Monday, August 3, 2009

Jumaat Yang Indah....

Ok, first of all....sorry to all my readers.....
aku banyak mendraft entri tanpa di 'publish'kan....
maaf kerna masa benar-benar tak mengizinkan (satu alasan paling standard
yang aku rasa memang layak untuk di guna pakai....)

Ok, hari Jumaat lepas, adalah hari terbaik buatku sepanjang minggu
lepas.... Setelah beberapa hari tak mendengar khabar encik itew
(sebab sms ku tidak berbalas)
Tapi benda tu dah biasa pada aku..... eh jap...tak, die tak pernah tak reply sms
aku kecuali line dia kena bar...huhu(itupun dia akan call aku tru his office line),
dan mengikut ingatan aku yang tak berapa nak bagus ni.... itu la kali pertama sms ku tak berbalas
semenjak kami baik dari krisis awal tahun ni....tak payah la cerita kan....ini bukan drama melayu
nak ade flashback la bagai....Jadi aku, pura-pura berjiwa kental, buat tak peduli....
Tapi yang sebenarnya, hati asyik mengharap nama nya akan berstatus 'available' dengan muka encik smiley
di skrin YM(Yahoo Messenger utk sesiapa yang tak berapa nak sure YM tu ape)...tapi sayangnya aku hampa...
dari Isnin sampai hari Jumaat, senyap sunyi tanpa khabar darinya...
serius, aku betul-betul nak tau macam mana keadaan dia....walaupun aku tak sanggup mengambil apa-apa langkah
untuk bertanya....

Tapi hari jumaat itu, ada 1 hal yang membuatkan aku menghantar sms lagi padanya....
Tanya sama ada nak ikut aku ke rumah my aunty utk amik my cousin - cik yunyun.... sekadar mempelawa kerana sebelum ini
dia belum pernah ke sana...frankly speaking, aku tak harapkan apa-apa.....
sebab aku faham dengan perangai dia....dia memang sangat sukar dijangka....
But, as always....tindakan dan jawapannya memang selalu mengejutkan.....
Eh tak smpai seminit, sms ku sudah berbalas.....
Dia kata "Ok gak. Pukul berapa?"
Aku baca lg sms balasan dari dia. Sedikit tak percaya.
Selalunya sibuk dengan kerja. Balik pun bila hari dah gelap. Tapi kenapa kali ni senang sangat?
Tapi soalan itu dalam hati saja. Gila la tu kalau nak suruh aku tanya.
Aku pun mula menaip balasan...
"Pas maghrib la. dalam kul 8. Da balik keje kn time tu? Sy amik awk la nnt"
Pesanan untuk yang masih bersekolah....Jangan guna ayat sms ni dalam karangan ok.....
Dan sms balasannya berbunyi "Okies"

Okay, mesti kalian semua pun perasan kan..... Betul, memang tak salah...
Jangan harap dia akan menaip sms panjang berjela.
Kalau aku type 2 skrin sms sekalipon, sms balasnya tetap ringkas.
Betul-betul make use of Short Message Service tu.....

Jadi, seperti yang aku tulis dalam sms akan ambil dia, aku pun sms pada dia beritahu yang aku
dah on the way...
"Awk, saya otw."
"Okay. Jap saya solat jap." aku tengok jam....Isk, belum solat lagi.
Smpai je kawasan umah dia, aku msg lagi....
bgtau dah smpai.....die pon balas….
"Coming….." kalau die balas 8 ke 10 perkataan tu dah kira bertuah ler tu….
Sebab selalunya 1-3 patah perkataan jek…..

Lepas je dia naik kereta aku, dia pun memulakan perbualan. katanya dia tak ada mood nak kerja. Minggu itu dia balik awal je.

Malas nak stayback. So now, kalian pun sudah punya jawapan pada persoalan aku tadi kan.
Kenapa dia pulang awal....Sebenarnya, ini salah satu kelebihan dia...
yang buat aku menjadi tertarik hati dengan dia....
Dengan dia, aku tak perlu bertanya banyak....sebab dia, selalunya akan beritahu apa yang
dia buat dan akan buat. Itu lebihnya dia di mata aku la.....
Sebab, aku ni bukan jenis yang suka bertanya banyak kalau memang itu tak perlu. Aku bukan jenis cemburu yang nak ambil tahu semua perkara.

Tapi, mungkin juga rasa itu tak ada sebelum ini, kerana aku belum jumpa orang yang betul-betul aku sayang untuk dicemburui kan?!


Sepanjang perjalanan itu, banyak perkara yang kami bualkan. Macam-macam cerita yang jadi tajuk. Seingat aku, itulah waktu paling lama kami

berbual berdua. Tak ada rasa kekok, tiada rasa tak selesa. Semuanya begitu saja. Dan....apa yang paling baik sekali,
waktu dalam perjalanan....lagu kegemaran ku dari kumpulan Dewa, diputarkan di radio. Hem....macam drama pulak kan... :)
Ada lagu tema.....haha.....Ini bukan dirancang atau tambahan untuk menyedapkan cerita yek....
Hanya suatu kebetulan yang berlaku dalam realiti kehidupan...
Apepun,Thank you to Hot Fm....Ikhwan dengan Anne sebab putar lagu tu... :)

Munajat Cinta
Dewa

Malam ini
Ku sendiri
Tak ada yg menemani
Seperti malam-malam yang sudah-sudah

Hati ini
Selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yg baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya......

Mawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus

*Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya....
ulang * 2x

No comments: