Showing posts with label Backdated. Show all posts
Showing posts with label Backdated. Show all posts

Sunday, February 22, 2009

Selamat Ulang Tahun

Selamat Ulang Tahun Sayang
Written/Composed by Imran Ajmain/Ahmad Fedtri Yahya
Arranged by Eddie Marzuki
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Prechorus:
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Chorus
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
(Strings Bridge)
Prechorus
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Alhamdulillah......
Hari ini, sudah genap setahun usia blog ini.....
ruang yang mengizinkan aku untuk membuat titipan yang ikhlas daripada hati,
buat mereka-mereka yang mengerti dan memahami....
Maka sudah genap setahun juga aku bergelar pem'blogger'...
Tak sangka, begitu cepat masa berlalu....
sudah setahun rupanya.....lagu kat atas ni liriknya
memanglah tidak tepat penggunaanya untuk situasi ini..
Namun yang pasti tajuknya memang sesuai...kerana itu aku
menampalnya di sini...
Selama setahun ini, sudah begitu banyak luahan rasa dan cerita
bahagia dan juga kisah luka yang tercatat di sini... ada yang membaca
turut berkongsi bahagia dan derita ku itu...malah ada juga yg mengutuk dan
merasa jelik...agh...belum kena batang hidung sendiri memang begitu mudah
untuk mengutuk keburukan dan kekurangan orang lain.... apapun, terima kasih pada mereka-mereka yang selalu memberi 'support' dan untuk yang mengutuk dan mengeji juga terima kasih ku ucapkan. Tapi, ketahuilah yang aku akan tetap terus menulis mengikut naluri hatiku...
Memandangkan hari ini ulang tahun blog ni, aku rasa mcm nak posting banyak sikit kali ni... Jadi di kesempatan ini jugak aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yang membaca blog aku ni, tak kira lah rakan2 blogger macam cik chenta, cik puteri, onenoxee a.k.a opah, akira a.k.a kak zima, penoreh getah(yang secara tak langsung dah terjumpa blog aku ni) dan jugak beberapa teman yang membaca walau mereka bukan golongan pemblogger - liza(thanks a lot 4 da advise),
diela(my best friend dr kecik2), faezah(opis mate), kak ina & kak zana (my best classmate) and also all the silent reader. Dan tak lupa juga buat encik itew
yang pernah menjadi subjek utama aku dalam menulis....hehe. Dan untuk mereka yang barangkali aku terlupa menulis namanya di sini, maaf...aku tak punya memori yang cukup bagus untuk mengingat semua perkara... Namun yang pasti, terima kasih aku ucapkan....
Jadi ini saja untuk hari ini....entri untuk peristiwa yang berlaku semalam waktu pergi buat research, akan aku ceritakan kemudian... selepas aku peroleh gambar2 dari camera classmate aku...
InsyaAllah....
Sekian, titpan hati buat yang mengerti.......
p/s- congratulations to kak zana sbb dah ade baby kat dalam perut....jaga diri baik2 k.... :)

Sunday, January 18, 2009

Catatan Pertama....2009

Alhamdulillah....akhirnya aku kuat juga untuk kembali
menyambung penulisan blog bagi tahun 2009...setelah sekian
lama tahun 2009 membuka tirainya.

Kalian, penutup tahun 2008 dan pembuka tahun 2009,
benar-benar mencatat sejarah dalam hidupku. 31 Disember 2008.
Everything is over now. His know everything. Dan aku akhirnya hanya
mampu mengalirkan air mata... Bukan kerana apa jawapannya, tapi
kerana caranya dia dapat tau. Tak apalah. Aku rela kalau dia menjauh.
Mungkin dia lebih selesa begitu. Sudahlah...Malas mahu bercerita tentang
dia lagi. Nanti ada hati yang tak senang...Malah ada yang kata aku
exposed sangat.... But let them be.... Tujuan aku menulis,
bukan ingin meminta belas... Cuma mengabadikan sebuah rasa yang benar-benar
dari diri....Ini bukan skrip drama atau filem...
Ini bukan novel cinta...Bukan juga cerita cinta hebat Qaisy dan Laila, bukan
kisah klasik Shah Jehan dan Mumtaznya.... Bukan pengorbanan cinta seperti Romeo
dan Juliet dan jauh sekali kisah cinta agung Zulaikha kepada Nabi Allah, Yusuf a.s.
Ini hanya secebis kisah hidup aku. Insan lemah yang menulis untuk diri dan buat mereka
yang memahami....maaf sekali lagi buat mereka yang tak senang. Tapi ingat... tak sedikitpun
aku menyentuh kisah hidupmu.... maka, jangan kau cuba merendah-rendahkan aku....


2009....tahun yang kuharapkan penuh keberkatan dibuka dengan 1 ujian buat aku.... Untuk pertama
kalinya aku dimasukkan ke hospital. Sekali lagi, Hospital Ampang Puteri ku kunjungi...
Tapi kali ini bukan sebagai pelawat, tapi akulah penghuni wad di sana.
Erm.... semuanya bermula kerana keracunan makanan. Entah apa yang aku makan, tak diterima olah
perut agaknya. Memandangkan aku memang ade gastrik, jadi bila aku kena diarhea dan semua yang ku makan
keluar kembali mulalah perut terasa pedih. Sakitnya susah nak ku gambarkan. Bila antibodi lemah. Demam
mula hinggap ke tubuh. Tuhan, terasa lemah seluruh badan.... Dan kemuncaknya, bila pagi Selasa 6hb itu
aku merasa sakit yang mencucuk di dada. Lantas ayah dan mama membawa aku ke hospital. Dan akhirnya....
aku ditahan di wad. Dihydrated. Membuatkan 5 botol air di masukkan. Aduh....seksanya jangan cakap.
Nak tidur malam pun payah. Dan di sini ade beberapa gambar yang aku sempat ambil di hari terakhir aku
di kamar hospital. Sebelum aku dibenarkan discharged pada petang Khamis 8hb tu....
Untuk Doktor Goh dan nurse2 yang baik hati.... terima kasih kerana menjaga dan merawat aku.
Tapi InsyaAllah.... aku xkan kembali lagi sebagai pesakit ke sini...Ameen......

Wednesday, December 17, 2008

Menghitung Waktu.... Backdated Isnin 15/12/08

Melirik jam di hujung skrin komputer ini, aku menarik nafas panjang.
Masih ada sejam lagi sebelum waktu balik. Sedangkan mata ini terasa begitu berat.
Sudah 3 4 kali aku menguap... Ah, mengantuk benar rasanya hari ini....
Nak kata tidur lambat malam tadi, tak jugak.
Rasanya dalam pukul 12.30 tu aku dah pun terlelap.
Mungkin pengaruh suasana dan cuaca yang membuatkan kantuk ni bermaharajalela...
Di luar kelihatan mendung... Tapi aku tak pasti hujan sudah melabuhkan rintik-rintik
airnya atau belum. Sekadar melihat awan gelap dari kaca tingkap.
Erm, Pasal tajuk entri hari ni... janganlah kalian tertanya-tanya..
aku sekadar mengitung waktu nak balik ke rumah je...
Bukan apepun... Selain tu aku tengah menghitung hari menantikan keputusan peperiksaan semester
lepas...Er...sebenarnya aku tak berapa gemar nak buka topik ni...
Sebab aku tau degup jantung aku akan mula bergerak laju bila bercerita mengenai result exam..
jadi rasanya tutup dulu cerita ni sampai tiba harinya.....
Dah 3 hari kalau tak silap perkiraanku aku tak membuat apa2 posting di ruang ini...
Nak kata keputusan idea...tentulah tidak... cumanya tiada apa yang menarik untuk ku kongsikan..selain
kekurangan waktu untuk melayari ruang ini....
Oh cuma di bawah ni ada sedikit cerita mengenai peristiwa yang berlaku hari Khamis dan Jumaat lepas......
Layan.......
************************************************************************************************************
Khamis - 11 Disember 2008
Malam tadi, waktu aku menunggu mama di dalam kereta sewaktu mama
membeli barang di kedai, aku menerima satu khidmat pesanan ringkas
atau nama lainnya SMS. Sms dari maksu yang berada di Penang. Kata maksu,
toklang (kakak arwah maktok aku) sedang demam panas dan kini sedang dirawat
di hospital.

Ya Allah, Kau panjangkanlah umur toklang. Aku sayang toklang
macam aku sayang arwah maktok aku. Sebab pada toklang lah aku melepaskan
rindu pada maktok. Tiap kali balik ke Penang, aku seboleh mungkin nak menjenguk
toklang. Lebih2 lagi waktu raya. Lagipun, adik beradik maktok yang tinggal hanya toklang
dan tokcik saja...Tokcik pun dah tak sihat sangat. Kali terakhir aku jumpa tokcik, Syawal
lepas. Nampak benar susut badannya.

Semoga yang sakit akan sembuh.
Semoga yang susah akan senang.
Semoga yang sedih akan gembira.
Semoga yang jauh akan dekat.
Semoga yang sendiri akan berteman.
Semoga yang khilaf akan sedar.
Semoga yang derita akan bahagia.
Ya Allah, semoga semuanya akan baik2 saja dengan izin-MU.
Jumaat - 12 Disember 2008
Pagi itu, sebaik sampai di parking, aku hantar sms pada en. itew...memaklumkan dia keadaan toklang...
Ingatkan memang nak beritahu malam tadi, tapi entahla... tak tergerak pulak nak melakukannya...
Cuma pagi ini, aku rasa dia mungkin patut diberitahu... atau...
ah!abaikan....tak ada apa-apa yang lain....cuma aku rasa di juga harus dimaklumkan.
Mulanya, risau juga bimbang menganggu dia pagi2...tapi fikir kembali, sekadar 1 sms tak akan lah menganggu kan...
Dan akhirnya dari 1 sms itu menjadi beberapa sms... mujur saja waktu itu sudah mahu mula berkerja....
kalau tak, mau saja aku ber sms dengan dia lagi....... maka kami pun berhenti setakat itu saja...
Dan pastinya, hari itu terasa begitu bersemangat buat aku... :)
*****************************************************************************************************************
Entri hari ini pun setakat sini dahulu... Terima kasih pada kalian yang membaca sebuah titipan hati buat yang mengerti...
Jumpa lagi...Insyaallah....

Saturday, September 27, 2008

Al-Fatihah........Allahyarham Anuar Bin Omar

26 September 2008 = 26 Ramadhan 1429

Pagi, kira-kira pukul 6.30 dapat berita abang nuar(2 pupu aku) dah pun
kembali ke rahmatullah
pukul 5.45 pagi tadi. "Innalillahiwainnalillahirojiun...."
daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali...

Aku memang tak rapat dengan arwah abang nuar tu.... tapi ayah baik
dengannya...
walaupun pangkat pakcik dan anak buah, usia mereka taklah jauh
berbeza...
jadi kerana itu jugaklah mereka rapat....Aku pasti sedikit sebanyak,
ayah pasti merasai kehilangannya...
Kerana saban tahun, arwah la orang yang paling setia menghantar kad raya
buat ayah...
Malah, saban tahun kad darinya lah yang pertama tiba... Tahun ni,tak ada
kad yg berkunjung kerana masalah
kesihatannya...Dan tahun2 mendatang, tak akan pernah ada lagi kad raya
darinya buat ayah...

Arwah ni memang dah lama sakit sebenarnya, tapi baru tahun ni keadaannya
benar-benar tak mengizinkan...
Terbayang lagi raya lepas, aku berjumpa dengannya di rumah ibunya di
Pulau Pinang...
Walau dia memang sakit namun dia masih gagah pulang beraya ke sana...
Rupanya itu raya terakhir dia bersama ibunya...

Untuk isteri, anak2 dan keluarga terdekat arwah, aku doakan moga mereka
tabah berdepan dengan ujian ALLAH Ta'ala ini....
Semoga syawal kali ini dilalui dengan sabar walau tanpa orang
tersayang...

Al-Fatihah.....

Monday, September 1, 2008

Backdated Posting for Friday 29/8

Alhamdulillah..... sekali lagi bertemu dengan hari Jumaat...
Penghulu segala hari....Moga-moga hari ini akan memberikan seribu keberkatan dalam hidupku...
Insyaallah.....
Hari ni mood aku rasa macam best sangat.... Pertama, sebab manusia biasa yang ku kata sudah ketemu, tapi masih tak pasti itu
sudi membalas message yang ku hantar padanya....pagi-pagi dia dah bikin mood aku jadi baik sangat.....:)
Walaupun dia tak tahu yang balasan ringkas dari dia itu sudah mampu bikin hati aku gumbira sepanjang hari....
Satu lagi sebab aku seronok sangat hari ni sebab malam nanti aku nak balik kampung...
Balik Penang..... lamanya tak balik....
Last time aku balik, masa mengundi tak silap aku..
Walaupun aku sebenarnya bukan balik mengundi....huhu.....
Bukan tak patriotik, cuma ada sebab2 yang memang tak dapat nak elak....
Walau hati gembira nak balik kampung, jauh di sudut hati aku gusar dan sedih....
Kami balik kampung sebenarnya nak melihat mak cik ku yang keadaan kesihatannya semakin tak memuaskan....
Pagi ini, di saat aku di depan skrin mengadap layar sepi ini, mak cik ku yang aku panggil makndak akan menjalankan pemeriksaan kesihatan...
Ya Allah, Kau jauh kan lah makndak dari sebarang sakit-sakit bahaya....
Ah, macam menipu diri pulak rasanya...kalau kalian lihat makndak, kalian sendiri pasti jatuh kasihan....
Makndak itu memang kurus orangnya.... kini semakin kurus....
sudah seperti mangsa kebuluran Uthopia bila melihatkan gambar yang di mms oleh sepupuku...Menitis air mataku bila melihatkan makndak seperti itu....
makndak adalah adik ayah yang menjaga aku ketika kecil.... untuk makluman ayah punya 7 adik beradik, ayah seorang saja anak lelaki...
Yang lain-lain semuanya perempuan... dari 7 beradik itu, yang mendirikan rumah tangga hanya ayah dan 2 lagi adik perempuannya....
yang lain memilih jalan untuk sendiri...ah, aku tak pasti...
mereka memilih jalan itu, atau memang jodoh itu tak menghampiri....
Kami (aku, adik dan sepupu2ku) selalu dipesan....
Tanggungjawab kami bukan hanya pada ayah dan mama saja...
tapi juga ke atas makcik2 ku yang hidup sendiri...Mereka tak punya siapa2 bila melewati hari tua nanti...
Aku selalu pesan pada adik dan adik2 saudaraku(kerna aku cucu atuk ku yang sulung)....
Jangan pernah lupa pada makcik2 ku ini...
Kerana kasih sayang mereka tumpah sepenuhnya pada kami....
Jadi, bila tiba masanya kami kena 'care' pasal mereka...kami harus jalankan tanggungjawab kami....
Harap-harap bila aku bertemu seseorang yang bersedia menerima aku apa adanya nanti, dia juga dapat menerima
bahawa aku punya ramai ibu selain mama yang harus aku jaga....
Ah, cukuplah cerita sedih ini..... kata nak balik kampung, kena la gembira kn.....
****************************************************************
Walaupun nak balik kampung, petang ni kuliah ku macam biasa...Aku akan tetap attend class Pn. Che Zainab....
Kami akan bertolak pulang lepas aku pulang dari kelas nanti.....Huh...mesti penat gila....
Dahlah minggu sudah tak ada di rumah, hujung minggu ini juga pun tak dapat duduk kat rumah....
Oh, ya.... minggu lepas pun aku balik kampung.... Balik Muar, Johor.... Saja mama nak jumpa adik beradik nya.....
Hampir semua pakcik dan makcikku pulang.... yang tak ada cuma adik mama yang bongsu...
nak buat macam mana, suaminya tak dapat cuti....Seronok sangat...lama tak bertemu macam ni....Nak berkumpul semua memang payah...
Sejak arwah abah tok dan mak tok ku tiada lagi, mmg susah nak berkumpul begini... Kalau dapat balik ke Kota Tinggi lagi seronok...
Rumah pusaka yang banyak menggamit kenangan.... Rumah tu dah kosong kini...Tak siapa tunggu.... Entah macam mana keadaannya sekarang...
Cuma sekali-sekali abang mama yang sulung dan adik lelaki mama akan pergi menjenguk dan mengemas apa-apa yang patut....
Hem...teringat kan rumah itu....rasa macam nak terbang balik sekarang ni jugak....
Tapi tak mampu.... Nk drive sampai sana pun, aku bukan nya arif sangat jalan nak ke sana.....Lagipun...mana lah pernah aku drive jauh2 smpai johor.
Ayah dengan mama pun guarantee tak akan lepas kan aku kalau nak balik sorang2. Dah lah rumah tu tak ada sesapa.....
Hmm.... bila lah agaknya nak balik lagi ke rumah itu....
********************************************************************************************
Hari ini kat office, kami buat pot luck....
makan2 sebelum puasa.... Alhamdulillah...kenyangnya....
selain tu jugak kami nak meraikan seorang teman yang akan transfer ke cawangan kami di Pulau Pinang..... kurang lagi geng2 kat sini.... Aku pun tak tau sampai bila aku di sini....Sebenarnya, baru2 ni aku ade pergi menduduki peperiksaan untuk temuduga jawatan kosong..... Tapi, aku xsure lah boleh dapat ke tak.... sebab soalan nya soalan IQ....huhu...susah gak....mau gugur rambut di buatnya.... Yang paling aku tak tahan, aku boleh pulak jadi blurr waktu exam tu.... WAN stand for what pun aku tak boleh nak ingat-Wide Area Network.....ape punya sengal tah..... Da masuk je pintu rumah, baru aku teringat...... Asthagfirullahalazim..... tah di mana silapnya sampai aku terlupa...huhu...tapi benda dah lepas....fikir2 pun sendiri yang pening. Kalau ada rezeki aku, dapatlah.....Kalau tak dapat tu, anggap saja ia bukan rezeki ku kali ini.......
Untuk kak emi yang nak pindah ke Penang, "jangan lupa kan kami k...... terima kasih juga atas pemberian tudung hijau yang sweet tu.....patutlah pagi tadi plan nak pakai hijau...tau2 baju tu pulak kena minyak ape ntah....Terus tukar baju lain....Tapi ape pun....orang suka gak kaler hijau...thanks again kak emi...Ada umur kita jumpa lagi. InsyaAllah....."