Friday, August 7, 2009

Khamis Yang Tak Di Sangka...

Erm...kebelakangan ni headline entri aku asyik mula dengan hari je kan...
Tak kisah la ek...Sempoi sikit....Tak larat nak fikir tajuk-tajuk yang bombastic.
Ok, hari khamis macam biasa aku ade kelas dengan Puan Irni untuk kelas
IMS 501 Programming for Information Professional. Kelas bermula pukul 6 petang dan
berakhir pada pukul 9 malam. Tapi hari itu aku dengan Marini kelam kabut sikit...
Sebab kitorang tak bayar yuran lagi. Dah la malam itu tarikh akhirnya. Kalau tak,
kitorang akan digugur taraf. Maksudnya, kami tak boleh ambil semester ini. Jadi kami
bergegas pulang. Nak ke Bank Islam di Bangunan Mara. Waktu gerak dari Puncak, jam
sudah hampir 9.30 malam... sampai kat Bank Islam lebih kurang pukul 10 (waktu ni tak berapa pasti,
ape yang pasti aku memang bawak laju, takut bank tu tutup la kononnyer)..
Selesai urusan pembayaran yuran....Mulalah perut kitorang terasa lapar....
Perut masing-masing dah pedih....Ape lagi, destinansi seterusnya kedai makan la...
marini ajak ke Kampung baru... Aku ikut je...Sorry, lupa nak ambik gambar kat kedai tu....
Lepas order makanan kami berbual-bual...Tiba-tiba(chewah, macam cerita filem seram la pulak)
telefon bimbit (haha...macam karangan darjah 6) okay, handphone aku berbunyi...Aku ni dengan confidentnya
menyangka itu mesti Encik Ayah yang tepon, sebab jam dah 10 lebih, anak perempuannya tak sampai rumah lagi...
Ok, aku memang bukan jenis merayap, keluar rumah lewat2 malam ni.... Paling lmbat aku sampai rumah pukul 1am...
Itupun, Encik Ayah dah tau...sebab aku buat assignment...Kalau tak ade apa-apa hal, tempat aku memang kat rumah je....
Hem....silap ye...sangkaan aku...bukan Encik Ayah...Tapi nama dan gambar kat skrin telepon tu memang buat aku terkejut...
Encik Itew....Hem...tadi sms ku tak berbalas, alih-alih dia menelefon pula....
"Assalammualaikum...."
"Waalaikumsalam" jawabku....cuba mengawal suara yang agak terkejut dengan panggilannya...
"Tak tidur lagi ke?"
"Tak...saya kat Kg Baru ni....Nak makan..."
"La....ye ke, kitorang baru balik dari sana..."
"ye ke? Tak tau, kalau tak boleh sekali tadi"balas ku
"Dah nak balik ke baru sampai tu?"tanya dia lagi.
"Baru sampai je."
"Saya pergi sana la....Awak dengan sape tu?"soal die lagi.
Isk...tiba-tiba nak datang pulak.
"Saya dengan kawan...berdua je."
"Okaylah saya pergi sana. Boleh lepak-lepak bincang pasal esok"
"Hem...datanglah..."jawabku biasa. Dalam hati, hanya Tuhan yang mengerti.
"Kg Baru kat belah mana?"tanya dia...
"Lepas sikit dar gerbang tu....."aku kemudian memberikan direction. Walaupun aku sendiri tak pandai jalan kat Kg. Baru tu....Lepas bagi landmark dan direction yang patut-patut....aku pun makan...

Aku dan marini makan la....Walaupun perut aku ni lapar, tapi nasi goreng USA kedai tu memang tak sedap....tak kena dengan selera aku langsung...mungkin jugak sebab perut dah masuk angin...Tom Yam marini, aku tak tau pulak macam mana rasanya sebab aku sekarang dilarang keras oleh Tuan Doktor dan Encik Ayah dari makan makanan masam-masam dan pedas-pedas....

Okay, Bila aku habis makan, tengah sembang2 dengan Marini, Encik Itew pun sampai. Dari jauh aku dah nampak die. Dia pakai kemeja hitam belang-belang. Masih dengan office wear ok....Dia duduk sebelah aku.
Dia kata tadi pergi melawat sepupunya yang buat surgery sebab tonsil.
Dia cerita jugak yang die baru MC hari Rabu sebab demam. Aku pandang dia, dan tanya "Habis ni dah ok ke yang merayap malam-malam ni?"haha tak boleh tahan kan soalan aku. Merayap malam-malam? Lepas tu kami cerita-cerita pasal nak ke Ipoh. Dia insist ajak aku ikut dia sekali.
Tidur di rumah dia. Tak perlulah driving ke Ipoh nanti. Aku tanya bila dia nak balik....dia kata nak gerak hari Jumaat, that's mean esok lepas kerja.Balik KL semula hari Ahad. Emmm....kalau aku ikut dia, makanya kena tidur sana 2 malam.
"Tapi saya ada kelas ganti esok awak."kataku...
"Sampai pukul berapa?"
"Em tak tau lg la...."
"Tak apa la....kitorang tunggu sampai awak habis kelas la...."jawabnya pula.... Betul, dia memang senang dan mudah di bawa berbincang....Semua perkara ade jlnnya....
"Em, tapi saya kena tanya ayah dulu k. nanti esok saya bgtau awak."jawabku akhirnya. Akal waras masih menimbang-nimbang sama ada nak ikut dia, tapi hati sudah berat mengatakan pergi.

Kemudian kami duduk dan berbual-bual cerita lain seketika. Sampai dia mengajak pulang. Dia teman aku dan marini ke kaunter bayaran. Kemudian kami sama-sama berjalan menuju ke kereta.

"Saya nak hantar kawan ni jap."kataku.
"Oh, ok"
"Nanti esok ape2 saya sms k."
"Ok, saya balik dulu ye. Assalammualaikum..."
Aku menjawab salamnya.
Kemudian kami berpisah menuju kereta masing-masing.

Sampai rumah sudah hampir pukul 12. tapi mataku terasa berat sebab memikir bagaimana nak beritahu pada Encik Ayah. Ah...tunggu saja esok....

Sampai sini dulu kali ini.... Terima kasih kerana masih sudi membaca sebuah titipan hati buat mereka-mereka yang mengerti.

No comments: