Tuesday, September 30, 2008

Aku Mahu

Semalam, aku termasuk kat 1 blog mamat ni...aku pun tak tau siapa gerangannya.... melayan masa-masa kebosanan aku memang suka main redah je kat blogorang...seronok membaca pengalaman-pengalaman insan lain... sekurang-kurangnyaboleh dijadikan panduan dan rujukan dalam hidup sendiri...

Nak dijadikan cerita, aku terbaca posting mengenai kisah cinta dia yangbaru nak berputik...Yang menariknya, si gadis yang telah berterus terang pada mamat tu.... Alahai 'gamble nyer' makcik tu...Kalaulah aku ni seberani makcik tu, takpayah aku sakit memendam rasa...Tapi, kalau aku jadi seperti makcik tu...Buat kamikaze jer, adakah'Lelaki' itu sama macam mamat ini?Bolehke lelaki itu menerima aku, macam mana mamat ni menerima makcikitu? Aduh... pening dan sakit kepala memikirkannya...

Entahla... aku ni memang macam ni... Penakut dan suka menipu dirisendiri...Tak berani nak mengakui apa yang aku rasa....Dulu pun aku pernah rasamacam ni...Tapi bila saat si dia itu pergi dan memilih orang lain, aku redha walausakitnya terasa juga...Aku menerimanya dengan menganggap itu semua balasan atas khilafkusebelum ini...Sehingga aku bertemu lelaki itu, belum ada yang lain hadir dalamhatiku...

Saat aku bertemu lelaki itu, tanpa sedar aku kembali mencantum serpihan-serpihan hati yang pernah berkecai...
Waktu aku dekat dengan lelaki itu, aku merasakan aku bukan aku...
Bila aku berdepan dengan lelaki itu, hatiku menjerit meminta dia juga merasa apa yang ku rasa...
Dalam setiap iringan doaku pada-Nya, hati lelaki itu juga yang sering kudambakan dari DIA...

Walaupun lelaki itu pernah melari-larikan diri dari aku,
Walaupun lelaki itu pernah buat macam aku ni tak wujud,
Walaupun lelaki itu pernah buat-buat tak dengar apa yang aku cakap,
Walaupun lelaki itu pernah berpura-pura sibuk bila aku cuba memberi perhatian,
Walaupun lelaki itu pernah berlalu bila aku menyapa...
Aku tak peduli...aku tak kisah dan aku tak akan pernah putus asa...

Untuk lelaki itu, aku nak dia tau...
Tak... aku bukan orang yang baik...
aku punya begitu banyak kekurangan dan aku juga dah melakukan begitu banyak kesilapan...
Aku pernah mengecewakan insan lain atas nama hati dan perasaan...
Tapi aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat lelaki itu...
Harapan aku, semua kekurangan akan dilengkapkan oleh lelaki itu...
Semua kesilapan aku, moga-moga dia yang akan membimbing aku untuk memperbetulkan....
Mengecewakan atas nama hati dan perasaan... bukan satu niat tapi takdir...

Aku tak minta insan lain memahami atau mengerti, sebab insan lain takakan pernah tau apa kata hati ini...Cukuplah kalau lelaki itu saja yang mengerti dan memahami...

AKU MAHU
-Once

Kau boleh acuhkan diriku,
Dan anggap aku tak ada,
Tapi tak kan merubah,
Perasaanku kepadamu
Ku yakin pasti suatu saat,
Semua kan terjadi,
Kau kan mencintaiku
Dan tak kan pernah melepasku,
Aku mahu mendampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu
Selalu bersedia membahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....
Kau boleh jauhi diriku
Namun ku percaya
Kau akan mencintaiku
Dan takkan pernah melepasku
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu,
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka utk masa lalu....
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu,
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....

No comments: