Friday, February 27, 2009

Kisah Bas Sekolah

Aku ada satu cerita nak kongsi di sini...pasal bas sekolah, tapi bukan Geng Bas Sekolah...
Peristiwa ini berlaku hari Rabu lepas...
Kalau tak silap, jam waktu itu lebih kurang pukul 11 pagi...
Waktu tu aku on the way balik ke rumah selepas di berikan cuti sakit oleh
doktor kerana sakit mata.... Dalam perjalanan pulang tu, aku memandu perlahan
maklumlah mata sebelah tak berapa nak clear... Jadi, sampai di kawasan perumahan aku,
semakin perlahan aku memandu kerana banyak bumper di kawasan itu....
Sampailah dekat dengan sebuah sekolah tadika, tiba-tiba ada seorang budak lelaki berusia
lebih kurang 5 @ 6
tahun berlari laju dari hadapan menuju ke arah kereta aku. Tengokkan budak itu
langsung tak mengelak dan tak berhenti berlari, aku yang akhirnya memberhentikan kereta.
Hairan....budak itu masih berlari sambil menangis... Bila ku pandang pada cermin pandang belakang,
rupa-rupanya budak kecil itu sedang berlari mengejar bas sekolahnya.
Aku lantas menurunkan tingkap dan bertanya pada seorang kakak yang ada di situ yang barangkali menjemput anaknya pulang sekolah...
"Dapat tak dia kejar bas tu?"tanyaku...
"Entahlah.... dapat rasanya..." balas kakak tu...
Lalu aku kembali meneruskan perjalanan. Namun hati rasa tak sedap. mata masih memandang cermin sisi...
cuba memastikan budak itu sudah selamat menaiki bas...tapi, keadaan jalan membataskan
aku untuk melihat dan memastikan....akhirnya, aku nekad. Tak jauh di depan, aku berpatah balik.
Aku mahu pastikan budak itu bagaimana keadaannya. Lalu...perlahan aku memandu...Menyusur lorong-lorong taman...
Dan bila aku lihat budak itu sudah tiada, dan bas itu sudah jauh di depan... Aku yakin budak itu dah pun
selamat menaiki bas...Barulah lega rasa hati...Baru senang fikiran mahu pulang ke rumah....
Kesian betul budak itu...Masih Terbayang-bayang lagi di mata aku dia menangis mengejar bas...
Jadi aku harap sangat kat sini, cikgu sekolah lebih-lebih lagi guru tadika tolonglah prihatin dan berikanlah
lebih perhatian buat anak-anak murid...Aku ingat lagi, waktu aku bersekolah tadika...(untuk makluman, aku Tadika Methodist Cina)
menjelang waktu balik, cikgu(aku panggil teacher) akan suruh kami beratur... dan bila bas datang, teacher akan pastikan seorang
demi seorang naik bas...Jadi seingat aku, tak pernah aku ketinggalan bas....(waktu sekolah tadika la...waktu sekolah menengah
di Puterijaya, memang selalu sangat kena tinggal bas...huhu...salah sendiri..sape suruh lambat)
Erm...rasanya, sampai sini dulu....kalau ada apa2 yang interesting, aku akan update lagi....
Sekian dulu titipan hati buat mereka yang mengerti....

No comments: