Friday, May 2, 2008

Demam Akademi Fantasia?!

Hem… sekitar bulan April ini, heboh diperkata org dimana-mana tentang Akademi Fantasia. Di pejabat juga heboh teman-teman bercerita tentang peserta-peserta kegemaran mereka. Malah aku sendiri tak melepaskan peluang untuk memperkatakan tentangnya. Walau bukan lahir dari darah seni dan tak punya bakat seni, tapi aku juga antara mereka-mereka yang meminati seni. Malahan rancangan ini juga mampu membuktikan sikap orang kita. Ada yang terlalu fanatic pada rancangan hiburan sampai tak boleh menerima beberapa perkara. Malah budaya kutuk mengutuk menjadi satu hal yang terbuka. Kadangkala terfikir juga betapa rendahnya mentality orang kita. Menghantar sms hanya untuk mendapatkan lebih berat pada timbangan dosa. Bukan mahu mengaku diri ini baik atau tinggi mentality. Kadang2 terlepas juga mangata dan mengutuk bila ada yang aku tak suka. Manusia kan tak pernah lari dari kesilapan. Semoaga kita semua akan menjadi lebih baik dan semakin berilmu dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Tapi bukan itu yang mahu ku coretkan di sini. Tapi apa yang menjadi persoalan di fikiran, apa benarkah Akademi Fantasia itu menyatukan keluarga? Pasti kalian hairan dengan soalan yang ku fikirkan ini. Mungkin kalian akan kata, alah berbeza peserta favourite tak semestinya akan memecah belahkan keluarga. Benar, aku tidak menafikannya. Berbeza minat bukan satu masalah. Hal kecil saja. Seperti bergaduh suami isteri sama ada nak balik kampong siapa apabila menjelang hari raya.

Sebenarnya aku punya satu kisah benar yang diceritakan temanku. Kisah mengenai saudara dekatnya. Ceritanya lebih kurang begini…..

Malam itu hari Sabtu. Seperti biasa konsert Akademi Fantasia berlangsung. Tapi temanku ini tidak menontonnya. Dia keluar makan bersama ahli keluarga lain. Menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga tanpa menonton Akademi Fantasia. Sedang dia sekeluarga makan. Sampailah keluarga makciknya. Makciknya itu datang bersama anak perempuan, menantu dan cucunya. Duduklah mereka semeja. Yang si anak perempuan ini dari smpai sudah sibuk memberitahu yg peserta AF bernama Saida tersingkir minggu itu. Sambil itu tangannya tak lekang daripada telefon bimbit. Temanku itu sekadar senyum sinis saja mendengar hebahan sepupunya itu. Sambil menanti makanan yg dipesan sampai, sepupu temanku itu masih terus menekan-nekan butang telefon bimbitmya. Ber ‘sms’ bersama teman-temannya tentang penyingkiran Saida. Sekali sekala dia menunjukkan sms itu pada suami nya. Mereka kemudian sama2 ketawa.Ada masanya dia mengulas tentang sms yang diterima pada mereka yang duduk semeja. Temanku sudah mula meluat melihat tingkah sepupunya itu. Tapi dia diam saja. Malas mahu bersuara. Bimbang ada hati yang bakal terasa. Sedang sepupunya itu terus sibuk menaip sms, si anak yang berusia 4 tahun merengek rengek mahukan sesuatu. Tiba-tiba temanku terkejut, sepupunya menempik anak kecil yang masih belum mengerti banyak perkara. “Isk, menyibuklah! Tak nampak ke mama buat apa! Boboi ni mengada la” maka menangis la si kecil itu. Mata-mata lain sudah mula mengarah pandangan ke meja temanku itu. Maka makcik temanku itu memanggil cucunya. Tapi si kecil itu masih terus menangis di kerusi nya. Di tengah-tengah papa dan mama nya. “Isk budak ni! Diamlah. Aku hantuk kepala tu karang!” Si ayah pula meninggi suara. Terbeliak mata temanku mendengar kata-kata kasar si bapa. Makin galak si anak itu menangis. Cepat-cepat neneknya bangun dan mengambil cucunya. Dipeluk dan diusap rambut cucunya itu.

“Kau ni kenapa along?! Ada ke marah anak macam tu?”kata makcik temanku dalam suara yang direndahkan.

“Alah mak ni! Orang nak marah anak pun salah. Kalau dah tak boleh nak marah mak ambik la Boboi ni jaga dia!” Balas sepupu temanku itu kasar. Temanku yang mahu menyampuk dihalang ibunya. Dia sekadar menggelengkan kepala.

“Kau ni memang anak kurang ajar!” Suara si ibu sedikit melengking akibat menahan marah.

“Dahlah jom balik!” balas si anak. Si suami yang diam saja melihat sikap biadab isterinya turut bingkas. Mengambil anaknya dari si ibu mentua dan menuju ke kereta. Sepupu temanku yang dah masuk dulu ke dalam kereta menghempas pintu kereta sekuat mungkin. Makcik temanku itu tertunduk. Menahan malu dihadapan temanku dan keluarganya. Juga pada pelanggan lain di kedai itu.

Jadi cuba kalian fikirkan….. Adakah AF benar2 menyatukan keluarga? Sebenarnya itu semua berbalik pada individu. Bagaimana mereka mengambilnya dalam hidup mereka.

Malahan, ia juga berbalik pada asas dalam diri seseorang itu sendiri. Adakah kita sanggup menjadi anak yang boleh digelar durhaka hanya kerana asal dari perkara kecil.

Pelajar AF yang tersingkir, sekurang-kurangnya mencatat 1 memori indah dalam hidup mereka. Tapi kita? Perlukah mengabaikan hati insane-insan terdekat hanya kerana mahu membalas pesanan-pesanan yang berbaur kutukan? Jadi renungkan, dan sama-samalah kita memperbaiki diri. Sesungguhnya ini juga mengingatkan aku yang mungkin juga kadangkala lupa…………

Akademi Fantasia(dan juga rncngn2 lain) yang mencetus fenomena, perlu diambil sebagai vitamin atau virus dalam hidup?! Tepuk dada tanyalah selera……..

No comments: