Friday, February 22, 2008

Hari Ini Dalam Hidupku....

Sehari lagi aku berada di dunia ini. Syukur, aku masih bernyawa.... Pagi yang indah, aku bangun seperti biasa. Bersiap-siap mahu ke tempat kerja kononnya. Lagi pula hari ini hari Jumaat. Semangat ke tempat kerja rasa berkobar-kobar. Maklumlah, esok kan sudah cuti. Tapi sayang, semangat itu akhirnya terencat. Saat, kaki ku jejakkan ke stesyen lrt, aku lihat orang ramai sekali. Sudah! Pasti ada yang tak kena, hatiku berdetik. Benar.... perkhidmatan lrt tergendala... Alahai, lambat lah aku ke tempat kerja fikirku. Rupanya, aku silap kali ini. Aku tidak lambat tapi aku terpaksa mengambil cuti kecemasan hari ini. Jadi, untuk menghabiskan waktu di rumah, hati bagai ditarik untuk aku melayari blog. Menambah lagi catatan hidup pada kanvas memori ini. ah! Semuanya gara-gara LRT.
Hem.... aku adalah antara orang-orang yang bergantung pada kenderaan awam ini. Kalau lrt bermasalah, aku jua akan bermasalah. Bukan sekali dua aku mengalami nasib begini. Sepanjang hampir 2 tahun aku bekerja rasa-rasanya sudah lebih 5 kali kejadian seperti ini berlaku. Jelas, sistem kenderaan awam di sini masih lemah. Tapi hendak menyalahkan siapa? Kalau nak menyalahkan pihak pengurusan sistem aliran ringan itu, seperti tidak adil juga rasanya. Kerna, kalau di ikutkan akal yang waras pasti kita tahu, yang mereka jua tidak ingin perkara begini terjadi. Pasti mereka juga mengalami kerugian kerana masalah ini. Kasihan....pada aku, dan juga pada mereka.
Eh, sudah jam12 lebih. Patutlah perutku sudah berkeroncong. Jadi, aku minta diri dulu. Catatan untuk hari ini, masih belum berakhir.....kerna hari ini juga masih panjang..... Ada masa aku akan kembali lagi ke sini..... mencatatkan serpihan rasa untuk dikongsi bersama. Insyaallah.....

No comments: