Showing posts with label Aku Mahu. Show all posts
Showing posts with label Aku Mahu. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Diakah Manusia Biasa?

I dont know how to start my story.....
And i also dont know how to express myself...
Or i should kept this story in the bottom of my heart and
never posted it here....?
But this blog is my heart and this blog is also my soul...
How can i kept the most important things that i felt rite now?
Oh God, where should i begin?

Ya Allah.....kau lindungilah persahabatan aku dan dia....
Kau kuatkan hatiku untuk meneruskan persahabatan ini dengan jujur...
Tapi andai kata temanku itu memang tak bisa menjadi sahabat....
dan hadirnya dia ke dalam hidupku untuk menjadi seorang manusia biasa yang aku tunggu itu,
aku redha.....
Sesungguhnya Ya Allah, aku tak pernah sangka akan berteman dengan dia... malah aku tak pernah
langsung menduga jalinan persahabatan itu akan menjadi begitu mesra dan seakrab sekarang...
Dia, aku lihat sama seperti teman-teman lain...Tak ada yang lebih yang mampu menarik hati ini
untuk terlalu kenal dia...Malah layanan aku juga sama seperti layanan ku buat teman-teman lain...
Cuma bersama dia aku selesa... Aku bisa meluahkan apa saja....Dan yang paling penting, kehadiran dia
tepat pada saat-saat aku telah merelakan untuk melepaskan semua rasaku buat encik itew.....
Kehadirannya memberi sokongan kuat walau aku dan dia tidak menyedarinya... dan juga memenuhi hari-hariku....
Nasihat dan pendapat nya mengiringi setiap perkara yang ingin ku lakukan....
Dan dia juga selalu meminta pendapat dan pandanganku dalam banyak perkara...
Aku sumber rujukannya, aku tempat dia bercerita dan aku juga tempatnya berkongsi rasa...
Kadang kala aku sendiri hairan, bila mana dia mencari ku bila sekadar untuk meminta pendapat yang aku rasa tak perlu pun...
Dan kenapa mesti aku yang dia cari?
Aku tak tau sebenarnya...aku keliru....tak pasti di mana hatiku berada....
Dengan dia ini kah? atau masih lagi dengan dia yang itukah..
Apa yang aku harapkan, aku ketemu dengan manusia biasa yang aku inginkan itu....
Biarlah tidak kacak atau tidak kaya...
Cukuplah kalau dia sempurna di mata ku....cukuplah kalau dia mahu menerima aku seadanya...

Jadinya, sampai di sini dulu untuk kali ini...semoga kite bertemu lagi di ruangan ini....Seperti selalu, aku ingin mengucapkan terima kasih buat mereka-mereka yang sudi membaca sebuah titipan hati buat yang mengerti....Sekian...

Tuesday, September 30, 2008

Aku Mahu

Semalam, aku termasuk kat 1 blog mamat ni...aku pun tak tau siapa gerangannya.... melayan masa-masa kebosanan aku memang suka main redah je kat blogorang...seronok membaca pengalaman-pengalaman insan lain... sekurang-kurangnyaboleh dijadikan panduan dan rujukan dalam hidup sendiri...

Nak dijadikan cerita, aku terbaca posting mengenai kisah cinta dia yangbaru nak berputik...Yang menariknya, si gadis yang telah berterus terang pada mamat tu.... Alahai 'gamble nyer' makcik tu...Kalaulah aku ni seberani makcik tu, takpayah aku sakit memendam rasa...Tapi, kalau aku jadi seperti makcik tu...Buat kamikaze jer, adakah'Lelaki' itu sama macam mamat ini?Bolehke lelaki itu menerima aku, macam mana mamat ni menerima makcikitu? Aduh... pening dan sakit kepala memikirkannya...

Entahla... aku ni memang macam ni... Penakut dan suka menipu dirisendiri...Tak berani nak mengakui apa yang aku rasa....Dulu pun aku pernah rasamacam ni...Tapi bila saat si dia itu pergi dan memilih orang lain, aku redha walausakitnya terasa juga...Aku menerimanya dengan menganggap itu semua balasan atas khilafkusebelum ini...Sehingga aku bertemu lelaki itu, belum ada yang lain hadir dalamhatiku...

Saat aku bertemu lelaki itu, tanpa sedar aku kembali mencantum serpihan-serpihan hati yang pernah berkecai...
Waktu aku dekat dengan lelaki itu, aku merasakan aku bukan aku...
Bila aku berdepan dengan lelaki itu, hatiku menjerit meminta dia juga merasa apa yang ku rasa...
Dalam setiap iringan doaku pada-Nya, hati lelaki itu juga yang sering kudambakan dari DIA...

Walaupun lelaki itu pernah melari-larikan diri dari aku,
Walaupun lelaki itu pernah buat macam aku ni tak wujud,
Walaupun lelaki itu pernah buat-buat tak dengar apa yang aku cakap,
Walaupun lelaki itu pernah berpura-pura sibuk bila aku cuba memberi perhatian,
Walaupun lelaki itu pernah berlalu bila aku menyapa...
Aku tak peduli...aku tak kisah dan aku tak akan pernah putus asa...

Untuk lelaki itu, aku nak dia tau...
Tak... aku bukan orang yang baik...
aku punya begitu banyak kekurangan dan aku juga dah melakukan begitu banyak kesilapan...
Aku pernah mengecewakan insan lain atas nama hati dan perasaan...
Tapi aku akan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat lelaki itu...
Harapan aku, semua kekurangan akan dilengkapkan oleh lelaki itu...
Semua kesilapan aku, moga-moga dia yang akan membimbing aku untuk memperbetulkan....
Mengecewakan atas nama hati dan perasaan... bukan satu niat tapi takdir...

Aku tak minta insan lain memahami atau mengerti, sebab insan lain takakan pernah tau apa kata hati ini...Cukuplah kalau lelaki itu saja yang mengerti dan memahami...

AKU MAHU
-Once

Kau boleh acuhkan diriku,
Dan anggap aku tak ada,
Tapi tak kan merubah,
Perasaanku kepadamu
Ku yakin pasti suatu saat,
Semua kan terjadi,
Kau kan mencintaiku
Dan tak kan pernah melepasku,
Aku mahu mendampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu
Selalu bersedia membahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....
Kau boleh jauhi diriku
Namun ku percaya
Kau akan mencintaiku
Dan takkan pernah melepasku
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu,
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka utk masa lalu....
Aku mahu mndampingi dirimu,
Aku mahu cintai kekuranganmu,
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi,
Ku janjikan aku ada....