Thursday, February 26, 2009

Takziah buat Kak Ina

Al-Fatihah..... buat bonda kak ina yang pergi menyahut panggilan ilahi
pada hari Sabtu = 21 Februari 2009. Sebenarnya, waktu kak ina dapat panggilan
yang emaknya sakit dan dihantar ke hospital, aku sedang bersama dia saat itu.
Aku lihat kak ina tenang saja menerima berita itu. Dalam hati, aku berkata sendiri.
Kuatnya kak ina. Tapi pagi jumaat itu, bila aku menghantar sms, kak ina sudah di kampung.
Dia pulang untuk menjaga ibunya.Malam itu, habis kelas aku sms lagi kak ina....Bertanyakan
keadaan emaknya. Balasan kak ina, ibunya masih kurang stabil.
Aku hanya mampu menyuruh dia bersabar. Ku katakan juga yang semuanya ni dugaan Nya. InsyaAllah, segala-galanya akan ok. Tapi hari Sabtu lepas maghrib, aku dapat lagi sms dari kak ina. Memaklumkan bonda kesayangan sudah pergi menghadap penciptanya. Aku lantas menelefon teman-teman memberitahu berita duka yang menimpa kak ina. Dan akhirnya kami sepakat untuk menziarah dia hari Ahad. Hari Ahad itu, kami bertolak kira-kira pukul 11 pagi. Dan sampai ke rumah kak ina lebih kurang pukul 1. Di sana kak ina bercerita. Saat-saat dia menjaga arwah ibunya dan detik-detik dia menghadapi pemergian
ibunya. Saat kak ina menangis, aku dan teman-teman juga sebak dan menitiskan air mata. Kami dapat merasai kesedihan kak ina. Dan sesungguhnya memang pemergian kami ke sana adalah untuk sama-sama berkongsi kesedihan kak ina dan jugak menenangkan pemikirannya.
Untuk kak ina dan keluarga semoga tabah menghadapi semua dugaan dariNya ini...
Peganglah kata-kata bahawa Tuhan mengambil orang yang kita sayang adalah kerana DIA lebih menyayangi mereka....

2 comments:

chentachantqs said...

al-fatihah buat kak ina. moga beliau dan keluarga dapat menempuh dugaan dariNya dengan tabah. takziah diucapkan. doa , agar r0h bonda kak ina ditempatkan bersama mereka yang beriman.

puteri said...

Semoga roh aruah bonda k.ina ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Kematian satu kemestian, Entah esok, lusa...Giliran kita belum tahu.. yg pasti ibu dan ayah wajar dihargai sementara wujud di dunia yang fana.. kesyahduan itu yg bisa menitiskan air mata kepiluan. Namun, yang pergi xkan kembali, bersabarlah..

alhamdulillah k.ina tabah dengan qada dan qadar Allah s.w.t.