Saturday, September 27, 2008

Al-Fatihah........Allahyarham Anuar Bin Omar

26 September 2008 = 26 Ramadhan 1429

Pagi, kira-kira pukul 6.30 dapat berita abang nuar(2 pupu aku) dah pun
kembali ke rahmatullah
pukul 5.45 pagi tadi. "Innalillahiwainnalillahirojiun...."
daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...

Aku memang tak rapat dengan arwah abang nuar tu.... tapi ayah baik
dengannya...
walaupun pangkat pakcik dan anak buah, usia mereka taklah jauh
berbeza...
jadi kerana itu jugaklah mereka rapat....Aku pasti sedikit sebanyak,
ayah pasti merasai kehilangannya...
Kerana saban tahun, arwah la orang yang paling setia menghantar kad raya
buat ayah...
Malah, saban tahun kad darinya lah yang pertama tiba... Tahun ni,tak ada
kad yg berkunjung kerana masalah
kesihatannya...Dan tahun2 mendatang, tak akan pernah ada lagi kad raya
darinya buat ayah...

Arwah ni memang dah lama sakit sebenarnya, tapi baru tahun ni keadaannya
benar-benar tak mengizinkan...
Terbayang lagi raya lepas, aku berjumpa dengannya di rumah ibunya di
Pulau Pinang...
Walau dia memang sakit namun dia masih gagah pulang beraya ke sana...
Rupanya itu raya terakhir dia bersama ibunya...

Untuk isteri, anak2 dan keluarga terdekat arwah, aku doakan moga mereka
tabah berdepan dengan ujian ALLAH Ta'ala ini....
Semoga syawal kali ini dilalui dengan sabar walau tanpa orang
tersayang...

Al-Fatihah.....

1 comment:

Anonymous said...

Terkezut..name die serupa nama cluzmate kite..anuar omar... suspens.