Sunday, January 18, 2009

Catatan Pertama....2009

Alhamdulillah....akhirnya aku kuat juga untuk kembali
menyambung penulisan blog bagi tahun 2009...setelah sekian
lama tahun 2009 membuka tirainya.

Kalian, penutup tahun 2008 dan pembuka tahun 2009,
benar-benar mencatat sejarah dalam hidupku. 31 Disember 2008.
Everything is over now. His know everything. Dan aku akhirnya hanya
mampu mengalirkan air mata... Bukan kerana apa jawapannya, tapi
kerana caranya dia dapat tau. Tak apalah. Aku rela kalau dia menjauh.
Mungkin dia lebih selesa begitu. Sudahlah...Malas mahu bercerita tentang
dia lagi. Nanti ada hati yang tak senang...Malah ada yang kata aku
exposed sangat.... But let them be.... Tujuan aku menulis,
bukan ingin meminta belas... Cuma mengabadikan sebuah rasa yang benar-benar
dari diri....Ini bukan skrip drama atau filem...
Ini bukan novel cinta...Bukan juga cerita cinta hebat Qaisy dan Laila, bukan
kisah klasik Shah Jehan dan Mumtaznya.... Bukan pengorbanan cinta seperti Romeo
dan Juliet dan jauh sekali kisah cinta agung Zulaikha kepada Nabi Allah, Yusuf a.s.
Ini hanya secebis kisah hidup aku. Insan lemah yang menulis untuk diri dan buat mereka
yang memahami....maaf sekali lagi buat mereka yang tak senang. Tapi ingat... tak sedikitpun
aku menyentuh kisah hidupmu.... maka, jangan kau cuba merendah-rendahkan aku....


2009....tahun yang kuharapkan penuh keberkatan dibuka dengan 1 ujian buat aku.... Untuk pertama
kalinya aku dimasukkan ke hospital. Sekali lagi, Hospital Ampang Puteri ku kunjungi...
Tapi kali ini bukan sebagai pelawat, tapi akulah penghuni wad di sana.
Erm.... semuanya bermula kerana keracunan makanan. Entah apa yang aku makan, tak diterima olah
perut agaknya. Memandangkan aku memang ade gastrik, jadi bila aku kena diarhea dan semua yang ku makan
keluar kembali mulalah perut terasa pedih. Sakitnya susah nak ku gambarkan. Bila antibodi lemah. Demam
mula hinggap ke tubuh. Tuhan, terasa lemah seluruh badan.... Dan kemuncaknya, bila pagi Selasa 6hb itu
aku merasa sakit yang mencucuk di dada. Lantas ayah dan mama membawa aku ke hospital. Dan akhirnya....
aku ditahan di wad. Dihydrated. Membuatkan 5 botol air di masukkan. Aduh....seksanya jangan cakap.
Nak tidur malam pun payah. Dan di sini ade beberapa gambar yang aku sempat ambil di hari terakhir aku
di kamar hospital. Sebelum aku dibenarkan discharged pada petang Khamis 8hb tu....
Untuk Doktor Goh dan nurse2 yang baik hati.... terima kasih kerana menjaga dan merawat aku.
Tapi InsyaAllah.... aku xkan kembali lagi sebagai pesakit ke sini...Ameen......

1 comment:

puteri said...

So pity.. Dapat rasakan when I was admitted to the hosp because of the same reason..so, moral of the story, T'Care of our own self..