Thursday, September 4, 2008

Melastik Bintang

Pagi tadi sambil aku buat kerja, aku dengar radio...
Macam biasa la....
Sampailah dj tu sebut tentang nama 1 kumpulan baru - Melastik Bintang.
Unik nama kumpulan tu....
Kalaulah betul bintang boleh dilastik, hem.... bagusnya....
Tak payah la merenung bintang dari kejauhan...
Tak payah la terdongak2 untuk mengira bintang...
Semuanya akan gugur ke bumi bila dilastik....
Hem.... tapi itu perumpamaan je...Hakikatnya, mana lah mampu manusia kerdil
melastik antara kejadian terhebatNya... Bintang itu duduk nya nun dia atas langit sana...
Tak mungkin mampu digapai....

Malam tadi, aku berkenalan dengan seorang teman baru di dalam jaringan...
Baik... Jiha namanya... Dia muda dariku... tapi dia matang orangnya...
Adakalanya...lebih mudah berkongsi dan bercerita rahsia hati...
dengan orang yang kita tak kenal... Kerana pendapat dan pandangan mereka lebih tulus kerana
mereka tak kenal kita... Malam tadi, kami berbual2...
berkongsi rahsia hati... Dia dengan masalahnya... dan aku dengan masalah aku....
Walaupun masalah itu tak selesai... sekurang-kurangnya tak lah terbeban sangat memikirkan bila
dapat dikongsi dengan sesorang yang boleh memahami....
Gadis itu, walaupun masih muda banyak juga pengalaman hidupnya....

"Jiha, saya doakan awak akan dapat jalan penyelesaiannya...terima saja yang baru dengan hati yang ikhlas...
dia yang lama, yang telah melukakan...awak lupakan saja..ingat...kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari,
hadirkan hujan untuk hadiahkan kita pelangi yang indah..."


"Walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light. "

*huhu...lmbt sket posting sebab internet connection kat umah ni buat hal la pulak...

1 comment:

chentachantqs said...

melastik bintang? kumpulan baru?
huuaaah. mmg la unik nama nya.
kalau betol apa yang diangankan.
senang la kita...asyikk melastik bintang dan mengutip bintang.