Saturday, June 5, 2010

Kronologi Hidupku

Maaf, lama aku tak berkesempatan mencatat apa2 di ruang ini,
sungguh aku benar-benar sibuk...tersangat sibuk...
jadi untuk meringkaskan semua perjalanan hidup aku kebelakangan ni,
aku jadikan ianya dalam bentuk kronologi....

Jumaat, 21 Mei 2010.....
Pergi pejabat macam biasa.... Hari Jumaat memang hari yang dinanti-nantikan...
maklumlah esoknya sudah boleh bercuti 2 hari...cuti hujung minggu....
tapi jumaat kali ni, aku dapat panggilan kecemasan,
tok ayah sakit! Aku, terkocoh-kocoh ambil cuti kecemasan.... mahu pulang ke penang...
Ya Allah, KAU selamatkanlah tok ayah.....
pukul 12 tgh hari, bertolak dari rumah bersama ayah, mama dan acik...adik pulang kemudian nanti bersama uncle
dan sepupuku yg lain...tepat pukul 3 petang sampai di Hospital Pulau Pinang... ambulans yang membawa tok ayah belum lagi tiba.
Perut mula terasa pedih kerana belum menjamah apa-apa dari pagi tadi...
Kami ke kedai makan. Aku makan nasi berlaukkan ikan keli. Itu saja sebab lauk pun tinggal saki baki. Maklumlah dah hampir menginjak ke pukul 4 petang.
Sebaik habis makan, aku berjalan menuju ke wad kecemasan. waktu itu juga ambulans yang membawa tok ayah tiba. Pantas aku berlari anak...
Ya Allah, luluh hatiku melihat keadaan tok ayah... uzur benar dia...perlahan aku mengusap kepalanya sambil memanggil2 nama tok ayah di tepi telinga nya...
dia buka mata dan aku menghadiahkan senyuman buatnya....aku tak menangis sebab aku tak mahu dia melihat air mataku....
Aku melihat saja bila tok ayah di tolak ke dalam bilik kecemasan....kata ayah untuk pemeriksaan...
Malam itu sampai pukul 9 malam aku di hospital....kemudian baru kami semua pulang ke rumah tok ayah.... sebaik meletakkan kepala ke bantal, aku terus terlena...

Sabtu, 22 Mei 2010...
Hari ini aku lambat sikit pergi melawat tok ayah.... aku pergi waktu melawat sebelah petang. Tengah hari itu, aku dan adik-adik sepupuku pergi ke Gurney Plaza...
Kami makan tengah hari di Seoul Garden... kemudian terus ke hospital....Keadaan tok ayah tak banyak perubahan...Masih begitu... Dan doktor2 pelatih masih beramai-ramai mengerumuni katil tok ayah
aku sendiri tak tau apa yang diorang buat sebenarnya...rasa nak marah tapi tak mampu.....

Ahad, 23 Mei 2010....
Sudah hari ketiga aku di kampung.... acik sekeluarga akan pulang ke KL hari ini...
Kami akan terus tinggal sampai hari selasa. Tengah hari ini aku ke hospital dengan maksu dan angah.
Sampai di hospital, sedang elok waktu melawat... Makin pedih dan luluh hati aku tengok keadaan tok ayah...
makin perit bila melihat layanan doktor-doktor....
mungkin sebab aku dah terbiasa dengan layanan hospital swasta, aku jadi demanding...
aku jadi tak puas dengan cara layanan mereka...
tapi sms si bebear mintak aku bersabar takut bila aku complain mcm2 benda boleh jadi aku pegang kukuh...
aku diam saja...cuma air mata yang jadi peneman setia....
akhirnya, lepas maghrib itu doktor bagi kata dua...
mahu teruskan rawatan atau mahu bawa pulang saja tok ayah...
kami semua sepakat...tok ayah tak perlu lagi rawatan2 yang akhirnya akan lebih menyiksakan lagi dia....
kami bawa tok ayah pulang ke hospital balik pulau malam itu juga...selepas sahaja tok ayah selamat masuk ke dalam ambulans
aku, maksu dan adik terus ke lapangan terbang bayan lepas untuk menjemput acik yang kembali berpatah balik dari kuala lumpur...
pukul 10.30malam, acik sampai.... aku terus memandu ke hospital balik pulau....
badan sudah mula terasa letihnya.... lebih kurang 11.30 kami sampai di hospital...
aku tarik nafas lega.....di sini tempat tok ayah lebih selesa...kami yang mahu menjaga dan melawat jugalebih selesa...
kemudian, aku dan adik tunggu di luar saja... tunggu sampai ayah tiba untuk mengambil giliran menjaga tok ayah....
aku akan bawa along pulang....
hampir pukul 1 pagi, barulah aku sampai di rumah....

Isnin, 24 Mei 2010....
Keadaan tok ayah nampak agak ok.... bila di panggil, dia membuka mata...respon pada persekitaran...
dan bila aku katakan teman-temannya datang melawat, dia membuka mata cuba memandang siapa yang datang...
lega hati aku melihat keadaannya...walaupun hakikatnya aku tahu tok ayah tak akan dapat lama lagi bersama kami...
tapi melihatnya begitu, aku tak mampu menolak rasa bahagia...sekurang-kurangnya tak lah susah hati kami nak balik esok...

Selasa, 25 Mei 2010....
Hari ni aku akan kembali pulang ke Kuala Lumpur... walau hati berat, aku tau aku masih punya tanggungjawab...
aku masih punya kerja yang perlu aku jaga kerana itu sumber rezeki....
aku kata pada ayah, tunggu saja lagi di kampung sampai hujung minggu... biarlah aku balik seorang dulu...
aku ambil bas saja petang nanti...
tengah hari itu, aku pergi lagi melawat tok ayah sebelum pulang...
aku pegang tangannya, aku usap kepalanya, tapi dia tetap tak buka mata....bila waktu melawat hampir tamat,
aku kucup lagi dahi tok ayah, tangannya ku cium..perlahan2 aku mendekatkan bibir pada telinga tok ayah...
"TokYah, akak nak balik kl dah. esok akak kerja. tokyah bukak la mata tengok akak balik." tapi tok ayah masih begitu.
matanya tetap terpejam rapat.
"tokyah, akak mintak ampun mintak maaf kalau akak buat salah, mintak halal segala-galanya... kalau tokyah nak pergi, pergilah....
kami semua redha...." air mata menitis lagi. tapi tok ayah masih diam tak bergerak.
aku cium lagi dahinya. pipi tua nya juga menjadi sasaranku. tangannya ku genggam, tapi tetap tiada lagi genggaman erat balasan tangan tok ayah....
aku melangkah berat untuk pulang.
pukul 5.30,bas bergerak dari perhentian bas sg.nibong...
di fikiran masih terngiang kata-kata ayah... kalau tak ada perubahan, ayah nak bawak balik tok ayah ke rumah hari jumaat....
waktu itu kami semua kena bersedia kerana bila tok ayah pulang ke rumah, bermakna masanya tak akan lama lagi bersama kami...
air mata menitis lagi....
pukul 10.30, aku sampai di hentian bas jalan duta... si bebear tak sampai lagi...
janjinya dia yang akan menjemput ku...takut juga bila menunggu seorang diri...
semua orang kelihatan asing dan menakutkan pada ku waktu itu...mungkin sebab faktor waktu yang sudah menginjak ke larut malam...
aku termenung sendiri sehinggalah alih-alih dia sudah terpacak depan mata...
tersenyum... lega sedikit rasa hati.... sebab aku tau aku dah selamat...
dalam kereta, dia menjadi mangsa menadah telinga mendengar ceritaku...
hampir pukul 12, aku sampai rumah...gelap gelita....
dia suruh aku masuk rumah dulu...dia tunggu untuk pastikan aku selamat...sekali lagi terima kasih aku pada dia...
sungguh aku tak mampu balas budi baik dan keprihatinannya....
sungguh, dia antara teman terbaik yang aku ada...

Rabu, 26 Mei 2010..
Awal pagi ayah dah telefon...berderau darah bila nama ayah yang tertera di skrin...
Alhamdulillah, bukan apa2...ayah cuma tanya keadaan aku dan surat tawaran yang adik terima...
Aku masuk office lambat, ambil cuti setengah hari...
aku ambil omel dari nursery...
kemudian bersiap-siap mahu ke office...dalam perjalanan telefon berdering lagi...
kali ni nama adik...aku kata nanti sekejap sebab aku sedang memandu...
sampai di parking kereta, tak tunggu-tunggu aku menelefon adik kembali....
kata adik tok ayah nak dibawa pulang ke rumah...
terngiang-ngiang kata-kata ayah semalam...dan dari detik dan saat itu, air mata tak mahu lagi berhenti...
aku kalah dengan perasaan...aku menyesal pulang ke sini...kenapa aku tak tunggu saja...
air mata terus-terusan mengalir..akhirnya aku nekad....
aku akan patah balik ke penang... aku mahu berada di sana....kalaulah aku mampu terbang, aku akan terbang saat itu juga...
tapi apalah daya, keupayaan ku terbatas...
pukul 5.30 aku kembali memandu pulang ke penang...lebih kurang 9.30malam, aku selamat tiba di rumah tok ayah....
melihat tok ayah terbaring tak berdaya di atas tilam yang diletakkan di ruang tamu,
air mata aku luruh lagi dan lagi... aku bingkas ke bilik air...mandi, solat dan kembali ke sisi tok ayah....
surah yassin ku capai...tapi air mata tetap mengalir...sedu tak mampu ku kawal, sampai ayah marah bila aku membaca dalam keadaan emosi begitu...
aku redha Ya Allah.... tapi air mata itu tanda kasih sayang aku buat tok ayah....
maafkan aku bila tak kuat menghadapi dugaanmu, namun kalau pulang padaMu adalah jalan terbaik buat tok ayah, Kau ambillah dia....
Tergagap-gagap aku menghabiskan 83 ayat dalam surah yassin itu diselang seli dengan sedu sedan,
dan yang lebih mengusik hati bila aku tiba pada 2 ayat terakhir surah tersebut yang membawa maksud;
"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu adalah berkata kepadanya:"Jadilah!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci Allah yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan hanya kepadaNya lah kamu dikembalikan"

No comments: