Friday, April 15, 2011

Kata-Kata Pujangga



"Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan" ~Pujangga

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

"Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." ~Pujangga~

"Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara." ~Pujangga~

"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali" ~kata-kata Pujangga~

"Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali." Kata-kata Pujangga~

"Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa." kata-kata Pujangga~

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu." Kata-kata Pujangga~

"Jangan biarkan perahu hanyut tak ber'penghuni' nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan." kata-kata Pujangga

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang." kata-kata Pujangga

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji." ~kata-kata Pujangga

"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."kata-kata Pujangga`

"Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini." kata-kata Pujangga~

"Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar." kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: "Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan."

"Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana" kata-kata Pujangga~

"Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi." kata-kata Pujangga`

"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya." kata-kata Pujangga`

"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang." kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:" Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

Kata-kata Pujangga: "Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini."

Kata-kata Pujangga:" Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

Kata-kata Pujangga:"Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup."

Kata-kata Pujangga: "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

Kata-kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."

Kata-kata Pujangga: "Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Kata-kata Pujangga: "Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Kata-kata Pujangga: " Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

Kata-kata Pujangga: "Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

Kata-kata Pujangga: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri."

Kata-kata Pujangga: "Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan."

Kata-kata Pujangga: "Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

Kata-kata Pujangga: "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

Kata-kata Pujangga: "Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

Kata-Kata Pujangga: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

Kata-kata Pujangga: "Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

Kata-kata Pujangga: "Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

Kata-kata Pujangga: "Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?"

Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

Kata-kata Pujangga: "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

Kata-kata Pujangga: "Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

Kata-kata Pujangga: "Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang." & "Masihkah ada dendam yang bersisa tika tangan bersentuhan mesra."

Kata-kata Pujangga: "Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

Tuesday, April 5, 2011

Surat Untuk Adam


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai
bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini.
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia.
Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam
bermusuh hanya kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil.
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga.
Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku.
Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu.
Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.
Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi.
Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?
Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku.
Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki.
Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini?
Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba.
Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara.
Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?
Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan!
Kenapa kau?
Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!
Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu!
Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu,
Siapakah ikutanmu?
Siapakah rujukanmu?
Dalam mendidik aku yang lemah ini.
Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w?
Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu.
Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lalailah aku.
Lupakah kau duhai Adam?
Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Dan aku, akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku. Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai.
Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah.
Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri.
Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda.
Masih gentar mencegah mungkar.
Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah.
Malulah engkau Adam.
Malulah engkau pada dirimu sendiri.
Wallahualam.

Saturday, April 2, 2011

Assignment...

Ok, just 1 short update.... Sy skrg tengah busy dgn assignment... Biasa la, dah penghujung semester ni, semua due date dah dekat... Dan adalah biasa bagi seorang pelajar dari 'type' sy, membuat assignment di saat2 akhir... *ok yg ni jgn ikut! Mmg perangai tak elok....

Utk Isnin akan dtg ni je sy ade 1 group assignment to be submit, and 1 presentation to be done... Ok mmg pack sgt, sy x nafikan... And becos of that byk benda yg sy da ketinggalan... But, Since earlier td sy kata this update will be the short one, ape yg sy da ketinggalan tu kite cite nnt je...

Till now, sekian saja sebuah titipan hati buat mereka2 yg mengerti....

Utk kamu2, terima kasih.....