Monday, December 29, 2008

Dia Tak Faham

Em.... macam mana nak mula...
aku tak nak rasa hati aku ni jadi satu salah faham yang akhirnya menjarakkan hubungan yang setakat ini sudah cukup baik.....

First of all, aku nak beritau kat sini yang encik itew dah baca blog aku ni.... aku bkn tau dari orang lain, tapi dari dia sendiri...dia ade kata dia baca, tapi dia tak faham...
Hem...tak tau macam mana nak tafsir perasaan aku sekarang ni... Especially bila dapat sms die waktu tu.... Hem.... susah rupanya untuk dia faham...atau dia sebenarnya faham tapi buat2 tak faham... Ya Allah... kenapa bila aku punya kekuatan untuk meluahkan semuanya di ruang ini, bila aku punya keberanian untuk berkongsi rahsia hati dengan orang lain....tapi orang yang sepatutnya itu sendiri tak faham?

Sakit amat sebenarnya bila dia kata dia tak faham...apa dia mau aku menulis terang nama die, baru dia akan faham...macam itu? Stop..jangan menangis...aku tak boleh menangis... Putus asa? Mungkin...
Hati...aku bilang jangan menangis... tapi kenapa titis jernih itu mengalir jua? kenapa perlu aku menitiskan air mata kerana dia....Tuhan...apa makna semua ini..... kenapa air jernih ini tak henti2 mengalir...Silapkah aku dalam percaturan hidup ini... Kenapa die yang aku suka...Kenapa dia yang prihatin itu terlalu susah untuk faham semua ni...

Ya Allah...aku mohon dariMU, matikan rasa ini kalau memang dia bukan untuk aku....sebelum rasa ini pergi menjauh, sebelum semuanya menjadi terlalu kuat untuk diuraikan....

Dan untuk encik itew, "Kalaupun awak tak boleh terima semua ini, pinta saya 1 saja...jangan sesekali menjauhkan diri dari saya....InsyaAllah....saya akan anggap awak macam apa yang selayaknya... Tak akan lebih dari itu..."

2 comments:

chentachantqs said...

haiiishhh sedey plak ko nih.
tape2. moga-moga satu hari nanti terbuka pintu hati nya untuk memahami isi hati kau.
mungkin dia senang untuk memahami blog kau.tapi susah untuk dia memahami perasaan dan hati nya.

kalau ada jodoh antara kalian,akan aku doakan kan kalian berdua bahagia selama nya.

wahai en.itew,tahu lah bahawa dia amat menaruh harapan terhadap dirimu,

cik nadia n cik fatin said...

hem... mmg sedih yg aku rasa cik chenta...kadangkala rasa seperti menipu diri... bila aku kata aku boleh trima kalau dia menolak...

aku cuba tak mahu mengharap... tapi rasa itu makin kuat...lagi aku cuba melupakan dia, lagi kerap dia hadir dalam fikiranku...

Ya Allah...KAU tunjukkanlah jalan terbaik buatku....