Friday, March 6, 2009

Takdir.....

Bismillahirahmanirrahim......

Ya Allah, andai ini jalan takdir yang KAU tetapkan untukku,
maka aku redha...aku sedar, setiap yang jadi pasti ada satu
perkara baik yang akan KAU lorongkan buat hambamu yang sangat lemah.

Aku tak tau kenapa....aku memang tak rasa apa2 pada Mr. Tiang...
dan tak mengharapkan apa2 langsung darinya... Tapi yang buat aku rasa sakit
sebab aku merasakan yang aku ni bodoh sangat...
Aku tau hati aku sukakan orang lain, tapi aku masih
nak menidakkan hati dan memberi peluang pada orang lain....

Ya Allah....ada sesuatukah ingin KAU tunjukkan buat hambamu yang
naif ini.....

Saat aku cuba berusaha nak membuka peluang buat Mr. Tiang,
nah En. Itew hadir... walau dengan hanya hal yang sangat kecil...
tapi sangat memberi kesan buat aku....
Aku jadi takut dengan apa yang jadi....
Dan pengakhirannya, ALLAH s.w.t tunjukkan buatku sesuatu yang memang perlu
aku tahu......Mr.Tiang itu PENIPU!!
His such a LIAR!!! aku lega tahu semuanya sekarang....
satu kelegaan yang susah sangat nak aku ungkapkan....

Tapi, bila waktu pejabat habis semalam....
aku kembali terfikir2 kan betapa bodohnya aku...
BODOH! sangat bodoh.....
Dan akhirnya, aku menangis kerana kebodohan sendiri...
Tak ada tempat nak berkongsi....
Orang yang selalu sudi mendengar kini tak lagi mahu mendengar....
Aku mahu seseorang mendengar masalah aku ini.....
Aku mahu seseorang tenangkan aku...
I need someone to stand by my side.....

Aku pegang handphone....
Yang masuk,sms encik itew...
Aku nekad.... barangkali dia sudi mendengar ceritaku...
Aku dail nombornya....
Panggilan bersambut.....
Lega amat mendengar suara dia...
Tapi dia sedang discussion bersama orang atasnya....
maka aku, mengundur diri...memohon maaf kerana menganggu...
Tak lama, aku bersiap-siap mahu pulang...
Barangkali di rumah, semua rasa kebodohan ini akan hilang....

Tapi, aku silap. On the way balik, aku menangis lagi dalam kereta...
Aku sedih kenapa hidup aku macam ni....
Sebab semua yang aku pernah buat pada seseorangkah aku mendapat balasan ini?
Aku tak salahkan takdir....
Dan aku bukan kesal tentang Mr. Tiang, sebab cerita dia sikitpun tak memberi
kesan pada hatiku....
Hairan kan....walau mulutnya manis berkata-kata,
walau dia sangat pandai memujuk dan merayu aku tetap tak menerimanya sebagai
teman yang istimewa....

Dan akhirnya aku singgah di kawasan letak kereta berhampiran rumahku...
Aku menangis dan menelefon seorang teman...
Mungkin dia boleh mengerti dan sudi mendengar...
Babe, dear...thank u sooooooo much....
really appreciated ur time....
Walaupun panggilan terputus kerana bateri temanku itu weak....

Dan kemudian, aku melihat ada 1 'missed called' di skrin telefonku...
En. Itew, dia yang buat panggilan itu...
Aku kembali menelefon dia...

"Kenapa n***a?" dia bertanya...
Dan aku tak mampu nak menjawab...
Tangisan yang puas aku tahan, kembali menjadi....
Tapi dia masih tenang....

"Awak?" dia panggil lagi...

"Awak?" dia ulang lagi bila aku tak menyahut panggilannya....

"Saya ni Bodoh awak..." jawab aku....

"Hah?" dia hairan aku berkata begitu.

"Saya tak tau nak cerita macam mana. Saya ni banyak sangat masalah"aku membuka kata.

"La....jangan la fikir sangat. Yang mana boleh lupa, lupakan. Yang mana boleh buat tak tahu, buat tak tahu je la" balas dia.

"Tak...saya tak boleh. Selalunya saya cerita pada f***n. Tapi dia pun dah tak nak dengar cerita saya. dia kata saya tak hargai apa dia buat. dia kata saya tak pernah ucap terima kasih. "

"pasal hari tu la ni..."kata en. itew lagi..

"erm....saya kecik hati... saya anggap dia sama je dengan adik saya...tapi macam tu dia kata...sedih awak...tapi ni semua bukan sebab itu"

"habis tu?"

maka semuanya aku ceritakan pada dia. aku cerita aku berkawan dengan seseorang.

"kawan lelaki?" soalnya...

"a'ah lelaki...." jawabku....dan aku teruskan cerita...dan bila dia tahu ape yg mr tiang buat dia sangat terkejut...

"isk budak-budak lagi" tambahnya....

aku cakap yang aku takut. aku cakap yang aku tak tau semua tu. aku tak nak kawan dengan orang macam tu.

"satu office ke?" dia tanya lagi...

"tak..."jawabku.

"okay, kalau dia call tak payah angkat. ataupun kalau dia nak cakap ape2 lepas ni, awak cakap je stop it.. i dont want to hear anything anymore" tegas suaranya...

"entahlah..." jawab aku.

"saya tak suka dia,.... sbb tu bila dia nak lebih dr kawan saya tak nak. saya suka kat orang lain."tambahku lagi...

"erm...okay....saya rasa awak ni banyak sangat simpan. cuba jangan simpan2 dalam awak ni terlalu fikirkan pasal orang sangat.cubalah awak fikirkan pasal diri sendiri dulu..." kata dia lagi.
suaranya sudah kembali seperti biasa.

"macam mana lah saya tak fikir pasal perasan orang...."balasku

"awak, bateri saya low la....
takut nanti incoming call kawan saya tak masuk pulak nanti...."katanya...

"oh...tak apa.."jawabku

"bukan saya tak nak ckap dengan awak ya. takut kwn yang janji dengan saya tu call tak dapat nanti kalau bateri abes.."dia menambah

"takpe....."kataku...aku faham... dia ade appointment lepas tu...

"okay skrg, awak balik mandi, sembahyang dan jangan fikir-fikir lagi"pesannya

"erm...okay. thanks..."

"tak apa nanti saya call balik....
kita discuss nak buat mcm mana....cuma sekarang saya sibuk sikit"

"tak apa...." kataku.....

"nanti saya fikir macam mana nak buat k." tambahnya lagi....

"okay, thanks ye awak..."

"ok, assalammualaikum"

"waalaikumsalam" panggilan tamat....aku lega...
semua dah aku lepaskan.
terima kasih pada dia....
kerana sudi mendengarkan masalah aku....

Kalian, posting ini memang amat panjang.... dialog-dialog dia atas juga sudah ku ringkaskan...
Banyak lagi perkara yang tak masuk di situ....Mungkin juga aturannya sudah berterabur...
maklumlah...aku sendiri kusut....
semua yang kami cakap aku ingat...tapi tak tau yang mana hujung yang mana pangkal....
Maaf.....

and for MR. TIANG kalaulah dia berjaya jumpa blog aku ini....
I hate u!!!! Kau lah lelaki yang menghancurkan hati perempuan2....

Dan encik itew, thanks for everything.....thanks cos always be by my side when
i need sum1 to talked to....I will wait 4 you eventhough at the end i only get the pain...
Really....i am really love you.....

Untuk kalian yang membaca....terima kasih kerana membaca entri yang panjang berjela ini...
Sebuah titipan yang ikhlas dari hati yang paling dalam buat mereka-mereka yang penuh pengertian....

2 comments:

puteri cahaya. said...

Hmm..Bersabarlah cik nuna.. setiap yg berlaku ade hikmah yang terkandung. Setiap yg datang ada pengajarannya.. dan setiap perbuatan ada balasannya.. semoga dengan kesabaran cik nuna, anda pasti akan bertemu dengan kebahagiaan.. Semoga air mata menjadi kekuatan yang akan bertukar dengan kebahagiaan dan gembira di hari kemudian..InsyaAllah..

puteri cahaya. said...

Dan, kelalaian itu bukan kebodohan.. ia cuma sebuah dugaan di mana menguji dan cukup mendatangkan seribu pengajaran bagi insan yang suka menilai dan menghayati..