Wednesday, July 28, 2010

Ragu-ragu?!

Si Dia melayanmu begitu baik sekali sehinggakan semakin hari perhubungan kamu dan Si Dia menjadi semakin akrab. Namun apa yang mengecewakan kamu si dia tidak pernah sekalipun melafazkan kata cinta. Sedangkan hati kamu semakin hari semakin menyayanginya dan itu yang membuatkan kamu sering tertanya-tanya adakah si dia menganggap kamu sebagai kekasih ataupun hanya sebagai teman tapi mesra?






MASIH RAGU-RAGU :



Hatinya masih ragu-ragu untuk katakan si dia menyintai kamu walaupun buat masa ini hanya kamu sahaja di hatinya. Pengalaman cintanya yang menyakitkan membuatkan si dia takut untuk bercinta kali kedua dan lebih selesa untuk berkawan sahaja denganmu. Walau bagaimanapun, usah bimbang kamu masih ada harapan untuk memenangi hatinya dengan meneruskan sahaja sikap kamu selama ini. Percayalah, lama-kelamaan si dia pasti akan meluahkan juga perasaanya pada kamu. Namun satu yang perlu kamu ingat ialah si dia tidak suka kamu mendesak atau memaksanya membuat keputusan. Biarkan sahaja si dia melakukannya dengan rela dan ikhlas.


Hem...ini kuiz yang aku buat kat facebook waktu membuang2 masa yang tak bape nk banyak... Jawapan pada soalan
Kekasih @ Teman Tapi Mesra... so, apa pendapat kalian?

No comments: