Saturday, May 22, 2010

He And She

Erm, first of all....aku nak tanya pendapat kalian...
Agak-agak kalian la, boleh tak lelaki dan perempuan menjadi
sahabat atau teman baik?
Boleh tak kalau lelaki dan perempuan berkongsi cerita, bercerita masalah
dan memahami perasaan antara satu sama lain?
Atau kalian semua tak percaya yang perkara2 seperti itu boleh dilakukan di antara
2 manusia berlawan jantina.
Adakah pendirian kalian sama seperti beberapa temanku yang berpendapat
tiada hubungan atas nama persahabatan antara lelaki dan perempuan?
Okey, kalau itu juga pendirian kalian semua....
Boleh tak tolong berikan sebab2 dan alasan2 yang bernas? Okey...jawapan dan alasan yang bernas..
Bukan beras BERNAS....
Sebab aku berpendapat, tak salah dan mungkin saja perkara seperti itu berlaku...
Boleh saja lelaki dan perempuan bersahabat...Tak salah dan tak pernah akan salah....
Cuma, aku sendiri belum mampu nak membuktikan yang idea dan pendapat aku itu
benar dan tepat.... Sebab, aku juga belum punya seorang sahabat baik lelaki dari dulu sampai sekarang...
Aku punya kawan baik lelaki.....tapi hubungan baik itu tak serapat mana lagi sekarang, kerana
masa dan keaadaan membataskan persahabatan....Lagipun kami sudah jarang bersua muka...
sms dan panggilan telefon juga skali skala....apatah lagi mahu berkongsi semua perkara yang aku
perkatakan mulanya tadi.
Jadi, kalau ada antara kalian pembaca2 setia atau yang tak sengaja singgah di sini,
punya sahabat baik berlainan jantina,
yang benar-benar berada dalam kategori sahabat...
dengan segala hormatnya untuk memberi hujah untuk menyokong pendapat
aku.....
Sekian dulu buat kali ini...terima kasih kepada yang sudi membaca titipan hati buat mereka2 yang emngerti

No comments: