Tuesday, April 21, 2009

Bila Ku Kejar, Kau Lari.......


Hem....lain benar bunyi tajuk posting aku ni kan....
hem.....posting ni special untuk cik puteri baca....
as per requested.....:)
Erm...macam mana nak mula yek....cerita ni pasal encik itew sebenarnya...
erm.....barangkali aku boleh sambung dari kisah aku mengadu nasib pada encik itew...
lepas kes mengadu nasib... lama jugak aku dan dia tak contact each other...
dan dalam pada tu, ada pulak teman sekuliah yang mengajak aku keluar....
hem....yang ni memang susah nak komen....
and cik puteri, i'm really sure you know who he is.... :)
aku cuba menolak....tapi kata teman sekuliah tu (lepas ini aku guna nama TS je) kami
boleh buat assignment bersama.... jadi aku kata ok, tapi kena ajak kawan2 satu group yang lain....
Eh?! Kata TS tak payah ramai-ramai....kami berdua pun cukup....Aku hairan jugak..
kata nak buat assignment....kan assignment grouping...
jadi kenapa tak perlu ajak teman-teman lain?
Kata TS kami berdua pun dah cukup....
nanti dia belanja aku makan dan tengok wayang.....Oh please!
Ini dah jauh lari dari nak buat assignment...fikirku.
Lalu aku menolak....walau dia berkata ajakkan itu sebagai seorang teman...
Tak, aku tak mahu....maaflah....aku bukan jenis mudah nak keluar berdua dengan lelaki....
Dan seingat aku, hanya 2 orang lelaki yang aku pernah keluar berdua dengan mereka....
seorang, kawan baik dari zaman sekolah....Kairul a.k.a mr ayam.... dan seorang lagi,
tentunya encik itew....
Barangkali ada yang fikir aku kolot atau old fashioned....
tapi itu memang pendirian aku...
aku hanya akan keluar dengan orang yang aku rasa selesa dan selamat....
Selepas aku menolak, encik itew masih senyap juga...Langsung tak tanya khabar aku, atau bagaimana
keadaan aku... dan aku...redha je....
malas mahu mengharap sebarang perhatian dari dia......
aku sedar siapa aku......
Masa berlalu....
dan kami masing2 membawa haluan sendiri....sampai 1 hari, aku meminta nombor adik encik itew dari dia...
nombor dalam simpanan entah hilang ke mana....
waktu itu dia tengah sibuk.... final preparation untuk launching new system....
jadi aku direct to the point....
dan dia kata, dia akan msg pada aku nnt....
Tapi....sampai ke malam.....masih lagi dia tak memberikannya pada aku...
lalu aku sms pada dia, meminta sekali lagi.....
This time dia terus reply...
Baru aku nak membalas mengucapkan terima kasih,
dia membuat panggilan pula....
Dan malam itu kami berbual seketika....
Hubungan yang pernah jauh sekejap, dah kembali seperti dulu...atau lebih tepat lagi....
it is better than before....
aku tak pernah harap akan jadi sampai begini...
tapi aku juga tak pernah mahu dia menjauh.....
Dan sampai waktu dan saat ini....
semuanya sudah bertambah baik....
kami sudah kerap berbual di telefon....
sudah kian kerap bersms....aku tak lagi kekok bila berbicara dengan dia....
Tapi yang kalian perlu tau, aku tak lagi mengejar dia...
Kerana aku tau, saat aku mengejar dia pasti akan menjauh.....
Tapi bila aku buat tidak peduli....waktu itu dia akan hadir.....
Alhamdulillah....
semuanya bertambah baik......aku tak mengharapkan yang lebih...
sebab apa yang ada sekarang ini sudah melebihi apa yang pernah aku harapkan.....
Dulu....aku pernah mencuba mengharap sesuatu yang begitu jauh nak ku gapai.....dan dia pergi jauh meninggalkan harapan itu....
Dan saat aku redha, dan cuma mengharapkan dia tidak terus menjauh....alhamdulillah.... doa ku bersambut bila dia tak lagi menjauh
Tapi kali ini, aku nekad.... aku tak mahu lagi mengejar, kerana aku tak nak lagi dia lari...

2 comments:

puteri said...

Opps..TS. Ape maksud tu? ttg tu kiter faham dan tahu base on ur sharing haritu.. Hmm, well susah nak comment, btw, tak sangka TS sebegitu orangnya.. sekarang kite faham dan u know what should do and u have to do the right decision. So, skrg cik nuna pun dah faham dan tahu apa yang sepatutnya dilakukan.. all the best.

puteri said...

Kebarangkalian bertentangan dengan prinsip cik nuna, namun saya sekadar memberi sedikit pandangan.. Tak salah kiranya memberi peluang utk en.itew berfikir, berlapang, dan membuat keputusan dengan melepaskan dia dari ikatan hati yang kuat dari cik nuna amany. Maksudnya, let it go and u will see soon whether he's appreciated and fall with u or not..

Don't chase him, but let it go especially he know better about ur heart feeling, and he'll do something.. Klu dia betul2 fall in love with u, he'll tell the truth..

Believe it, the right thing just man do his decision, that time is the beautiful day and happily moments when man say HE LOVE U..

Don't chase anymore and let it go... don't let if far... just go around ur corner.. still kept in your heart.