Monday, March 24, 2008

Hari Ini......

Semalam dan kelmarin aku missed lagi nak mencatitkan hari-hari ku
lalui di ruangan ini….. Biasalah hari cuti, rasa malas benar nak buat
apa-apa kerja sekalipun.Lagipun, tiada apa yang menarik yang berlaku.
Semuanya biasa-biasa saja. Bangun tidur pun matahari dah naik atas
kepala…..mana lah nak ada peristiwa menarik kan……Jadi lebih baik aku
meneruskan dengan hari ini….

Hari ini, hari Isnin….setelah 2 hari bercuti aku kembali bekerja hari
ini….. Sungguh terasa berat mahu membuka mata pagi tadi….. Badan juga
terasa lemah seluruh anggota…. Biasa lah, Monday Blues! Tapi
memikirkan tangungjawab dan amanah aku bangun juga. Lagipun selepas 2
hari bercuti pasti banyak cerita-cerita menarik dari teman-teman
baikku…..

Benar seperti di sangka. Pagi-pagi lagi aku dah disogok dengan
pelbagai cerita da isu. Haha…kadang-kadang aku rasa aku ni macam
menteri pembangunan wanita dan keluarga pulak. Semua masalah-masalah
cinta dan lain-lain selalu dirujuk padaku. Rasa-rasa macam nak tukar
profesyen jadi kaunselor pulak. Tapi layak ke aku ni?! Rasanya
masalah diri sendiri pun masih banyak yang tak dapat diselesaikan.

Banyak perkara yang harus aku fikirkan.....Semuanya memerlukan
perhatian.Kadangkala aku rasa terlalu malas mahu memikirkannya. Tapi
sampai bila?! Suatu hari nanti, mahu atau tidak aku akan berdepan
juga dengan semua nya….

Bulan 5 ini, seorang teman akan menamatkan zaman solo. Aku masih
memikirkan hadiah terbaik buatnya. Syukur….
Akhirnya dia bertemu jodoh dengan seseorang yang benar-benar boleh
menjaganya. Temanku itu sebenarnya sudah banyak menderita dengan
lelaki sebelum ini. Sayangnya pada lelaki itu hanya menzahirkan
penderitaan dan hinaan. Jadi, bila mendapat berita dia akan bertemu
jodoh dengan seseorang yang benar-benar serius akan dirinya, aku juga
tumpang gembira. Kegembiraan ku juga untukmu teman….

Bulan Julai, sepupuku juga akan mengakhiri zaman gadisnya. Dia akan
menjadi isteri orang nanti. Hai…rasa seperti baru semalam kami
bermain pondok-pondok, memanjat pokok, bermain konda kondi dan
bercerita tentang masa depan….. Tapi sekarang, dia hanya menghitung
hari untuk menjadi seorang isteri. Aku gembira kerana dia akan
mencapai satu tahap yang lebih baik lagi dalam hidupnya. Aku tak
sabar-sabar mahu melihat dia menjadi raja sehari bersama insan yang
dicintainya. Namun dalam keterujaan, aku sebenarnya terlalu risau
mahu pulang di hari bahagianya. Aku takut memikirkan soalan-soalan
yang bakal di aju. Aku cuak memikirkan ayat-ayat yang akan keluar
dari mulut makcik-makcikku. Mereka pasti akan bertanaya bila pula
giliranku? Mereka pasti akan menyoal siapa teman lelakiku? Ya Allah,
KAU kuatkan hati ku untuk berdepan dengan situasi itu nanti…..

Hem…. kalaulah aku mampu mengelaknya itu adalah sesuatu yang lebih
baik. Tapi mampukah aku?! Kalau pun aku mampu mengelaknya buat masa
ini, mampukah aku mengelaknya pada masa depan? Ah, Kacau dan kalut
bila difikirkan…….Tuhan, bilakah aku akan bertemu dia, seorang
manusia biasa itu?!

Pesanan buat ADA & OPAH………
Hem….semoga kalian bahagia di pengakhiran cerita yang kalian
ceritakan hari ini…..Aku sebagai teman sentiasa mendoakan…..
Semoga segalanya akan berjalan lancar buat kalian untuk hari ini dan
seterusnya…..


Sekarang kalian lihat sedikit perbualan antara aku & opah tetntang tulisan ku di atas.....
Heh.....kian serabut bila memikirkannya

--------------------------------------------------------------------------------
From: opah

seorg PEREMPUAN akan lebih sempurna bila bergelar isteri dan ibu...
--------------------------------------------------------------------------------
From: aku

dalam maksudnya tuh......
tp siapa yang xnk bergelar PEREMPUAN sempurna kn....
--------------------------------------------------------------------------------
From: opah

manusia disuruh mencari pasangannya...untuk kesinambungan menjadi PEREMPUAN sempurna...
_________________________________________
From: aku


mmg lah....aku tau....
kan perempuan itu sendiri dijadikan dari tulang rusuk lelaki.....
dah tentulah dia memerlukan lelaki untuk melengkapi hidupnya....
cuma, kalau da abis usaha mencari mcm mana......

________________________________________________
From: opah

org yg cpt putus asa je ckp cmtu...
ape yg dtg terima je...dlm ms yg sm kite ade hak memilih yg terbaik...
tp jgn mminta kterlaluan sgt sbb kite pn dijadikan tidak la sempura...
jadi la tulang rusuk yg baik pd yg empunya tulang rusuk...eheks!
tulang rusuk kiri lelaki...kehkeh


- emel antara aku dan opah pada 24 March 2008.....

No comments: