkurang dan tak ada yang bertambah.
Bosan? Ada waktu dan ketikanya singgah juga rasa kebosanan di benak ni.
Sunyi? Sepi? Dah selalu benar barangkali. Sampai tak terasa lagi keadaan itu.

Rasanya sampai sini dulu titipan hati buat yang mengerti...
Hari Isnin, nampaknya masih tak banyak perkara untuk dicerita...
Setakat ini dulu entri untuk kali ini...
Kalau ada apa-apa, aku update lagi...Selamat....

Thursday, December 18, 2008

Apa Patut Aku Buat? III

Hem...result exam keluar hari ni...Takutnya hanya Allah s.w.tyang mengerti.... namun, baik atau buruk, lulus atau gagal, aku kena terima..sebab itu lah hasil usaha aku yang tak seberapa tu...
Terima kasih atas komen teman-teman untuk entri aku sebelum ini...ini siri ketiga untuk tajuk Apa Patut Aku Buat? Susah betulmembuat keputusan. Nyata, setiap pendapat benar-benar membuatkan aku perlu mempertimbangkan baik buruk semua perkara...
Dan yang pasti, sampai waktu dan saat ini encik itew masih tak tau tentang rasa dalam hati aku ini..

Mengintai Langit
Coco

Setiap hari ku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu
Adakah engkau merasa

Apa yang sedang kurasa
Terpanah tancap asmara
Harapnya kau dah terima
Maafkan aku kerna menyintamu

Maaf jika ku tak padan dengan mu
Tapi ku berjanji
Kau juwita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu

Maafkan aku yang terlanjur merindu
Di dalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku
Menyanyi dan bisikanlah sayang

Baik nyata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara3
Agar dapat ku lelapkan mata
Mengkhayalkan mu
Bermimpikan mu
Sepanjang malam ku
*******************************************
Dalam kesibukan menyiapkan kerja2 pejabat,tiba-tiba aku teringat dengan satu soalan dari seorang teman....


"Siapa mangsa ko kali ni?" soalnya.

Aku sendiri keliru? Apa yang aku buat? sehingga ada mangsa...setahu aku, orang yang mengalami penderitaanakibat perbuatan kita, maka orang itulah mangsa.Jadi siapa mangsa aku? apa silap aku?Lalu ku layangkan kembali soalan buatnya...

"Mangsa. Maksud kau?"dan jawabnya

"Statement ko (di 1 tempat pd 1 masa) mcm ko tgh sukakan seseorang"balasan pd soalan aku.

Erm, jadi kalau aku sukakan seseorang makanya org itu bernasib malang.Begitu barangkali maksud sebenar temanku itu.Ah, teruk sangat agaknya aku ini. Lalu ku jawab...

"erm.... lelaki itu dah jd sejarah...setakat ni encik itew je la...xde org lain pon...tp belum ke mana lg....baru nk merangkak...."balasku lagi.... biarlah apa fikiran nya sekalipun..

"Oh.... baguih la..." kata teman itu...

"doakan yg baik2 je la eh..."pintaku pula.

"yek...niat baik,tuhan akan bg yg tbaik..."perli atau sebuah keihkhlasan?!

Wednesday, December 17, 2008

Menghitung Waktu.... Backdated Isnin 15/12/08

Melirik jam di hujung skrin komputer ini, aku menarik nafas panjang.
Masih ada sejam lagi sebelum waktu balik. Sedangkan mata ini terasa begitu berat.
Sudah 3 4 kali aku menguap... Ah, mengantuk benar rasanya hari ini....
Nak kata tidur lambat malam tadi, tak jugak.
Rasanya dalam pukul 12.30 tu aku dah pun terlelap.
Mungkin pengaruh suasana dan cuaca yang membuatkan kantuk ni bermaharajalela...
Di luar kelihatan mendung... Tapi aku tak pasti hujan sudah melabuhkan rintik-rintik
airnya atau belum. Sekadar melihat awan gelap dari kaca tingkap.
Erm, Pasal tajuk entri hari ni... janganlah kalian tertanya-tanya..
aku sekadar mengitung waktu nak balik ke rumah je...
Bukan apepun... Selain tu aku tengah menghitung hari menantikan keputusan peperiksaan semester
lepas...Er...sebenarnya aku tak berapa gemar nak buka topik ni...
Sebab aku tau degup jantung aku akan mula bergerak laju bila bercerita mengenai result exam..
jadi rasanya tutup dulu cerita ni sampai tiba harinya.....
Dah 3 hari kalau tak silap perkiraanku aku tak membuat apa2 posting di ruang ini...
Nak kata keputusan idea...tentulah tidak... cumanya tiada apa yang menarik untuk ku kongsikan..selain
kekurangan waktu untuk melayari ruang ini....
Oh cuma di bawah ni ada sedikit cerita mengenai peristiwa yang berlaku hari Khamis dan Jumaat lepas......
Layan.......
************************************************************************************************************
Khamis - 11 Disember 2008
Malam tadi, waktu aku menunggu mama di dalam kereta sewaktu mama
membeli barang di kedai, aku menerima satu khidmat pesanan ringkas
atau nama lainnya SMS. Sms dari maksu yang berada di Penang. Kata maksu,
toklang (kakak arwah maktok aku) sedang demam panas dan kini sedang dirawat
di hospital.

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur toklang. Aku sayang toklang
macam aku sayang arwah maktok aku. Sebab pada toklang lah aku melepaskan
rindu pada maktok. Tiap kali balik ke Penang, aku seboleh mungkin nak menjenguk
toklang. Lebih2 lagi waktu raya. Lagipun, adik beradik maktok yang tinggal hanya toklang
dan tokcik saja...Tokcik pun dah tak sihat sangat. Kali terakhir aku jumpa tokcik, Syawal
lepas. Nampak benar susut badannya.

Semoga yang sakit akan sembuh.
Semoga yang susah akan senang.
Semoga yang sedih akan gembira.
Semoga yang jauh akan dekat.
Semoga yang sendiri akan berteman.
Semoga yang khilaf akan sedar.
Semoga yang derita akan bahagia.
Ya Allah, semoga semuanya akan baik2 saja dengan izin-MU.
Jumaat - 12 Disember 2008
Pagi itu, sebaik sampai di parking, aku hantar sms pada en. itew...memaklumkan dia keadaan toklang...
Ingatkan memang nak beritahu malam tadi, tapi entahla... tak tergerak pulak nak melakukannya...
Cuma pagi ini, aku rasa dia mungkin patut diberitahu... atau...
ah!abaikan....tak ada apa-apa yang lain....cuma aku rasa di juga harus dimaklumkan.
Mulanya, risau juga bimbang menganggu dia pagi2...tapi fikir kembali, sekadar 1 sms tak akan lah menganggu kan...
Dan akhirnya dari 1 sms itu menjadi beberapa sms... mujur saja waktu itu sudah mahu mula berkerja....
kalau tak, mau saja aku ber sms dengan dia lagi....... maka kami pun berhenti setakat itu saja...
Dan pastinya, hari itu terasa begitu bersemangat buat aku... :)
*****************************************************************************************************************
Entri hari ini pun setakat sini dahulu... Terima kasih pada kalian yang membaca sebuah titipan hati buat yang mengerti...
Jumpa lagi...Insyaallah....

Thursday, December 11, 2008

Apa patut aku buat? II

Hem....ini, entri pertama aku yang bersiri....
Selalunya semuanya habis dalam satu posting saja.
Tapi kali ini, aku masih belum pun jumpa jawapan bagi
persoalan aku. Memang.... nasihat dan pandangan kalian,
semua aku pertimbangkan.... Tapi kebanyakan semuanya
menasihatkan agar aku berterus terang. Ya Allah, Kalaulah
aku punya kekuatan itu....
Ah....kadang-kadang terasa nak mempersoalkan takdir...
kenapa dalam ramai-ramai lelaki yang hadir sama waktu dia
hadir hati aku memilih encik itew? Kenapa tak si A atau si B
atau si F? Dan kenapa encik itew mampu mematikan semua rasa
yang pernah ada buat si lelaki yang pernah menyentuh hatiku dulu?
Asthagfirullah....mujur aku cepat sedar sebelum aku terus mempersoalkan
takdir hidupku ini... Ya Allah....kenapa aku terlupa yang aku yang selalu
memohon petunjuk dariMu... kenapa aku terlupa yang aku yang mengharapkan
ihsan Mu menunjukkan jalan buatku... Mungkin ini jalan terbaik dari aku terus
mengharap lelaki itu sedar tentang perasaan aku....
Kalian, aku tak pernah sangka semua akan jadi macam ni.. Aku fikir waktu aku
sukakan lelaki itu dulu, dialah orang yang aku cari... Tapi, aku selalu takut tersilap..
aku mohon dan minta dariNya, kalau lelaki itu bukan untuk aku matikan rasa ku buatnya...
hadirkan seorang insan lain yang boleh memberi kebahagiaan dan bimbingan buat aku.
Alhamdulillah... aku tak pasti sama ada doa hambaNya yang lemah dan selalu alpa ini
dijawab atau apa...namun yang pasti, rasa dan ingatan buat lelaki itu mati begitu saja.
Senyap...sunyi...sepi....ibarat terbang di bawa angin semilir...
Dan tatkala rasa itu mati.... nama encik itew makin kerap benar jadi sebutan orang-orang sekeliling..
Walau tak berapa gemar mendengar...aku diamkan saja... Entahlah, 2,3 tahun kebelakangan
memang kerap benar namanya meniti di bibir keluarga. Sehinggalah cerita pada 1 Syawal sampai
ke telinga... Mungkinkah? Ini jawapan yang aku cari...
(cerita 1 Syawal kalian boleh baca di bawah posting bertajuk JODOH)
Ah.... mana mungkin... kamikan saudara... Kataku menidakkan fikiran yang bukan-bukan..
Walau hakikatnya hubungan saudara yang jauh, pada aku saudara tetap saudara...
Sampailah 1 hari, aku ketemu dia di ruang cyber..Friendster... hem.. teman yang ingin ku cari,
tak kutemu, tapi dia pula yang ada di situ... Maka ku layangkan mesej buat dia...
kerana aku tak berapa pasti yang itu dia...Walau nama selalu ku dengar tapi orangnya memang jarang sekali
bertemu....Dan mesej ku berbalas... Pasti...memang itu dia...
Akhirnya kami bermula di situ.... Friendster yang membuatkan kami mulai berhubung walau selama ini bersaudara..
Itu cerita sekitar September lepas....
Semenjak itu, aku sendiri tak sedar... yang makin lama makin selalu kami berhubung..
dan makin kerap kami berjumpa... malah aku selesa dengan dia...
dia sangat mudah menolong...sampai satu saat aku merasakan rasa yang pernah mati itu
sudah mekar kembali... Ya Allah.... aku takut...takut untuk mengakui kebenaran...
takut dengan perasaan sendiri... Ya Allah...kalaulah mampu ku sampaikan semua ini pada dia agar
mengerti dan fahami aku... alangkah baiknya...
Awak,
saya minta maaf....
seawalnya memang saya tak sukakan awak...
saya menyampah bila semua memuji mengatakan awak baik...
saya tak suka bila nama awak disebut-sebut...
Awak,
saya minta maaf sekali lagi....
sekarang rasa ini dah berubah....
saya tak tahu, dan saya tak mengerti....
saya sukakan awak walau saya puas menidakkan hati...
Awak,
jauh di sudut hati,
saya harap sangat awak baca semua ni...
biar awak tahu...
apa yang ada dalam hati saya...
Awak,
saya tunggu jawapan awak...
walau saya tak tahu bila penantian saya ini akan berakhir.....

Wednesday, December 10, 2008

Wanita


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…


by: Siti Nurhaliza

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkannya kerana hari ini adalah
hari ketiga kita meraikan Aidiladha...
Semalam, aku baru tiba dari kampung... Penat sangat sampai terasa malas nak mengupdate
blog... Hari ini, aku dah pun mulai berkerja...
Jadi, mencuri-curi masa lah kiranya ni....
Hari Raya Qurban tahun ini, ku sambut di Muar, Johor. Keluarga belah mama. So far, semuanya ok.
Cumanya beraya di dalam hujan lebat. Apepun, hujan itu kan satu rahmat.
Perbezaan beraya di Muar dan Penang antaranya ialah, tak ada lagi abah tok dan mak tok. Kalau di Penang, aku masih punya Tok ayah.
Di Johor aku punya ramai sepupu. Yang jumlahnya aku sendiri tak berapa pasti.19 orang barangkali.
Di Penang hanya aku berenam saja cucu2 tok ayah.
Dan di belah mama aku perlu melayan kerenah adik-adik sepupuku yang kecik-kecik lagi... manakan nak mandikan diorang,
menyiapkan diorang, sikat rambut buat tocang la, dan macam-macam lagi. kalau aku sapu bedak kat muka
yang kecik-kecik pun nak berbedak..kalau aku pakai lipstick, masing-masing nak pakai lipstick...
jadi aku layankan sajalah...maklumlah.. makcik-makcik semuanya sibuk di dapur...
jadi aku yang kena melayan si kecil tu semua..
Mujur aku punya kesabaran yang tinggi dengan mereka...mungkin kerana aku sangat sukakan
budak-budak...kalau tak, mahu aku lari ke dapur dan membantu kerja-kerja di dapur je dari
melayan si kecil tu semua...dan semalam, saat tiba ke rumah...kesunyian mulai terasa..
setelah beberapa hari di asak suara-suara jeritan dan tangisan...erm.... itulah hakikat kehidupan..
hidup perlu diteruskan... kita tak akan mampu memiliki setiap keindahan dan keseronokon sepanjang masa..
adakalanya kita perlu kuat dan tabah melalui ujian dalam hidup...
Barangkali kalian hairan, mengapa cerita ku berubah rentak kan... Kerana malam tadi, aku menerima satu sms..
jauh datangnya dari Penang... Dari ibu saudaraku yang pernah ku ceritakan sedang sakit sekarang..
SMS tersebut berbunyi "akak, sejak cemo (kimoterapi) ni makndak dah jd pelupa. tak tau nak buat apa kerja dan jalan bnyk, semput. pesan ayah
jangan mkn kari, pedas. mungkin raya last. slmt aidiladha semua."
Ya Allah, betapa tersentap nya hatiku menerima sms begitu. Saat itu juga air mata bertakung di tubir mata.
Kehilangan adalah sesuatu yang amat memeritkan. Aku belum bersedia nak menghadapi semua itu.
Ya Allah Ya Tuhanku... KAU panjangkanlah usia makndak, jadikan dia sihat seperti dulu...
Er... sampai sini dulu posting kali ni...
Ada umur, ada jodoh, kita bertemu lagi di ruang ini...
Sekian saja titipan hati, buat yang mengerti.....

Friday, December 5, 2008

Apa patut aku buat?

Hari ini, perbincangan aku dengan Faezah masih lagi berkisarkan
cerita encik itew.... erm, sian Faezah...
hari-hari melayan luahan perasaan aku...
Thanks 4 being such an understanding friend....
Kawan aku yang sorang ni... tak habes2 membakar semangat aku untuk
berkata yang benar pada encik itew... tapi aku tak punya kekuatan...
atau lebih tepat lagi..
TAKUT.... takut dengan perasaan dan bayang2 sendiri...
aku takut aku silap dengan perasaan sendiri...
Kalau encik itew tau, entah apa pulak reaksinya...
sama ada dia akan take it positively or the other way...
Alhamdulillah, kalau dia benar2 terbuka dalam menerima semua ni...
Cuma aku bimbangkan dia salah pengertian...
Hem...kalaulah dia boleh baca fikiranku,
dan memahami isi hatiku,
alangkah baiknya.... tp tak kan mungkin itu terjadi....
ah, paling tidak, mungkin ada baiknya kalau dia membaca
semua yang ada di sini?!

Thursday, December 4, 2008

Semalam Ku Bermimpi



Penat dan letih dengan kerja-kerja di pejabat yang semuanya

tiba-tiba menjadi URGENT... aduh, sakit kepala...

semalam aku stayback walaupun tak lama sangat.. Akhirnya,

aku sampai di rumah pukul 7.45 malam....Kemudian terus

pula menghantar adik ke pusat tuition. Pukul 8 baru lah aku betul-betul

sampai di rumah.
Selesai semua kewajipan, aku mencuri masa melayari internet. Menampal beberapa

posting di layar blogger ini... Pukul 10 malam, aku keluar lagi....

kali ini keluar makan pula.... Fuh perut yang sememangnya lapar kerana tak

makan dari tengah hari dah pun terasa kenyang. Dah masuk angin barangkali...

Pukul 11 malam, aku kembali ke rumah. Perut yang kenyang lepas makan,

membuatkan aku tak boleh terus melelapkan mata. Makanya, aku kembali mengadap pc. Menghabiskan masa melihat karya-karya fotografi orang lain....
Pukul 12 lebih, mata mulai terasa berat..... Aku mulai melangkah longlai menuju ke bilik tidur. Katil terasa bagai memanggil2. Namun sayang, saat aku meletakkan kepala ke atas

bantal, begitu degil pula mata ini. Puas berkalih ke kiri dan ke kanan.

Namun mata ini masih lagi enggan lelap. Dalam kepala mulai memikirkan macam-macam. Pasal kerja

yang harus disiapkan, pasal kenduri yang akan dihadiri dan yang paling tak mungkin jauh dari

fikiranku, pasal Encik Itew... Aghh..... bila semua perkara bercampur menjadi satu...

Aku makin pening memikirkan....Akhirnya, kali terakhir aku melirik jam di skrin handphone, sudah pukul 1

lebih waktu itu... Dan kemudian aku pun lena di buai mimpi..ops, silap!

Tak lena...langsung tak lena diganggu mimpi2 itu...
Aku ini org yang sangat susah bermimpi waktu tidur...(Kalau berjaga, aku lah juara bermimpi...hehe)

Jadi, bila bermimpi ia benar-benar menganggu tidurku..sekejap2 aku terjaga... Dan yang membuatkan aku keliru,

walau aku sudah terjaga, mimpi itu tetap terus-terusan bersambung. Selalunya, mimpi akan berakhir

saat kita mencelikkan mata.... Dan aku hampir pasti yang mimpi itu adalah

kerana perkara-perkara yang aku fikirkan sebelum tidur... Manakan tidak,

mimpi itu bermula dengan kisah kerja-kerjaku yang banyak di pejabat dan akhirnya membawa aku kepada encik itew...

Aku keliru... amat keliru... Apa makna mimpi itu... Kerana kekusutan fikiran atau jawapan pada doa-doa ku?

Wednesday, December 3, 2008

Hati & Perasaan



Bercinta itu suatu hal yang mengesankan dan harus dipertahankan jika memang kamu sudah sepadan. Seperti kata-kata berikut: 'cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan' , yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya adalah sesuatu yang tak mampu kamu ubah.

Seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat. Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa dia itu akan mencintai kamu seperti sebaliknya dalam tahap yang sama. Salah seorang di antara kamu akan memberikan lebih, yang seorang akan merasa kurang. Begitu juga dalam cinta: kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti.

Jangan pernah takut untuk jatuh cinta. Cinta mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita. Tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih... kerana saat itu menyedari bahawa kamu tidak pernah memberi. Cinta itu sebuah jalan, yang melorongkan ke arah kebahagian, tetapi mungkin juga menghumban ke lembah penderitaan jika tersilap langkah.

Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen. Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja, tetapi komitmen membuat kamu 'mempertahankan' .

Cinta tak harus berakhir bahagia, kerana cinta tidak harus BERAKHIR!

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran, melainkan dari HATI.

Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, kerana jika kamu demikian, kamu bukan mencintai, melainkan 'pelaburan'.

Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai, melainkan memanfaatkan.

Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai kerana egomu yang tak berguna itu!

Cinta mungkin akan meninggalkan hati kamu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi sematkan di dalam fikiran kamu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk membalut luka kamu, mengumpul kembali dan mencantum 'pecahan-pecahan kaca' itu sehingga kamu akan menjadi kuat' kembali.
'Keberanian yg paling benar adalah ketetapan pd hati yg pasti.....'- NAPOLEON BONARPARTE

Perasaan Hati

"It's better to lose your pride to the one you love,
than to lose the one you love because of pride.
We spend too much time looking for the right person
to love or finding fault with those we already love,
when instead we should be perfecting the love we give."

Ini topik perbincangan dengan seorang teman baik semalam.
Tempat aku berkongsi cerita, tempat aku meluah rasa..
Kata aku, tak sepatutnya kita hilang maruah hanya kerana
seseorang yang kita cinta. Tapi kata temanku Faezah,
hal ini umum sebenarnya... pride itu kiasannya saja..
barangkali ia boleh mewakili apa2.... dan kataku,
mungkin lebih tepat kalau perkataan pride itu ditukarkan
dengan Ego saja... akhirnya perbualan kami meleret ke sebuah
telemovie...yg ceritanya mengenai perempuan yg tinggi egonya..
sanggup menidakkan perasaan hati yang sudah mulai jatuh
cinta
pada suaminya sendiri...dan akhirnya di penghujung cerita
barulah dia mengakui cintanya....
Lalu, aku membuat kesimpulan.... bahawa menzahirkan perasaan
sebenar itu amatlah penting... Faezah setuju dan dia kembali
mengatakan yang aku saja yang tidak berani...Ah, akhirnya aku
kembali yang terkena... Kawan, aku memang tak seberani kau..
Aku amat takut untuk mengambil risiko..
sangat takut... walau puas cuba mencari kekuatan akhirnya ketakutan akan
lebih merajai...
Mungkin kau boleh tolong memikirkan cara lain, untuk aku menzahirkan rasa
hati pada encik itew tanpa aku perlu menzahirkan apa yang ada dalam hati?! ;)

Tuesday, December 2, 2008

Kusut...kusut...




Selagi hidup, macam2 benda dan macam2 perkara yang kita perlu fikirkan...
Kadang kala rasa macam nak lari, tapi kalau lari pun sejauh mana yang kita boleh pergi...
Hem.... tentu kalian nak tau kenapa aku memilih headline kusut ni kan?
Biasa la, fikiran aku ni tengah kusut la sekarang...serabut....
Banyak yang perlu difikirkan....
Pertamanya biasa la manusia ni.... selagi hidup memikirkan soal duit...
bukan materialistik atau mata duitan...
tapi itulah rasional nya hidup... wang itu satu keperluan bukannya kehendak...
Semua perkara zaman ini memerlukan wang.... Nak masuk tandas awam pun nak kena bayar...
Huh.....tapi ape yang paling memeningkan aku sekarang ni, duit nak bayar yuran pengajian aku la...
walaupun aku tau, yang ayah dan mama akan support tapi macam tak seronok rasanya...
Harap2 ade rezeki aku untuk bonus tahun ni.... Alahai, Mr. MD.... consider sket la kat kami orang bawahan ni...
Yang kedua pasal kerja.... aduh, selama mana agaknya aku akan bertahan di tempat kerja aku sekarang ni...
Nak kata semuanya bagus sangat di sini, tak jugak... Gaji pun sikit.... Cuma environment kerja la seronok sket...
Tak lah selalu tension... Maklumla aku cuma assist bos aku je kat sini... tapi kadang2 tekanan jiwa jugak....
Hem...tapi tak apa lah...kalau ada rezeki aku, tak lama lah aku kat sini...InsyaAllah...
Yang terakhir, yang paling menyesakkan akal fikiran... soal hidup dan masa depan...
Soal jodoh yang sering ditanyakan orang... Nampaknya jawapan usia muda dah tak boleh diterima pakai oleh mereka-mereka yang bertanya..
Lagi-lagi bila seorang demi seorang teman mula menamatkan zaman bujang...
Huh... lagi bernanah telinga mendengar soalan teman-teman... Belum cerita makcik-makcik aku dan makcik2 orang lain yang kepoh bertanya...
aduh.... diorang tak mengerti betapa pedihnya nak menangkis soalan-soalan maut diorang tu...
Kan aku ni muda lagi...23 tahun... banyak lagi perkara dalam hidup ni yang aku kena belajar.. banyak lagi benda kat dunia ni aku kena cuba sementara masih sendiri..
Bukan bermaksud aku tak teringin berumahtangga... Nak...sudah tentu aku mahu... Tambahan semenjak encik itew hadir...Takdir Tuhan kita memang tak tau...
Siapa sangka, orang yang aku anti kerana kebaikan yang selalu disebut2 orang itu, akhirnya berjaya membuat aku jatuh suka pada dia...
Kerana kabaikannya itu juga yang membuatkan aku terbuka hati untuk dia...
Tapi sampai saat ini, jalan itu masih kabur2... Belum ada lorong yang terbuka untuk meneruskan perjalanan..
Yang aku mampu, berdoa dan terus berdoa...