Wednesday, May 19, 2010

BiBik?!

Erm...lama benar aku x mencoret apa-apa di ruang ini....
Rumah baru ini juga sudah mula mahu bersawang.... mujur aku cepat sedar.
Hari ini, aku kuatkan semangat, aku cekalkan hati...
aku kembali menulis lagi.....
Tak ada apa yang menarik, tiada juga hal yang indah.....hari yang dilalui semuanya biasa-biasa saja
perasaan malas makin menebal menguasai hati sampai minat aku yang satu ini hampir-hampir berkubur...
Namun mujur, kekuatan cinta aku pada bidang penulisan membuatkan aku kembali
bertapak di ruang ini.....
Fuh....pukul 5.10 petang ( waktu jam di pc) masa aku sedang mendraft entri ini. Tapi
entah kenapa aku asyik menguap saja.....mengantuknya jangan cakap...
nak kata tidur lambat, tak pulak....tapi still, mata ni macam tersangat la beratnya....
bila jadi hal-hal sebegini, mula la aku terfikir pada ibu-ibu yang beranak kecil....
malamnya berjaga demi anak tersayang dan siangnya bersengkang mata di tempat kerja bagi
memenuhi tuntutan kerja dalam usaha meringankan beban suami.
Tapi, sedarkah lelaki2 yang bernama suami itu betapa besarnya nilai pengorbanan ini.
Hurm.....aku sendiri tak tau.... kalau nanti sudah sampai jodoh ku, akan sekuat itu kah aku....
mampukah aku menjadi isteri, ibu dan wanita berkarier dalam satu masa?! mampukah aku menjadi sekuat dan sehebat mama dalam menangani urusan rumah tangga.....
jadi sekarang aku tahu apa sebabnya, bila mama bising-bising menyuruh aku mengemas. mama mahu aku belajar dan mama mahu aku biasakan diri.....
"ma, jangan risau..... nanti umah akak ada bibik" =p hee....gurau jek. InyaAllah, didikan mama akan aku aplikasi dalam kehidupanku.....

No comments: