Wednesday, August 27, 2008

Kerana Sekotak Coklat....

Semalam, kerana sekotak coklat aku hampir2 berkelahi denganseorang teman. Mujur kami tak sampai ke tahap itu.Sebab aku tak suka kalau itu terjadi.....Niat ku ikhlas membalas jasanya.Tak sangka pula dia begitu berat untuk menerima.Padahal, harga sekotak coklat itu tak lah setanding dengan bantuan yang ku terima.Hampir-hampir saja jadi drama Korea. Mereka yang lalu semua memandang.Ah, tebal muka ni menahan malu. Aku tak faham kenapa dia begitu. Aku tahu dia ikhlas. Tapi aku juga dah berniat membayar baliknilai bantuannya. Aku tak biasa menerima tanpa membalas.Itu yang aku terdidik sejak kecil.Lagipun, hari itu mama dah tanya berapa yang aku berikan atas pertolongan dia. Aku bilang, tiada kerana dia tidak mahu menerima. Tapi aku akan belanja dia nanti. Itu kataku pada mama. Jadi, ini bukan kerananiatku saja tapi memegang juga kata-kata pada mama. Sekarang hatiku lega....Biar dia kata aku memaksa. Yang penting niatku selesai sudah.Kata-kata pada mama juga dah ku lunaskan....Untuk dia(walaupun aku tau dia tak akan baca blog aku ni....), terima kasih banyak2.Tak apa lah kalau awak tak nak tolong saya lagi macam yang awak cakap semalam.....

2 comments:

Penoreh said...

maaf dan terima kasih cokelat FR tu.. :)

cik nadia n cik fatin said...

saya juga minta maaf sebab paksa awak ambik jugak...